Friday, September 7, 2012

love till the ends.




Selama tiga tahun bersama dengan dia, aku belajar hanya untuk mencintai dia lebih daripda nyawa kau. Lebih dari segala-galanya. Bagi aku, cuma dia dunia aku. Kawan baik aku, peluah masalah aku, tempat aku lepas marah, tempat aku bergaduh, bodyguard aku. lelaki yang boleh buat aku rasa selamat selama bersama dengan dia. Nda pernah risau tentang kehidupan, yang banyak ajar aku untuk jadi lebih cekal, lebih tabah, lebih kebal.


Aku akui, aku seorang yang cengeng. Cepat putus asa, cepat menangis, cepat rasa mengalah. Tapi dia ajar aku macam2. Bila aku menangis jak, mesti habis aku kena marah dia. Ya, aku pasti akan marah balik, maki dia balik tapi in the end, aku release semua stress aku. bila dgr dia cakap baik2, aku tahu dia mau bagi semangat, Cuma dia nda pandai.


Sebagai seorang perempuan, wanita, apa yang kita mau Cuma perlindungan. Well, sesuai dengan nama diberi, wanita adalah kaum yang lemah. Bukan la lemah sangat pun, tapi memang lumrah wanita ingin dilindungi. Sama juga macam aku kan. Dia mampu buat aku rasa terlindungi. Selamat, tiada kerisauan bila aku dengan dia. Aku nda perlukan lelaki yang Cuma mau tayang aku nie dia punya supaya tiada yang kacau. Aku mau lelaki yang boleh tunjukkan yang aku dia punya, yang boleh lindungi aku kalau ada lelaki kacau aku. bukan temberang yang aku mau.


Bukan kata-kata yang aku perlu, bukan janji manis yang aku mau. Sayang boleh diluah, boleh diucap, tapi bukan semua boleh tunjukkan. Harta benda bukan bukti. Bunuh diri pun bukan. Aku dah berikan semua kasih sayang, cinta aku untuk dia. Bukan banyak aku minta, Cuma sayang, Cuma cinta yang dia ucapkan tuh berikan bukti untuk aku. itu jak aku minta.



Kenapa cinta nie sangat menyakitkan? Sangat merumitkan? Aku belajar untuk tidak sakit. Tapi kenapa hati aku sakit sangat? Tapi kenapa aku nda boleh menangis maca biasa. Kenapa hati aku kebal sangat ndamau lepaskan semuanya. Kenapa dia mau terus tersiksa?



Aku amsih ingat dulu, masa aku nda boleh lupakan izzat. Tiap kali aku dgr lagu yang aku tujukan untuk dia, aku mesti rasa mau menangis. Aku rasa aku rindu sangat dengan dia. Tp bila aku fikirkan balik, bukan aku ndaboleh move on tapi ak yang ndamau. Aku yang paksa diri aku untuk ingat semuanya. Aku nemau orang lain memiliki kenangan dia. Lucu bila fikirkan balik. Macamana aku sanggup bertahan setahun lebih hanya untuk melupakan dia. Even sekarang pun, aku masih belum boleh. Ya, sayang memang tiada, cinta dah pergi tapi kenangan tidak.



Konklusinya,senyum jak walau apa pun jadi. Hati aku sakit? Hati aku kebal? Hati aku merana? Aku tetap senyum supaya hati aku tetap kuat untuk semua ini. Walau apa pun jadi, aku harap itu la yang terbaik yang tertulis buat diriku. Cinta aku, tidak pernah pudar untuk dia. Selamanya. Sampai bila-bila. Mungkin kalau bukan jodoh aku sama dia pun, cinta aku sama dia nda mungkin sama dengan cinta aku dengan jodoh aku. sebab cinta sama dia, cinta yang sanggup melakukan apa sahaja. Cinta aku yang gila, yang aku kira paling dalam. Melebih segalanya. Melebih diri aku.




















Till then. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment