Sunday, February 19, 2012

Selamat bertunang cik Ayue.

assalamualaikum dan haii semuaa.



hah? apa tu? aku bertunang ka? bila? kenapa nda heboh? apa nie nda ajak-ajak?
sabar, sabar. satu-satu aku mau jawab nie. tapi step by step laa dulu. sabar yaa peminat-peminat. (soh diva)



semalam dan hari-hari berikutnya, aku dilambakkan dengan assignment yang berpusu-pusu masuk dengan deadline yang sangat hampir. aku sampai naik binggung campur biul dengna keadaan seperti ini. melihat rakan-rakan ku yang masih lagi relax dan tidak buat apa-apa, aku makin bertambah takut. kenapa? sebab aku tidak punya feeling yang mereka punya, aku tidak ada keberanian untuk berjaga hingga keesokan nya. aku nda sanggup biar mata sepet ku ini punya line hitam dibawahnya. sungguh aku tidak sanggup. okay stop!



semalam, ketika aku sedang sibuk menyiapkan assignment pengajian english yang tidak pernah siap itu, pintu bilik ku diketuk dan dikuak. muncul wajah manis kawan ku lidya, menyatakan ada usrah nie malam. aku berat hati, sungguh berat tapi rela kan juga kerana Ilmu Allah pasti bermanfaat.  entah kenapa, malam tu aku macam berat hati. lagi-lagi melangkah ke kelas ku (tempat kami adakan usroh).


IKLAN
untuk pengetahuan semua, sekarang kami menggunakan kelas senior yang sedang pratikum. kami punya kelas diguna oleh budak GSST yang baru sampai itu. dan untuk perhatian semua, kelas kami bertempat di dalam asrama kami saja. asrama perempuan. sangat siok. 








malam tu, kami membincangkan mengenai etika pemakaian seorang muslimah. aku tidak banyak bicara kerana setiap satu yang diperkatakan, membuatkan hati ku tersentap. aku masih banyak lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki. lagi-lagi dari segi pemakaian. InsyaALLAH. agak lama juga usroh kami berlangsung. bayangkan, dari jam 8.30pm tu sampai dekat 10.30pm. aktiviti kedua kami, kami melukis gambar fashion terkini. lukisan aku memang nda lawa. jujur dari hati. apa boleh buat, aku bukan leo de'vincchi (betulkah tu) yang bisa melukis wajah monalisa sebaik-baiknya.

kira macam nie laa aku lukis. ciri2 jak sama okay





bila tiba waktunya makan-makan, waktu yang memang semua pun suka. aku tahu kerana terpancar dari setiap wajah-wajah girang mereka. aku pun tidak terkecuali. jujur dari hati. ohyaa, aku lupa. sebelum kami makan, kami tonton video mengenai lamaran menurut islam. pernah tengok? buka youtube, buka channel themissdena. perempuan nie sekarang berusia 20tahun. dia dilamar tahun lalu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. bha, malas aku mau cerita. kamu tengok laa. siapa hati nya cengoeng, pasti tertitis air matanya melihat keromantikan lelaki tu. serious aku cakap.




main topic nya bila keluar satu cerita mengenai tunang. kak lili atau budak tebobon kenal dia hasliana. yeap, budak sains tulin dulu tu. dia cerita something yang betul-betul buat aku terkunci kata mau bercakap.



"kalau lelaki tu/kita cakap 'nanti kita kahwin' atau sewaktu dengannya, kita dikira bertunang sudah dengan orang tu"




itu di katakan bertunang tanpa diketahui. tidak banyak orang tahu mengenai hukum itu. tapi tahu ka anda bahawa, apabila sudah bertunang, insan lain diharamkan mengacau tunang orang. dan kamu tahu, yaaa. putra pernah ajak aku kahwin. tanpa aku sedari, aku ini sebenarnya ada tunangan orang biarpun keluarga ku tidak menyetujuinya. semua tu buat aku tambah binggung. agaknya ini petanda dari Tuhan bahwa dia adalah jodoh ku. tapi keluarga ku bagaimana? aku harus tentang mereka demi cinta ini? atau aku biarkan saja. aku buntu. sepeti ditelan mati mak, dibuang mati bapak. 






anyway, CONGRAT ayue. selamat bertunang biarpun tidak direstui. 
UK, BUAT RUMAH, BIRU, MERAH, BAJU TRADISIONAL, SHOPPING. maafkan aku. 




















till then. thanks for reading <3

No comments:

Post a Comment