Tuesday, April 19, 2011

Last but not least.

Habis sudah temuduga maktab tu. Banyak dia tanya and hell, ada yang aku sagut mau jawab. Adakah dia tanya aku tentang isu semasa. Mantapp. Satu hapa pun aku ndatau. Mana ndanya, satu berita pun aku nda tengok time tu. Tuptup, aku kena suruh cakap pasal isu semasa. Kejadahnya, aku hantam segala barang politik yang bapa aku tengok tiap-tiap hari tu. Lantak dioranglah.





Tapi padan sendiri sama muka aku.




Malas sangat mau baca news paper. Malas sangat mau tengok berita. Jadinya isu semasa hapa pun aku ndatau.



Time aku kena soal siasat(interview individual) macam-macam aku ditanya. Yang paling nda logik bila aku disuruh menyanyi lagu budak-budak. Lagu yang aku tau pun setengah-setengah jak.


Lastly, aku decide mau nyanyi lagu bennie & friend tu (aku selalu nyanyikan putra dulu). Dengan semangat yang tipis, aku pun laungkan suara aku yang sederhana nyaring nie. Tetiba pula orang tu cakap.


"Alaa dik. Lagu kau nyanyi macam mau bikin orang tidur lah. Ndalama tidurlah budak-budak dengar kau nyanyi"



Jahanammmmmm=.=





Dia mau aku nyanyi baliklah tu. Aku pun ulang lagilah, Kali nie dengan gaya yang cukup menarik hati diorang.


Kalau diorang masih nda tertarik, mmg hati batulah diorang tu. Aku buat gaya tu. Ingat wayang freekah?




Lepas tu pula, ada lagi diorang tanya aku pandai masakkah tidak. Ndakan aku mau cakap aku nda pandai pula. Malulah pulak aku nanti. Tapi aku bukan bohong pun, mmg kenyataannnya aku pandai masak cuma pemalas jak.



Hikhik.




Ada juga sesi perbincangan antara kumpulan. Tajuk yang kena bagi tentang ko-kurikulum.



Pfftt. Aku ndatau.



Aku rasa aku hampir orang yang terakhir mau bagi pendapat aku tu. Asal aku mau bersuara jak mesti ada orang mau potong aku. Memang hampeh betul. Aku pun dok bagi peluang jak lah kat diorang tu. Kawan yang baik lah kunun padahal hati dah membara panas. Macam tahap air panas yang kalau tuang kat kaki kau tu boleh lecur berabis tu. Haaah, begitulah feeling aku time tu. Hangin juga aku.



Last-last, aku dapat turn aku. Nasib kedua terakhir kalau nda? Potong markah kali. Yang aku ingat, nda seberapa ingat. Ayam-ayam jak. Aku dok cakap tentang luar negara, atlet negara dan budaya. Aku cakap kita boleh tukar-tukar pengalaman & nilai. Mesti orang tu fikir, negara kita bagi nilai baik, negara luar bagi nilai yang lepak-lepak tu.



Lantakkklahhh. Yang penting aku jawab ikut hati dan perasaan aku.


Perbincangan kedua, sama juga tapi dia mau kenapa membentuk peribadi pelajar. Kamu tau aku jawab apa? Segala barang perpaduan(hasil aku baca 1malaysia) aku kasih masuk. Yang barang kepimpinan, sosiallah, apalah. Yang penting, aku ndatau sudah apa yang aku mengarutkan.


Memang gila. Buat aku nervous gila.



Sekarang tu habis, bertawakal jak aku dapat atau tidak. Tapi harap dapatlah. So korang, doakan ok?



Pas temuduga tu, aku pergi beli baju sama mama aku. Aku tukar baju kat dalam kereta. Masa kereta stop kat traffic light lagi tu. Tapi ada aku kesaaaahh? Pandai-pandai hidupplah.


Lekkk, ndajuga nampak.




Aku beli baju. Now, aku tinggal beli belt lagi. Lama dah aku aim tu belt. Aku ambil sudah gaji aku & terus aku pergi pos. Bapa aku yang buat, aku tolong tengokkan jak. Senag juga main tunai-tunai pos nie. Terasa macam orang kaya. Apa yang aku sudah tinggal selangkah lagi.







Yipppyyyy.





Jadi hidup aku pun end sampai situ jak hari ini. Yang lain, aku kencing, berak, mandi, makan, minum, berus gigi dan tidur. Ada lagi, aku lipat kain yang sudah 2 belatak aku nda lipat. Sioottt, penat aku wehh.


Bha, tidurlah kamu.




Bye.

No comments:

Post a Comment