Monday, July 30, 2012

alamakkk! period lagi =.=

assalamualaikum semua. apa khabar? so, macam mana puasa ke-9 nie? kalau kawasan kk, ndalama lagi  berbuka nie. jadi orang kehel, jangan jelous yerrr. *trip2 puasa, padahal nda* 




happy bukan kepalang bila hari nie boleh dah mandi wajib. jadi esok dah boleh puasa. bila difikirkan balik, lelaki selalu cakap, perempuan best la dapat cuti ndapayah puasa, boleh makan-makan. tapi bagi aku, best lagi lelaki boleh puasa full sebulan. ndapayah mau ganti-ganti puasa macam kami yang perempuan nie. sesungguhnay, tidak dinafikan bahawasa memang best ndapayah puasa. dapat menikmat kurma yang manis dan sedap pada siang hari. meneguk air yang sejuk lagi dingin itu kala tekak ini kering akibat kepanasan yang melanda, TAPII KITAORAN KENA GANTI BALIK. SEDIH -_________-







ganti puasa nie benda yang wajib, dosa kalau kita nda buat. al-maklum la, hutang kita kat ALLAH. sedang hutang kat manusia pun ALLAH tuntut kita untuk membayarnya. apa lagi hutang dengan ALLAH. tapi kan, ganti puasa punya cerita nanti-nanti baru story-story. harinie, aku mau story-story tentang amalan yang kita boleh buat time period di bulan puasa nie. yalah, bulan ramadhan kan sebulan setahun jak. kita ndatau tahun depan, kita dapat berpuasa lagi ka nda. so setiap peluang yang ada tu, kita mesti guna dengna sebaiknya. 






bila tengah period nie, ada kaum hawa yang risau ndadapt gain pahala lebih. dala ndadapat solat, terawih pun ndadapat, baca Quran pun sama juga. apa kita mau buat nie kalau period? ndakan makan jak kan? bukan tambah kurus, tambah kunun gemuk =.=







time-tiem period nie, kita buat banyak benda sebenarnya. yang penting niat kita. antaranya yang kita beloh buat :



1.  Sediakan makanan untuk orang yang tengah puasa.


Yalah, diaorang kan penat tu puasa, jadi kita kaum hawa yang nda puasa nie bolehlah tolong   diorang sediakan makanan untuk berbuka. tu kira kita buat ibadah juga tu, menolong orang.



2.  Tolong ringan kerja orang yang tengah puasa.


Hah, yang nie kit aboleh buat kat rumah paling senang. kalau mama kita buat kerja, memasak ka sapu rumah ka, kita boleh tolong. gantikan mama kita sapu rumah. orang tengah puasa nie, lapar kalau penat cepat sangat marah. kita secara tidak lansung dapat gak tolong diorang kawal marah diorang. kan senang tu?




3.  Baca dan fahami maksud al-quran.


kita nda boleh pegang Quran kan? tapi kita boleh pegang tafsir Al-Quran kan? time period begini la kita boleh baca dan fahami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Sama macam kita tengah baca Al-Quran juga kan?



banyak benda yang kita boleh buat time period nie sebenarnya. salahlah kalau banyak yang fikir period nie bikin spoil mood puasa jak. itu dari kita jak bahh tu sebenarnya.




Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.

(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).







so, renung-renungkan dan selamat berpuasa!!!!






















till then. thanks for reading.

No comments:

Post a Comment