Selamat kepada semua kaum adam dan hawa. Assalamualaikum. hii. hello. apa lagi? ndatau sudah aku mau cakap apa. haha. aku lama sudah nda update kan? ndada bah mau dicerita sudah. tapi ada sudah cerita aku.
hari tu(nda ingat bila) IPG ada buat rumah terbuka. Yang aku ingat, sebelum cuti hari Malaysialah. Oleh kerana aku baru pertama kali pergi rumah terbuka IPG, jadi aku sedikit ketinggalan. binggung? begini bah ceritanya.
Pada petang nan indah itu, selepas aku membasahi badan aku dengan sabun protex yang wangi aku pun menyarungkan kembali baju kurung yang sudah aku pakai untuk ke kuliah paginya (mau balik sudah, malas mau cuci baju) ketawa kejam
kira-kira jam 7lebih begitu, dengan bersarungkan selipar jepun dikaki(ada corak ye), tudung sumbat yang betul-betul membuatkan muka aku seperti badut, aku bergerak ke dewan berlagak seperti pengarah IPG *kunun. sesampai saja didepan pintu dewan, aku dikejutkan dengan kasut tinggi, shawl berlilit sini sana. Tuhan, aku saja yang berpakaian simple gila dengan selipar jepun. Selipar jepun okayy.
Selipar jepun pun selipar jepun, yang penting makanan. Gila banyak aku tapau tapi sederhana banyak aku makan. soto habis, mee goreng 2piring habis, ayam semangkuk habis. Air 4setengah aku hantam. Please jangan cakap. Berat aku masih lagi 46 bahhh.
gambar yang first tu, aku tangkap saja-saja tapi ndatau pula ada juga yang sempat posing. dia boleh siap ketawa lagi tengok aku. aku yang naik pelik tengok dia. gambar last pula, gambar kawan kelas aku. yang baju biru tu, mau menari tarian satu malaysia. yang sayang dia, aku nda dapat tengok.
finally, aku balik juga ke kk. senyum lelebarrrrrrrr
AYUE: stop saying that he/she bad because u might moking ur ownself too.
No comments:
Post a Comment