Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

BIla nak kahwin?





Assalamualaikum



Life is getting weird bila mimi dah kahwin. rasa macam baru semalam kita borak-borak kosong, bergosip, ponteng kelas bagai. rasa macam baru semalam. Sungguh. 


Tuptuptup, mimi dah kahwin. Aku serius cakap. Masa aku rakam Hafiz lafaz akad tu, aku rasa dah gegar. Bila habis saja Hafiz lafaz, air mata aku macam mahu jatuh. Allah, kawan aku dah jadi isteri orang. Dah jadi hak orang. Mulalah rasa touching sangat. 



Rasa macam tidak percaya. Padahal dalam kami, dia kira yang kedua muda. Nie dah dulu kahwin. Memang bahagialah aku rasa. Apa lagi dia. kan? Aku dapat kirim doa untuk mimi (gua dah pokai) semoga Allah sentiasa berada dalam perhubungan mereka. Semoga murah rezeki dan bahagia selalu. 



Untuk mimi, 

Macam-macam dah kita tempuh sama. Bukan kejap usia persahabatan kita. Aku cuma dapat lihat dari jauh lepas nie. Rasa sakit, rasa payah, rasa gembira semua kau kena tanggung sendiri. Sebab berdosa seorang isteri menjaja cerita keluarganya. Cukup ah bagi orang tahu kau bahagia. Biar mata diorang yang tengok sendiri kau macam mana. 


Harap tiada mata yang jahat, hati yang keji mau porak peranda hubungan kau. Tapi aku yakin, suami kau orangnya setia. Yala, bukan kejap kau dengan dia. Kan? 



Kepada ipar,

aku mohon, aku merayu, aku minta tolong, kau jaga mimi dengan hati kau, tangan kau, maruah kau. Dia bukan calang-calang wanita. Tapi dia tetap mau kau jadi pemilik tulang rusuk kepunyaan dia. Didik keluarga dengan agama, bukan dengan cacian. Kau mampu jadi ketua keluarga, sebab Allah dah pilih. 



Kepada yang lain, 

Pelan-pelan. Tuhan rencana yang baik untuk kita. yang lebih baik. yang sabar selalu dapat ganjaran lebih. Semoga kita kan selalu sama, untuk masa akan datang. entah lepas nie siapa yang akan ikut jejak mimi. mungkin butun, mungkin ehley, mungkin aku. Sebelum itu, selamat berbahagia jadi remaja bebas. yang tidak terikat dengan komitmen. Biar Tuhan atur cerita kita sebaiknya. AMIIN







"Bukan kita yang tahu apa akan jadi tapi yang DI-ATAS. kita hanya perlu yakin dan sabar."


































Till then. Thanks for reading. 





Wednesday, March 5, 2014

Selamat Ulang Tahun, sayang.







Selamat ulang tahun sayang,
Untuk sekian kali,
Terima kasih kerana masih di sini,


Masih sanggup meredah kehidupan,
Sambil pegang tangan aku,
Terima kasih kerana tidak pernah lepaskan,



Biar duri-duri menikam,
Kau tetap keras mengenggam aku,



Selamat ulang tahun.
Semoga Tuhan kasihi kita,
Dan hubungan ini,
Sentiasa. 

























Till then. Thanks for reading.

Monday, February 24, 2014

Pilihan





Dunia fana ini betul menguji, 
Sampai aku hampir jatuh melutut, 
satu-satu datang,
satu-satu pergi.



Ada yang tinggalkan bahagia,
Ada yang tinggalkan derita,
Mahu jadikan sandaran,
Jadi pautan,
supaya jalan tetap tegak,
Tidak malu,
Tidak gentar.



Simpang siurnya mungkin mengelirukan,
Tapi semua itu terpulang pada kita,
Pada pilihan,
Tuhan sudah tulis baik-baik,
Cerita kau, cerita mereka,
Pilih baik-baik.
































Till then. Thanks for reading.

Friday, February 14, 2014

What makes you stronger?




Aku mahu jadi orang yang kuat. Yang saat semua menindas aku, aku masih boleh bangun dan tersenyum. Tapi nyatanya, aku manusia. Sama seperti kamu, tidak kira apa yang aku buat. Aku juga jatuh, aku juga menangis, aku juga sakit. Cuma bezanya, aku tidak pernah tunjukkan secara nyata. 




Sakit hati bila kita baik dengan seseorang itu, berharap dia lakukan perkara sama dengan kita tapi yang kita dapat adalah berbeza. Buat baik tapi dianjingkan. Kau harap apa? Aku merayu, melutut? Begitu? 




TIDAK. 




Bila kau rasa kau dianjingkan oleh mereka, kau datang. Pernah aku anjingkan kau? Pernah aku persetankan kau seperti mereka? Aku jaga hati semua, hati kau. Tapi akhirnya apa? Aku diperanjingkan. Manusia memang perangainya begitu? Baik kejap, buruk kejap.





Allah. Letih aku kadang-kadang mahu hadap semua drama dunia. Yang tiap hari berganti pelakon, berganti cerita. Kuatkan aku, Allah.. Sebelum aku rebah, tolong sambut aku. Tolong ingatkan aku, masih ada KAU yang selalu untuk aku. Supaya aku malu untuk bergantung dengan orang lain, supaya aku cuma mahu bergantung kepada KAU.








"Kalau pun satu-satu benda pergi, aku masih ada kenangan. Aku genggam sampai pecah pun, kenangan tidak akan pernah pergi tinggalkan aku. Maka, jadilah orang yang penuh dengan kenangan"




























Till then. Thanks for reading.


Saturday, February 8, 2014

i've five finger.



Assalamualaikum.



Setiap manusia pun ada batas juga. Jangan kau uji sebab kau tidak tahu tahap mana dia boleh sampai. Kau lihat dia lemah, seolah-olah tiada tenaga untuk luahkan semuanya. Tapi kau tidak tahu, dia sedang cuba untuk bersabar. Atas semua perkara yang terjadi.




Janganlah kerana kau tinggi, kau hebat, kau senang-senang mahu pijak orang lain. Kaki kau, Tuhan cipta bukan untuk buat jahat. Ya. aku tahu. Setiap manusia ada bad side diorang sendiri. Kau ada, dia ada, aku ada. Semua ada. Tapi tidak bermaksud kau boleh sewenang-wenangnya mahu buat jahat.



Manusia nie buat pening. Depan cakap lain, belakang buat lain. Yang buat hampeh betul, bila cerita A kau tukar cerita B. Kira drama tentang orang mati, kau boleh ubah cerita buat drama cinta sebab kau suka. Allah, kasihannya kau. Tiada cerita mahu dijaja, cerita orang kau hulur buat pertukaran.



Orang pandai-pandai cakap, kalau mulut kau tiada benda baik mahu cakap, diam. Sebab diam lebih baik dari kau lontar kata-kata tapi sendiri dapat dosa. Manusia tidak sempurna. Aku tahu, kau tau, semua tahu. Rasullulah S.A.W saja yang sempurna, itu pun dia masih sujud, masih takut. Tapi spesies kita? Jangan katakan sujud, mau rukuk pun belum tentu lepas.



Kita banyak buat silap, tapi Allah masih sayang. Kita tindas orang, kita hina orang, kita caci, tapi Allah masih bagi peluang dengan kita. Cuma perlahan-lahan, Allah tunjuk. Aku pernah jadi nakal, pernah jadi budak jahat yang selalu sindir orang, selalu judging orang. Tapi ALHAMDULILAH. Pelan-pelan aku buka mata, pelan-pelan aku sedar. Tiada guna aku begitu, tiada manfaat aku dapat. Paling tidak, dosa bertimbun.



Khilaf kita, kita boleh baiki. Asal kita mahu, ada kehendak. Aku cuba tahan kalau ada orang cuba burukkan aku, selagi aku masih punya rasa sabar, aku akan tahan. Cuma aku manusia. Entah sampai bila rasa sabar tu akan tahan.









Allah bagi peluang kita hidup sebab Dia sayang. Dia mahu kita ambil sebanyak mungkin pahal di dunia. Tapi bila Allah ambil kita, itu sebab Dia rasa kita sudah bersedia untuk berjumpa dengan Dia. Allah maha Mengetahui. 






























Till then. Thanks for reading.

Friday, February 7, 2014

Pernah dengar?

Kau pernah dengar? Aku pernah dengar. Mungkin baca. Silap. 



"Writing is acceptance form of shizophrenia"



Aku terkedu. Bukan apa, aku memang suka menulis cuma semenjak dua menjak ini, tangan aku lebih ligat menulis. Aku pun tidak tahu kenapa. Bagi aku, menulis nie satu cara untuk melepaskan semua rasa yang terbuku dalam hati aku. Aku seperti melepaskan geram pada keypad laptop nie.



Salah aku juga. Simpan semua sendiri. Tidak cerita, tidak menulis. Semua aku sisip kemas dalam hati. Semua yang menyakitkan, semua yang menikam aku perlahan-lahan. Aku rasa seolah-olah aku mati. Sedikit demi sedikit. 




Kau tahu? Kau tidak pernah tahu. Aku sedang berjuang untuk hidup. Sedikit lagi, aku hampir putus asa dengan hidup aku. Tapi aku cuba gagah berdiri untuk mereka yang aku rasa, untuk Tuhan yang sentiasa cinta dan kasih kepada aku. Aku tidak mahu jadi orang yang tiada erti syukurnya. Belum kuat lagi aku mahu jejak kaki ke Neraka. Sedangkan panas di Malaysia pun sudah aku merungut. 



Hari nie kelas Encik Yusup. Beliau banyak bagi nasihat. Aku tahu, selebihnya pada aku nasihatnya. Aku yang paling nakal, selalu buat dia berpaling dua tiga kali untuk diamkan aku. Cuma aku tertarik dengan kata-katanya hari nie yang 'manusia tidak pernah puas'.



kawan : Sifat manusia memang begitu kan? Tidak pernah puas.
Aku : Kalau manusia puas, rugilah. 
Kawan : Kenapa pula?
AKu : Tuhan jadikan rasa tidak puas tu supaya kita mahu kejar pahala lebih. Kalau kita cepat puas, rugilah kita. Kebaikan kurang. 
Kawan : Betul juga. 





Aku bercakap sambil pandang diri sendiri. Muhasabah. 
































Till Then. Thanks for reading.

Wednesday, January 29, 2014

Duit dan rezeki.








Assalamualaikum.




Orang kata kalau kita terlalu fikir tentang duit, nanti rezeki tidak masuk. Betulkah? Aku rasa benda tu semua seperti satu sihir yang cuba untuk merendahkan orang yang sedang berusaha untuk mencari duit.




 Kamu rasa?




Kenapa aku cakap seperti ini? Sebab orang cari duit, fikir tentang duit, urus tentang duitnya adalah kerana dia ingin berjaga-jaga. Ingin duitnya selamat. Tidak terguna untuk benda yang sia-sia.




Jujur aku kata, aku bukanlah datang dari keluarga yang berada, yang senang, yang mewah. Yang apa inginku, boleh aku perolehi dengan sekelip mata. TIDAK. Tapi mahu katakan aku susah, tidak juga. Aku orang yang biasa-biasa sahaja. Asal kenyang perut, sudahlah. Buat apa hendak peduli benda lain. Kan?





Tapi manusia, tipulah kalau tidak punya keinginan, kemahuan. Begitu juga aku. Aku ingin itu, aku ingin ini. Kalau boleh, semua benda aku inginkan. Alahai, tamaknya diri manusia aku nie. Untuk dapat semua tu, aku kena usaha. Bukan senang mahu cari duit, tapi kejap saja kalau hendak belanja.




Dari dulu, aku selalu usaha sendiri untuk perolehi benda yang aku inginkan. Mungkin kerana aku anak yang sulung, jadi rasa tanggungjawabku untuk tidak menyusahkan ibu bapaku tinggi. MUNGKIN. Ataupun kerana keluargaku bukanlah keluarga yang berada.




Aku tidak kisah dengan harta semua. Persetankan itu. Buat apa hendak kisah. Gunanya hanya di dunia, kelak di akhirat? Jadi cebisan abu saja.






Eh. Lari topik lagi.







Aku cemburu kadang-kadang. Lihat mereka sekelilingku, hanya tinggal tadah tangan untuk dapat apa mereka inginkan. Sedangkan aku, terpaksa berhempas pulas. Iri hati pun ada. Ya Allah, tidak bersyukurnya aku. Tapi kerana inilah, aku boleh berdikari. Tidak bergantung kepada orang tua semata.
Kebanyakan hartaku semua, dari cincinku, dari handphoneku, semuanya datang dari titik peluhku sendiri. Tiada sedikit duit mereka, orang tuaku. Aku usaha. Itu yang penting. Terima kasih mumy dady sebab tidak manjakan aku dengan harta kekayaan. Kalau tidak, belum tentu aku perolehi diri aku yang sekarang.







Kan? Manusia tidak pernah berpuas hati dengan kehidupan mereka. TIDAK PERNAH. Jadi yang aku mahu, cuma bersyukur dengan setiap helaan nafas yang Allah pinjamkan.


























Till then. Thanks for reading.

Friday, January 10, 2014

A little gift for January.





Assalamualaikum.





SELAMAT TAHUN  BARU 2014. Harap masih tidak lambat mau ucap. Al-maklumlah, sekarang dan 10hb Januari.



Well, apa azam tahun baru nie? kalau aku, aku belum jumpa azam yang sesuai kecuali mau berjimat cermat amalan mulia. i got a lot of things i want to buy, i want to achieve this year. So, kalau tidak berjimat, aku makan batu kang hujung bulan. Dahlah elaun lagi belum masuk ==



Bercakap tentang makan batu, hati aku dah jadi hati batu. Keras semacam. Kenapa? Entahlah. hati nie jadi keras sekerasnya. Macam tawar hati begitu.



aku tiada cerita sensasi yang boleh aku borakkan sini. Cuma yang aku mau cakap, aku sedang berhempas pulas belajar muzik. Benda ala nie memang nampak senang kalau kau ada bakat, tapi untuk aku yang memang tiada bakat, tiada basic, aku rasa aku sedang serah diri untuk dibunuh. Tapi bak kata MR. Albert 'orang yang sains tulin pun boleh pandai muzik sampai jadi lecture macam saya, apa lagi kamu' and im relieve.


senang ah sikit sebab aku dah tau kod *biarpun gitar saja* cuma benda not-not bagai nielah aku kena hadam sedalam-dalamnya. biar tidak boleh keluar lagi. korang doakan lah aku. manalah tau, kot-kot esoknya aku dah jadi artis main piano. ok, out of topic.


















Thanks for reading. Till then.