Friday, November 1, 2013

Allah still the best planner.





Assalamualaikum.





Sebaik-baik hidup kita, mestilah kita dah plan baik2 kan? begitu juga aku. sebelum aku masuk tingkatan 4 lagi aku dah plan hidup aku untuk 10 years akan datang. matangkan fikiran? mungkin desakan keluarga juga yang mematangkan fikiran. Bukan. Bukan aku cakap keluarga memaksa aku untuk berfikir ke arah itu. Cuma aku rasa aku pikul tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung. *biarpun adik lelaki aku angan hendak jadi anak sulung, siap salin kat salasilah keluarga dia anak sulung*







Terlalu besar tanggungjawab aku pikul. keluarga aku bukan datang dari keluarga yang senang. Yang punya kereta besar, rumah berbuah-buah. Tidak. Keluarga biasa yang hidup ala kadar. Kadang merasa susah, kadang merasa senang. Semua tu rezeki Allah. Siapa kita mau persoalkan.







Sebelum masuk tingkatan 4, aku dah plan akan masuk 4 Sains Tulin sebab minat aku dan mau kejar sangat cita-cita hendak menjadi doktor. Lepas tingkatan 4 dan 5 habis, dapat pula keputusan cun-cun aku mau masuk Pra-U, ambil sains juga. Well, alasan masih sama sebab mau jadi doktor. Bila dan habis Pra-U, aku akan masuk U dan ambillah course yang aku suka. ITU PLAN HIDUP AKU YANG DULU.









Tapi bila dah masuk tingkatan 4 Sains Tulin, baru aku rasa yang aku nie not-so-into-sains-bagai nie. Lagi-lagi bila aku sedar, aku nie mabuk sikit kalau tengok darah. == entahlah. So, plan kena tukar lagi. masih berjalan dengan lancar cuma kali nie aku target mau ambil course apa-apalah yang penting habis ijazah, aku ambil master dan keluar jadi seorang lecture yang berjaya. ITU PLAN HIDUP AKU YANG KEDUA








Masa berlalu. Keputusan SPM dah keluar dan ALHAMDULILAH, keputusan bagus *ndamau kasitau* Applylah UPU nie, dapat pula masuk UiTM, ambil course Perundangan. Asasi Undang-undang. ALHAMDULILAH. Bersyukur sangat. SO, plan pun berubah. Memang mau masuk UiTM lah sangat nie. Cumaaaaa.......................Dady x bagi pergi. Sebab time tu, isu pasal simbah-simbah asid di Shah Alam berleluasa gila. Dia takut. Dia cakap, tunggu saja maktab. nda pun, stay pra-U. SO, PLAN BERUBAH LAGI. 









Aku pun tunggu Maktab yang sebenarnya tidak pernah termasuk dalam plan aku dari dulu sehingga sekarang. Aku x suka jadi cikgu. Aku x suka mengajar. Sangat-sangat x suka. Tapi apa yang kita x suka tu biasanya kita dapat kan? And Yea, aku dapat panggilan maktab. Course, Pendidikan Prasekolah.










DAN DARI START AKU TERIMA PANGGILAN TU, PLAN HIDUP AKU BETUL-BETUL BERUBAH. 









Betullah, rancangan Allah tu sebaik-baiknya. Aku hanya mampu merancang hidup aku nie tapi semuaya terserah kepada yang Maha Kuasa maukan apa untuk hidup aku. Aku cuma hamba kerdilnya. Mana mampu mau persuarakan bantahan atas kehendak-Nya. Yang aku mampu, berdoa agar Dia merancang yang terbaik untuk aku.








Sekarang aku berada di semester 2 ijazah pendidikan. Tidak lama lagi peperiksaan akan berlansung pula. Siapa sangka, pejam celik dah dua tahun aku melatih diri menjadi seorang guru prasekolah. suka atau tidak, aku kena redha pilihan DIA.










Terima Kasih ya Allah. Kerana kau rancang hidup aku sebaiknya. Bagi aku peluang untuk menikmati hidup nie dengan cara yang aku gemari. Tidak sekat aku tetapi masih beri aku petunjuk-Mu kala aku silap meniti jalan hidup ini.










Untuk yang lain, doakan aku yang terbaik. Semoga aku dapat jawab peperiksaan kali nie dan dapat pointer yang boleh buat parents aku senyum lebar. Amiin.
















Till then. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment