Friday, May 20, 2011

maktab oh maktab

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA,
Malaysia.

Siti Safiah binti Danan,
D/A Danan bin Masalleh,
Perpustakaan, Jalan UMS,
88999 Kota Kinabalu,
Sabah.                                                    20 MEI 2011.


Tuan,
Rayuan Untuk Kemasukan ke Maktab Bagi Program KPLSPM Sesi 2011.

Berhubung dengan perkara diatas, saya Siti Safiah binti Danan ingin membuat rayuan untuk kemasukan bagi program KPLSPM sesi 2011 untuk subjek pra-sekolah.

  1. Saya benar-benar berharap dapat meneruskan pengajian dalam bidang perguruan. Hal ini demikian kerana cita-cita saya sejak dari kecil lagi ingin mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan dengan mengikuti program ini, saya berharap dapat merealisasikan impian saya itu.

  1. Kalau keputusan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi ukuran, saya berpendapat kelulusan akademik saya adalah cemerlang dan layak untuk mengikuti program tersebut. Saya telah mendapat 8 kredit dan 5A’s untuk Sijil Pelajaran Malaysia yang mana layak untuk program ini lebih-lebih lagi bagi subjek yang pernah ditawarkan kepada saya iaitu pra-sekolah.

  1. Selain daripada itu, minat saya yang amat mendalam terhadap profesion perguruan telah mendorong saya untuk mengemukakan rayuan ini ke pihak tuan.

  1. Dengan ini, saya sertakan beberapa sijil saya sebagai bukti. Saya amat berharap rayuan saya akan dipertimbangkan serta diluluskan agar peluang saya untuk mendidik anak bangsa akan terbuka luas. Kesudian pihak tuan untuk meneliti rayuan ini amat saya hargai.

Sekian saja untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan. Kerjasama tuan amat saya harapkan. Terima kasih dan wassalam.


YANG BENAR,


(Siti Safiah binti Danan)



















































p/s: Jangan percaya semua. Kebanyakan tipu sahaja. Wish me luck.

No comments:

Post a Comment