Thursday, September 8, 2011

entry lambat : betulkah raya sudah?


selamat raya aidilfitri kepada semua orang kaya dan miskin tidak kira anda berada dimana saja. mula-mula, aku mau mohon maaf dulu. yalah, manatau aku ada terkasar bahasakah atau terkasar badan kah. harap dimaafkan ya? kejaapp, aku mau minta halal dulu semua barang aku pinjam, makan, minum dan tapau. kasih halal yaaa makkkk : )





kamu raya sebulan, aku raya seminggu saja. memang teruk =.=




HARI RAYA PERTAMA


malam raya, aku takbir di kampung Tuan Besar. Macam biasalah, tiap raya pertama memang di situ. lagipun, sana banyak islam, masjid pun dekat. beberapa kilometer jak pun. okay, itu bukan alasan. Tuan besar memang mau raya sana. selepas sembahyang raya dan lawat kubur, kami pun bertolak ke kampung Puan besar. Aunty aku sana buat rumah terbuka. lagipun, ada mau raikan yang aku dengan cousin aku dapat maktab tu. blablabla, kami pun tidur.



HARI RAYA KEDUA


Raya kedua, kami balik semula ke kampung Tuan besar. around 3o'clock kami bertolak. kami singgah dulu kat rumah makcik Norma. kawan aunty aku. ini yang part paling best bila ada duit raya. dua sampulll. senyum jahat. lepas tu, kami beraya lagi kat rumah pakcik zakaria. rumah dia gila besar tapi kesian, anak pun tiada. ndatau harta mau bagi siapa. beraya rumah babu aku kat bukau then pergi kat rumah pakcik aku. dalam jam 10 lebih baru kami sampai kampung Tuan besar. Penat gilaaa bab*.


HARI RAYA KETIGA


kami mau balik kk sudah. tiada sudahlah lawat-lawat. aku buat assignment math aku, rajin macam taik kan? lepas bosan aku buat kerja, aku turun bawah, makan dan hentam cerita anime. adik-adik aku pula ndatau hantu jembalang mana pergi ikut, sakit-sakit kunun perut diorang. pelik aku. kami makan sama juga, nda juga sakit aku. birak saja aku. haha.




HARI RAYA KEEMPAT


hari jumaat. aku merayau pergi beraya. setelah aku konfomkan dengan geng aku, kami pun buat keputusan merayau ke taman sepanggar dan taman jaya diri. yeahh. aku jumpa mama mertua aku. aku siap salam dengan abang ipar mama mertua aku lagi. palingggg hebattt. ada peningkatan.



kredit to my putra. macam model aku jadinya. nie masa kami mau balik sudah.








HARI RAYA KELIMA


memandangkan aku nie bukan sudah di kk, setiap masa amat penting bagi aku dengan putra. jadi aku spent time dengan dia time raya-raya nie meu pergi tengok wayang final destination, cerita tu aku bagi 4star. memang best cuma spoil dia, banyak guna benda yang bikin takut macam orang mati, badan dia putus dan darah memercik. aku takut tapi benda tu macam tipical sangat. macam cerita kat scary movie tu. ala, yang bikin takut tapi lucu gila tu. antara semua raya, nie raya la aku mau cerita banyak.


diikutkan cerita, aku jalan sama putra. kami mau pergi ke wisma merdeka. sapu tangan aku hilang jadi mau beli baru. otw mau jalan nie, kat area sinsuran aku terserempak dengan tuan besar. makk oii, gila terkejut aku. tapi aku buat steady jak. putra pula main jalan jak. aku pergi ma bapa aku. time si putra jalan, dia pula terserempak dengan puan besar. stuck dia oleh puan besar. dipendekkan cerita, kami teropot masi bersama-sama. diorang macm okay jak tapi who's know? diorang reject aku sama putra. okay, habis cerita.








HARI RAYA KEENAM


hari aku balik pergi IPG. oh yelll, YESSSSSSSS. okay, noot funny. jam 9 aku bertolak ke rumah cousin aku. dalam jam 10 kami gerak ke keningau. ada dua kereta kami bawa. satu si abang boy bawa dan satu si ayah(gelaran pakcik aku) bawa. belum lagi jalan, aku sudah rindu dengan kk. paling aku rindu, putra dan rumah aku. sampai sana, kami disemburkan dengan ketiadaan air kat IPG. paip besar pecah. macam-macam bah orang tabur mencari tempat mandi sebab tangki nda cukup. gilaaaaa.



p/s : aku bawa sudah patung aku. hippy.





bah, enough la sudah aku cakap. macam terlebih banyak pula sudah tau. nanti kamu bukan mau baca juga tu. paling-paling tengok gambar saja. *kidding. sayang bah sama kamu semua.





kbaii.






NOTA KAKI : sampai sekarang air masih tiada. macam mana mau mandi nie?




No comments:

Post a Comment