Wednesday, January 11, 2012

CERPEN #Senja Merah



Berhadapkan mentari senja, aku termenung panjang. tiba-tiba rindu hinggap disangkar hati yang selama ini suda bersarang labah-labah. Seperti ala-ala ombak rindu gitu, aku berdiri di antara batu-batu. huh, hati aku mengeluh. aku bergerak ke hadapan sikit, kakiku sudah terkena air laut yang dingin itu. Tanpa aku sedar, aku terpijak segumpalan plastik yang membuatkan aku hampir saja tersadai terhempas batu. Syukur kerana ada satu tangan pantas mencapai badan kecil ku ini.




******


"haii b" aku sapa dia. ku lihat dia sedang sibuk mencari buku, buku apa aku pun kurang pasti.
"oh hii sayang." dia kembali menyambung mencari sebuah buku.
"buku apa tu dicari?" dia masih sama, sibuk mencari.
"nahh, jumpa sudah." BAGAIMANA MENGEKALKAN HUBUNGAN SEHINGGA MATI. 
"nie la buku yang lama sudah b cari." aku ketawa kecil. memang sejak dahulu lagi, dia berimpian besar ingin menikahi aku. siapa juga tidak ingin bersama dengan kekasih hati. dia genggam tanganku dan bawa aku keluar setelah membayar buku tersebut. kami berhenti di kedai ais krim kegemaranku. seperti biasa, dia akan memilihkan aku perisa coklat dan vanilla. perisa kegemaran aku! setelah membayar, dia menjamah sedikit ais krimku itu. entah kenapa, dengan tiba-tiba saja dia terbaring di lantai kedai ais krim itu. aku terkaku. orang ramai sudah mula mengeremuni kami. aku hilang kata melihat dia seperti itu.




"untuk makluman cik, teman lelaki cik menghadapi tumor otak.Tumor otak adalah perkembangan otak secara cepat tetapi tidak normal." aku terdiam mendengar penerangan dari doktor Razak. Dia tidak mungkin berbohong.
"saya rasa, lebih baik cik temankan lah dia sementara masih boleh bernafas. Berdoalah semoga Tuhan panjangkan umur dia." Doktor Razak keluar meninggalkan aku bersendirian di bilik ICU. aku duduk di tepi katilnya. ku usap pipinya, wajahnya kelihatan lemah, pucat. air mata ku menitik. satu tangan menghulurkan sapu tangan berwarna biru kepadaku. aku kenal tangan itu, aku kenal sapu tangan itu, aku kenal gaya itu.



"sudahlah, jangan menangis. masih ada peluang lagi," kata Mika.
"aku buntu harus berbuat apa lagi."
"berdoalah kepada yang Kuasa. aku kesini hanya ingin mengkhabarkan, hujung minggu nie aku akan ke luar negara melanjutkan pelajaran." aku berpaling kepada dia.
"haruskah sekarang?"
"aku terpaksa. aku harap kau jaga diri bersama dia. aku sudah bertanya kepada doktor, shaz boleh lepas seandainya dia punya penderma. dan aku sudah daftarkan nama dia dalam senarai penunggu.aku akan doakan kamu dari sana." air mataku mengalir. di saat aku perlukan dia, di saat itu dia pergi. dia mengerling ke arah jam dinding.
"aku harus pergi. sudah sayang, jangan menangis lagi. air mata mu bukan milikku." dia kesat air mataku lalu keluar.





sudah dekat setahun Mika pergi, aku masih belum menerima khabarnya. Shaz semakin sihat. minggu depan, dia akan menjalani pemindahan jantung. aku cuba menghubungi Mika untuk memberitahu dia tapi gagal. kadang-kadang, aku rindukan dia. Tapi mungkin dia sibuk di sana, aku cuba memahami dia. Sekarang, aku harus tumpukan kepada Syaz dahulu.
"sayang?" aku tersenyum melihat wajah Syaz.




pembedahan otak Syaz berjaya. setelah berjam-jam menunggu, akhirnya aku menerima khabar baik. aku lanatas ke surau, solat syukur atas keajaiban yang Dia berikan. setelah beberapa bulan, Syaz kembali sihat. dia mula berjalan. malah pada suatu hari, dia berani membawa aku keluar senyap-senyap. aku ikutkan saja hatinya, lagipun sudah lama dia tidak menjejak kaki keluar. hampir setahun juga dia menerima rawatan akibat penyakit yang dihadapinya.





"b mau pergi mana?" aku bertanya kepada dia memandangkan aku yang memandu.
"apa kata pergi ke kedai ais krim favourite sayang lepas tu kita pergi waterfront. macam?"
"aik, awal-awal dah mengidam nak ais krim kah?" aku ketawa kecil.
"saja nak rasa macam dulu-dulu. manatau tak sempat kan?" dia menoleh kearah ku. aku mula menekan pedal.
"jangan cakap begitu, please." dia mendiamkan diri. menutup matanya yang kuyu.
"b, buka mata laa!!!"
"hah! knp? ada apa?" dia terkejut, aku menjerit secara tiba-tiba.
"sayang ingat b dah nak tinggal sayang dah." dia ketawa besar.






kami sampai di kedai ais krim kegemaran ku. seperti selalunya, dia akan memilih perisa yang sama. dengan senyuman yang manis, dia memegang tangan ku dan bersama-sama kami ke water front. hanya berjalan kaki, tidak jauh dari kedai ais krim yang kami pergi tadi. kami duduk di bangku berhadapan dengan laut. berdiam diri. tiba-tiba dia baring di bahuku. terasa seperti dia makin menjauh. aku genggam tangannya dengan kuat agar dia tahu aku da di sini dan masih memerlukan dia. Mika bermain difikiranku. Senyumannya, gelak ketawanya. Biarpun Mika sudah jauh, aku masih teringat akan dia, malah ketika bersama dengan Syaz.



"Sayang" dia kucup tanganku. bahuku basah. aku tahu dia menangis. aku biarkan saja, menikmati matahari yang mulai membenamkan dirinya. genggaman tangannya mula longgar, tangannya mulai sejuk.
"B?" aku melihat dirinya. aku periksa nadinya. tiada! aku tersentap.





aku cuma menghubungi Mika memberitahu tentang pengebumian Syaz. tapi gagal lagi. aku cuma harap dia sihat disana. dan aku harap Syaz tenang dialam sana. aku menghilangkan diri ke pantai. saja tidak ingin menambah sakit dihati melihat jenazah kekasih sendiri di usung ke liang lahad. aku tidak sanggup, tidak mahu lagi menangis di hadapan semua. biar aku sendiri pendam rasa sakit ini. biar laut ini jadi menenangku. bahu ku di sentuh,.




"setiap benda yang hidup, pasti akan pergi juga." aku peluk ibuku. menangis sekuatnya. aku fikir aku kuat, aku fikir aku tabah tapi sebenarnya aku lemah. ibu ku memeluk tubuhku dengan kuat.
"dia pergi sudah"









********

"kalau mau bunuh diri, tunggu la aku dapat kahwin dengan kau dulu." aku terdiam. Mika. dia langsung tidak berubah.
"kenapa diam? nampak hantu kah?"
"Mika? kenapa kau ada disini?" dia tersenyum. senyuman yang aku rindu.
"jom." dia menarik aku. aku terkial-kial mengikuti langkahnya. aku agak terkejut melihat begitu banyka orang di ruamg tamuku.
"mereka masuk meminang. tunang dan bulan depan kahwin." ayah memberitahu aku. pandangan dari mereka semua buat aku mengalirkan air mata. Mika kaget. aku berlari kebilik, ibu menbontoti aku.





"kenapa?"
"mi teringat Syaz."
"mi, Syaz dah pergi. rela kan dia. hidup kan kembali dunia Mi. Mi punya hak juga." ibu memeluk aku. aku menangis sepuasnya. Ayah menerima cincin dari pihak Mika. dia memberikan kepada ku. Menurut ayah, mika meminta aku memakai cincin ini jika aku menerima pinangannya tapi jika tidak, dia meminta aku menyimpannya sebagai kenangan.











5TAHUN


aku sudah selamat melahirkan anak perempuan. Mika gembira melihat puteri sulungnya. Dia mengucup dahiku. iya, kehidupan seperti dalam cerita ombak rindu itu wujud juga. aku kini mengalaminya. Aku bersyukur dengan surat kiriman dari Syaz kepada Mika. biarpun Mika tidak pernah memberitahu aku kandungannya tapi aku tahu, Syaz cuma hendak yang terbaik buat diri ku dan bersama Mika adalah terbaik menurutnya.









                                                          THE END

No comments:

Post a Comment