senyum.
Agak pagi aku mencatat sesuatu disni. bukan juga kemahuan aku kerana puan rumah suruh bangun awal mahu bantu buat kuih. letih kerana nda cukup tidur.
apam pisang puan rumah adalah no.1 |
oleh kerana lama sudah tidak menulis entry, aku tergerak hati beberapa hari nie mau buat entry mengenai perangai pelik orang sekitar aku. tidak kira yang dekat atau yang hanya sekadar pencuci mata.
aku agak pelik bila bertemu dengan budak-budak yang mengagumi kumpulan mereka seperti tiada yang lebih hebat selain dari mereka. okay, aku akui juga bahawa dahulu aku juga begitu cuma mereka lain. sangat berbeza dari apa yang biasa aku lalui.
baru-baru itu, tanggal 28hb aku balik dari sekolah dengan menaiki bas mini(agak jahanam bila tambang dinaikkan 50sen). aku menunggu bf aku disimpang sulaman. lalu dua orang budak yang pernah sekali itu bermusuhan dengan kawan-kawan aku. ehh, boleh aku katakan sekali dengan aku? mungkinlah juga.
lalu, dengan kurang ajar(bahasa paling sopan) mereka memekik didepan aku. aku bukan seperti kawan aku yang seorang yang hanya diamkan diri. aku hanya menjawab sedikit sahaja memandangkan aku memikir situasi aku yang remaja sudah. agak kurang sopan. tidakkah kamu fikir begitu?
muka nora elena contoh budak sekolah yang baik |
mungkin manusia tidak akan lari dari normanya. sentiasa akan bersikap seperti kebudak-budakan hanya untuk menarik perhatan umum. begini, kumpulan mereka tu hanya mengagungkan perbuatan curang. kamu tahu, scandal. yang peliknya, mereka setia mau mati dengan teman lelaki mereka. ibarat "kalau dia nda dengan aku,. dia pun nda boleh dengan perempaun lain" begitu. agak dramatik.
aku nda kesah sangat. cuma pelik kenapa mau mengagungkan benda yang seperti itu? yang luar dari kebiasaan mereka sendiri? yang lari dari pendirian hidup? bukankah itu seperti menjual benda yang tidak akan orang beli? menatang sesuatu yang kita tahu tiada dan TAKKAN ada faedahnya?
peliknya spesies homo sapiens.
bukan itu sahaja yang menarik perhatian aku, ada seorang, si rambutan. aku memang kenal dia dah lama. cuma nda pernah rapat, sampai sekarang pun kami nda rapat biarpun dia satu kelas dengan aku sekarang. kawan-kawan aku sakit mata melihat perangai si rambutan nie. yang paling sakit hati bila dia cuma baik sama orang time dia memerlukan kau. lebih dari itu, kau ibarat pintu yang hanya diguna untuk menutup bilik makmal itu sahaja.
aku pelik kenapa dia begitu, selama ini, aku nda perasan dia begitu. jadi memang sedikit kaget dihatiku. tambah lagi, sikap kegetean dia bila jumpa lelaki. okay, nda kira lelaki. yang bida pun dia hantam yang penting dapat layanan. kenapa ada juga manusia begitu? meludah didalam hati.
satu-satu perangai manusia dipersembahkan didepanku. sehingga aku hilang kata-kata hendak menerangkan diriku kenapa mereka begitu. pelik.
AYUE: lumrah hidupkan bila ada orang yang dekat dengan kita cuba menjatuhkan kita hanya kerana
kita sedikit nasib baik dari dia. aku benci bila memikirkan kawan seperti itu.
NOTA KAKI:
kuih apam pisang aku masak dengan cantik sekali. credit to puan rumah.
No comments:
Post a Comment