Showing posts with label cinta terlarang. Show all posts
Showing posts with label cinta terlarang. Show all posts

Monday, December 10, 2012

this not like a movie.





Idk how to start.  I just don’t hve any idea about this. How I wish my life is  movie, so It won’t be so hurt. Yala, kan movie jak. Sad ending, orang caci, happy ending orang bersorak. But this my life, my damn story. Huh~




I love him. Very much. Sampai nda terkata. Bagi aku, he’s my everything. My guardian angel, my best friend, my punching bag.






Tapi sampai bila semua nie mau bertahan? Sampai bila aku harus tenangkan hati? Sampai bila? Tapi aku tiada kekuatan untuk kehilangan dia. Biarla apa orang cakap. Dia jahat, dia tiada kerja, tiada apa-apa, tidak setaraf. I DON’T CARE! I want him. I want him so damn much.






Air mata aku kering sudah untuk menangis. Nda tau kekuatan dari mana harus aku pinjam lagi. Setiap kali aku kuatkan hati, bila aku dengar dia ketawa, senyum depan aku, hati aku lemah.  Dia buat aku happy, macam semua masalah tu hilang macam tu jak. Bila dia senyum, ketawa, mesti aku pun mau ikut ketawa. Ya, I know. Aku gilakan dia.




Im crazy bout him.





Kan senang kalau semua nie seperti apa yang kita impikan. Aku banyak buat salah sama dia, dia kasih maaf jak aku. Bila aku Tanya kenapa, sebab dia sayang, dia cinta. Aku nda tau kalau aku boleh jumpa lelaki macam dia. Yang buat aku rasa apa tu erti cinta.




Dulu, I always dream about a prince. Yang perfect, yang ada semua yang aku inginkan. I think I found my prince.  Mungkin nda macam yang selama nie aku impikan tapi dia lengkapkan aku. Make my life perfect.







Aku tau, restu ibu bapa tu penting.  Lucu bila kenangkan.  Aku buat gambar aku sama dia sebagai screen saver for my Go Locker, and my mummy saw it. Dia marah. Dia fikir selama nie aku sudah berhenti berhubung dengan dia, well im not. tiba-tiba dia cakap ‘lelaki nie, bukan kau pandang handsome saja bah. Ada orang nanti tua, baru Nampak tu handsome dia’ and I  was like ‘hahhhh?’ nda paham sepatah kata pun yang mummy cakap. Tapi aku faham sebendala. Mummy cakap dia handsome. Ketawa ginkk akuu. *ketawa besar*





I know mummy. Mungkin kita patut bagi dia peluang. Mungkin later dia akan buat yang terbaik to get me. Mungkin nanti dia akan datang jemput aku dan mungkin nanti daddy akan serahkan aku sama dia dari tangan daddy sendiri? Aku nda mau menyesal mummy. Aku ndamau. Let me try to make this relation work. If it not working, 5years from now, I’ll do whatever you’ll ask me to. But please. Bagi dia peluang.  Bagi kepercayaan aku nie peluang. Can mummy?













Till then. Thanks for reading.

Tuesday, November 27, 2012

give me a pillow.


Eerrrrggggghhhhhhhhhh *jeritkuat2*



Stresssnyaaa!! Satu-satu yang datang. Nda habis2 dengan nda kena sukalah, apa lah. Tu lah, padan sendiri muka. Dulu berabis cinta terlarang tuh best gila, romantic gila. Hah! Sekarang romantic lah sangat.



Rasa macam mau gila pun ada. Isk! Nda logic betul lah alasan yang diorang cari. Kalau pun nda suka, cakap laa nda suka. Nie tengok depan baik gilaaa, belakanggggg cakap belakang pula. WHATT?!



Pening betullah dengan semua nie. Malas sangat mau sedih-sedih. Mau menangis segala. Capek tauk! Okay then. I better give up now. Dari keadaan tambah worst. Right?













Till then. Thanks for reading. 

Tuesday, September 25, 2012

MONEY IS NOT EVERYTHINGS.

Sepanjang aku bersama dengan seseorang, aku tidak pernah melihat pada ketebalan isi dompetnya. Tidak pernah mengira betapa banyak duit tersimpan, tersusun rapi dalam dompet itu. TIDAK PERNAH SEKALI-KALI!!


Jadi kenapa selalu soal duit dan harta dijadikan alasan? kenapa duit selalu merasuk hati, merasuk jiwa. Iya, selalu aku dengar 'bila kemiskinan mengetuk pintu, cinta lari ikut jendela' huh. Terfikir juga kadangkala. Tapi aku kan ada? Kerjaya ku sudah cukup hebat bukan? Cuma tinggal belajar bersunggunh-sungguh agar dapat tamat pengajian dengan jayanya. At least, tidak tersungkur ditengah jalan. kan?




Dunia sekarang, tiada duit, tidak hidup. Yala, masuk tandas pun perlukan duit. Tapi dapatkah duit mengukur sejauh mana cinta itu? Macam duit seribu, sayang cinta pun macam seribu juga. Jadi kalau orang miskin tuh? Duit seringgit, nda layak bercinta?






You see, money is not everythings. It's just everything needs money. We need money to survive, to buy foods, clothes, credits, and a looooooottt of thingggssssssssss. Lagi-lagi sebagai perempuan yang bernafsu serakah macam aku nie, semua benda mau beli, semua benda mau makan *tu nda padan gemuk*






Choose wisely. Well, nasihat untuk diri aku juga. Tapi for me, usaha lebih!!!! Ganbate!!!









-__________________-  GOODNIGHT!
































Thanks for reading. Till then.




Thursday, August 30, 2012

Bila kau yakin dia milikmu.

sebelum aku memulakan sebarang kata jiwang yang merapu, mungkin bakal merosakkan akal pintar mu, biarlah aku hulurkan 10 jari memohon maaf zahir dan batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. aku harap aku masih tidak terlambat untuk mengucapkannya. *senyum kambing*



Dulu aku selalu yakin, selalu tahu, selalu berharap dan sewaktu dengan selalunya la bahawa dia adalah jodohku, tertulis buatku. *uiseh, jiwang laa sangat* boleh katakan aku macam sinta mati la sama dia. okay nie bukan versi cerita cinta mati si om yang sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan cewek yang dia suka. sama sekali tidak. harap maklum.



Lately, aku selalu tawar hati dengan lelaki. lelaki baik sama aku ka, mengurat aku ka, semua kau rasa macam 'ish' eh, respon baik punya kalau tak single nie. hahaha. tapi bukan itu maksud aku. aku aku aku aku dan aku rasa macam hubungan cinta nie makin lama makin menjauh. well, perfect life sangat kan. nie la jadi nya. u know, bila ada orang mau mengurat ka apa kan, terus aku berfikir "aiya, manis awal-awal saja tuh. bila suda dapat, nah sampah-sampah saja bah kita nie dilayan" bila dah fikir gitu terus rasa macam stick on dengan yang lama pun mau mati, apa lagi mau cari baru, kan?



aku bukan mau maksudkan yang together dengan lama nie bagus sangat. everyone ada lemah dia kan. so do them. tapi kalau sudah u punya lama tuh asyik tangan-tangan korang bukan usap-usap korang, bagus u buang laut la orang macam tuh. nda payah simpan lama. bikin sasak juga. santik-santik bahh muka jadi bida. SEDEH!



Tapi ive learn a lot. from my love story, from others love story. bila u sama-sama dengan u punya love, bahagia, sinta mau mati, remember always remember, setiap hubungan ada jatuh dan bangun dia. so, never expect too much bila bercinta. tapi time kahwin boleh la. dah confirm kan u punya sampai bila-bila, so buat apa u mau risau kan? pandai jaga laki, forever la u sama dia. right?
























till then. thanks for reading.

Thursday, June 7, 2012

love. sometimes hurt too much.






Assalamualaikum. Hai. Nama aku ayue. Umur 19tahun, genap. Lahir 2 haribulan 2, tahun 1993. Belajar di IPG Kampus Keningau. Having 3years relationship with my sayang. And what I can tell u, cinta itu menyakitkan. Sangat sakit. Sakit lebih-lebih lagi kalau dengan seseorang yang kita cintai.





Aku pernah dengar dulu yang, mencintai itu bukan senang macam di cintai. Time tu aku budak lagi and aku selalu rasa, benda tu cakap jak supaya umur-umur aku time tu nda laa try-try cinta kunun. Masa mula-mula aku bercouple, aku nda pernah rasa sakit. Aku rasa, cinta tu best. Yala, bercinta saja. Aku menangis pun jarang. Mau kata aku nda sayang, nda juga, sayang bah, Cuma im having a life babe. Not ruin the life. Ak selalu tidak kan bila orang cakap cinta tu buat kita jadi nda tentu arah lagi-lagi kalau dalam study kita. Sebab I always get the best biarpun aku bercinta. Mungkin otak orang lain-lain kan? idk =.=









Sampai aku kenal dia, everything started to be different. Kalau dulu, bapa aku adalah segala-gala bagi aku. Aku rasa, kawan-kawan aku pun tau macamana aku sayang bapa aku kan? Tapi now nda pasti lagi bapa aku adalah segala-gala aku, lepas aku kenal dia. Aku gila bayang, gilakan dia. Jujur aku cakap, aku sanggup buat apa saja demi bersama dia. Biar pun, family aku nda restu, tapi aku tetap degil juga. He’s my everything. Cinta tu memang sakit. Sakit sangat. Tapi aku nda menyesal pernah kenal dengan dia. i never regret.





Baru-baru tu aku balik pergi kampung, family aku memang tau pasal aku sama dia. The whole family I mean. the conversation bout him and me started when i get inside the house. Well, durang bercerita di luar rumah. keluar-keluar saja aku, terus kakak sepupu aku cakap ‘nahh, cinta monyet kau nda kena restu sudah.” I never assume him as my cinta monyet. Masa tuh, aku senyum saja mampu. Sikit pun aku nda rasa sakit. Degilnya hati aku. Aku nda cerita semua nie dengan dia. Aku berharap, dia paham kenapa aku menangis time nie. Kenapa hati aku rasa sakit dengan semua nie. Sebab aku yang dengar, bukan dia. Kalaulah, cinta tidak sesulit ini. Tentu aku dah bahagia sekarang.







I wish, I can be little girl again. Nda perlu rasa sakit sebab bercinta. Mungkin, budak-budak sekarang pandai sudah bercinta. Tapi aku masih ingat lagi, time aku dulu-dulu main getah saja bah kami. Lumpat-lumpat macam orang gila. Ada pun lelaki yang di suka, di kasi diam saja. Nda aku minta semua ne jadi, nda aku minta untuk jatuh cinta. Tapi memang salah aku juga, sebab masa kami kedapatan dulu, aku tau sudah family aku memang ndakan mau sama dia. Aku sengaja lagi siksa hati aku dan dia. Kami siksa hati kami. memang sakit tuh kami yang pergi budu-budu mau. but who's now the future is kan? ALLAH jak yang tau.







YA ALLAH, kalau dia jodoh ku, dekatkan dia dengan ku. Tapi kalau bukan dia untuk ku, jauhkanlahh dia dari aku, sungguhnya, hati ku nda mampu bila melihat dia menjadi milik orang lain. Sesungguhnya aku nda sekuat yang Kau kira. Kau bantulah aku, Kau penulis takdirku, Cuma Kau yang mengetahui jalan cerita ku.














Till then. Thanks for reading.


Sunday, February 19, 2012

Selamat bertunang cik Ayue.

assalamualaikum dan haii semuaa.



hah? apa tu? aku bertunang ka? bila? kenapa nda heboh? apa nie nda ajak-ajak?
sabar, sabar. satu-satu aku mau jawab nie. tapi step by step laa dulu. sabar yaa peminat-peminat. (soh diva)



semalam dan hari-hari berikutnya, aku dilambakkan dengan assignment yang berpusu-pusu masuk dengan deadline yang sangat hampir. aku sampai naik binggung campur biul dengna keadaan seperti ini. melihat rakan-rakan ku yang masih lagi relax dan tidak buat apa-apa, aku makin bertambah takut. kenapa? sebab aku tidak punya feeling yang mereka punya, aku tidak ada keberanian untuk berjaga hingga keesokan nya. aku nda sanggup biar mata sepet ku ini punya line hitam dibawahnya. sungguh aku tidak sanggup. okay stop!



semalam, ketika aku sedang sibuk menyiapkan assignment pengajian english yang tidak pernah siap itu, pintu bilik ku diketuk dan dikuak. muncul wajah manis kawan ku lidya, menyatakan ada usrah nie malam. aku berat hati, sungguh berat tapi rela kan juga kerana Ilmu Allah pasti bermanfaat.  entah kenapa, malam tu aku macam berat hati. lagi-lagi melangkah ke kelas ku (tempat kami adakan usroh).


IKLAN
untuk pengetahuan semua, sekarang kami menggunakan kelas senior yang sedang pratikum. kami punya kelas diguna oleh budak GSST yang baru sampai itu. dan untuk perhatian semua, kelas kami bertempat di dalam asrama kami saja. asrama perempuan. sangat siok. 








malam tu, kami membincangkan mengenai etika pemakaian seorang muslimah. aku tidak banyak bicara kerana setiap satu yang diperkatakan, membuatkan hati ku tersentap. aku masih banyak lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki. lagi-lagi dari segi pemakaian. InsyaALLAH. agak lama juga usroh kami berlangsung. bayangkan, dari jam 8.30pm tu sampai dekat 10.30pm. aktiviti kedua kami, kami melukis gambar fashion terkini. lukisan aku memang nda lawa. jujur dari hati. apa boleh buat, aku bukan leo de'vincchi (betulkah tu) yang bisa melukis wajah monalisa sebaik-baiknya.

kira macam nie laa aku lukis. ciri2 jak sama okay





bila tiba waktunya makan-makan, waktu yang memang semua pun suka. aku tahu kerana terpancar dari setiap wajah-wajah girang mereka. aku pun tidak terkecuali. jujur dari hati. ohyaa, aku lupa. sebelum kami makan, kami tonton video mengenai lamaran menurut islam. pernah tengok? buka youtube, buka channel themissdena. perempuan nie sekarang berusia 20tahun. dia dilamar tahun lalu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. bha, malas aku mau cerita. kamu tengok laa. siapa hati nya cengoeng, pasti tertitis air matanya melihat keromantikan lelaki tu. serious aku cakap.




main topic nya bila keluar satu cerita mengenai tunang. kak lili atau budak tebobon kenal dia hasliana. yeap, budak sains tulin dulu tu. dia cerita something yang betul-betul buat aku terkunci kata mau bercakap.



"kalau lelaki tu/kita cakap 'nanti kita kahwin' atau sewaktu dengannya, kita dikira bertunang sudah dengan orang tu"




itu di katakan bertunang tanpa diketahui. tidak banyak orang tahu mengenai hukum itu. tapi tahu ka anda bahawa, apabila sudah bertunang, insan lain diharamkan mengacau tunang orang. dan kamu tahu, yaaa. putra pernah ajak aku kahwin. tanpa aku sedari, aku ini sebenarnya ada tunangan orang biarpun keluarga ku tidak menyetujuinya. semua tu buat aku tambah binggung. agaknya ini petanda dari Tuhan bahwa dia adalah jodoh ku. tapi keluarga ku bagaimana? aku harus tentang mereka demi cinta ini? atau aku biarkan saja. aku buntu. sepeti ditelan mati mak, dibuang mati bapak. 






anyway, CONGRAT ayue. selamat bertunang biarpun tidak direstui. 
UK, BUAT RUMAH, BIRU, MERAH, BAJU TRADISIONAL, SHOPPING. maafkan aku. 




















till then. thanks for reading <3

Wednesday, January 25, 2012

cinta terlarang



haii and assalamualaikum.
woot~ it's almost february kan? and yeah, im getting old soon. punya benci dengar tu ayat. *wink-wink* macam nda biasa, aku lama suda nda post something kan? well, i've been in difficult time lately. macam-macam benda bikin sasak jiwa ku.





selama nie aku jarang sangat cerita tentang personal life aku. aku rasa boleh dihitung kalau aku cerita pasal boyfriend aku kan? kasih iya dulu bah. *senyum minta puji* 




nama boyfriend aku for sure, si putra zahidan firdaus. boyfriend lain, biar la rahsia. ehh? gurau jak bah. dia saja boy aku. Kami mula berkenalan masa hari keluarga tiga tahun yang lalu. yeap, hubungan kami pada 3/mac nie bakal menginjak tahun yang ketiga. wahh? too long? macamana kami boleh kekal sampai begitu lama? err, payah mau cakap. mungkin sebab kami serasi bersama. macam lagu2 pula kan?




ramai juga yang cakap kami nie sweet couple. yalah, selalu jalan sama-sama. kami bukan takat couple tapi kami kawan. dia bestfriend aku. kalau aku ada masalah, aku nda perlu cari kawan cukup dia. tu salah satu sebab kenapa kami bersama-sama sampai sekarang. tapi bukan selalu hubungan tu bahagia kan?








tahun pertama kami bersama-sama, Tuan besar teropot aku sama dia. memang time tu perang dingin laa sama family aku. dari awal lagi aku sama dia memang nda kena restu. tapi aku degil juga mau terus kan hubungan tu. kami kekal lagi sampai sekrang. time tu, aku anggap aku masih budak jadi pasal tu tuan besar nda suruh kami sama-sama. tahun kedua kami bersama-sama, Tuan sama Puan besar teropot kami jalan sama-sama. jantung aku macam mau tercabut sudah time tu. tapi kami masih boleh buat steady saja. dia pergi jumpa, salam and everythings was perfect at that time.





tapi semua tu macam sekejap jak, sampai dirumah baru dioarang cakap. kamu tau macamana berkecainya jantung aku time tu. *epic sahaja*  okay, kamu nda tau. sampai aku masuk IPG pun begitu juga. diorang memang tau laa aku bersms sama siapa, berkol sama siapa cuma kadang-kadang pandai diam, kadang-kadang pandai jua tau diorang bising.






dulu time aku masih budak-budak, aku suka sangat dengan hubungan terlarang nie. well, nampak macam romantik gitu. kamu nda rasa kah? terpengaruh sangat dengan cerita romeo and juliet laa nie.



first tima ak tengok wayang nie, gila romantik cerita dia. aku rasa kamu patut tengok tapi sedih laa, last-last diorang mati juga. even, cerita nie nda ikut yang ori punya buku still cerita nie mendapat banyak sambutan. lagi-lagi bioa artius handsome macam leonardo dicaprio yang berlakon. aww~ *heartattack sebentar. 





back to the issue.





now aku di IPG, sedang menjalani latihan selama lima tahun untuk menjadi seorang guru yang berjaya di masa hadapan. dengan itu, aku memberikan putra zahidan firdaus peluang dalam masa lima tahun nie berubah. *skema gila* okay, lima tahun ak belajar nie, lima tahun tu juga laa dia bukti kan pada family aku yang dia maukan aku atau tidak. lepas lima tahun kalau dia begitu juga, aku mau buat apa? hmm, aku dah fikir panjang benda nie. aku akan ikut cakap parents aku iaitu kasih tinggal dia. even aku nda sampai hati tapi kalau dia tiada usaha juga aku harus buat pa kan?





lagipun, there a guy waiting for out there. kalau ada jodoh insyaAllah kami akan bersama juga. yang penting sekarang, adalah usaha. aku sebenarnya nda habis fikir juga, betul ka dia mau sama aku sebab until now, dia masih menganggur. huuuuuhhh. pernah, hampir seminggu aku nangis-nangis fikir keadaan kami. fikir kami punya hubungan. aku takut sudah terlampau lama sama dia, aku nda dapat kasih lepas dia. takut tambah sakit hati aku. tapi now, aku berserah saja apa yang bakal jadi.







Puan besar suruh aku cari cikgu. aiyaa, cikgu ada kah juga suka sama aku nie? kalau ada pun, ehemm. biar laa dihati saja tau. kan cikgu? *rolling eyes* cikgu baik, bagus, ada kerja tetap suda. mungkin tu kali puan besar suruh aku cari cikgu saja. lagipula, Puan besar macam berkenan suda sama satu cikgu nie. mati la aku. 5tahun dulu kasih limpas yaa Puan besar :)



i wish he knows, deep inside my heart i want him to be my imam. to be my guide. to be the one who company me untill the ends of my life. i love him so deeply cuma kalau suda sampai macam tu, parents aku nda setuju aku rasa macam ntahh laa.







hubungan yang nda direstui tu bukan boleh sampai kemana pun. bahagia cuma sekejap jak. sekarang dari dia saja bah tu mau usaha atau nda. chayo2 putra!!!!




i love you so much gendut!!
























p/s : yeahh, someone is waiting for me. thanks for all the support. 








tiil then. thanks for reading.