Friday, May 20, 2011

CERPEN #Selamat Hari Guru dan Pengantin Baru.

Waktu itu, aku cuma berumur 17 tahun. Ya, terlalu kecil dan kurang matang untuk berlagak dewasa. Tapi salahkah? Aku tidak dapat mencari titik tolaknya hingga ia menjadi salah dimata makhluk tuhan yang lain. Padahal, kita semua sama. Cuba berlagak tapi dalaman?


Baiklah, aku mengaku aku begini kerana dia.Cuba berlagak matang hanya untuk mendapat perhatian dia dan hasilnya? Ahh, tentunya berjaya. Aku tak kisah pun nak berubah, semuanya sebab cinta jugakan.

"Myra, Myra buat apa semalam? Saya text, Myra tak reply pun." Pandangan matanya yang kayu tetap menusuk ke mataku. Aku menjadi gabra.


"Err, Myra tak ada kredit cikgu. Sorrylah" Dia hanya menggangguk. Cikgu Adam, cikgu matematik aku. Dia guru baru disini. Kira-kira tiga bulan yang lalu masuk menggantikan Cikgi Zeera dan meragut hati kecilku. Terus terang, aku betul-betul sudah jatuh cinta dengan cikgu matematikku!


"Tak apalah. Saya ingat nak Myra buka facebook saya. Saya ada bagi link untuk memperbaiki matematik awak." Cikgu Adam menghulurkan kertas matematik dan aku hanya menyambutnya diiringi dengan senyuman manis.



  * * * *



1 MESSAGES RECEIVED
"Saya nak jumpa awak. Ada hal penting"
                               -Cikgu Adam-


Sijil Pelajaran Malaysia ketika itu baru sahaja tamat semasa aku menerima meseg dari cikgu Adam. Mungkin sahaja dia rindu kerana telah beberapa detik tidak menemui aku. Hati aku, tak payah cakap. Memang dah berbunga taman puteri kayangan.


"Sorry lambat." Kata aku, menarik kerusi dihadapan dia.

"Ohh, tak apa. So, macamana SPM?" Tanya dia mendadak. Biasalah bagi seorang guru bila bertemu dengan muridnya yang baru saja mengambil peperiksaan besar, soalan itu akan muncul dahulu. Memang lazimnya manusia begitu tidak kira siapa sahaja.

"Ok jugalah.Mungkin boleh skor juga." Aku tersengih. Tiba-tiba dia letakkan sekotak hadiah dihadapanku.

"Untuk awak." Serius aku cakap, time tu aku rasa macam kat syurga je. Happy gila-gilalah tahap dewa.
Siapa juga tak happy bila orang yang kita sayang tiba-tiba bagi hadia kat kita. Siapa? Petang tu, dia layang aku macam puteri. Disayang, dilayan dengan penuh romantis. Tak romnantis ke, bila dia bukakan pintu untuk kamu bila nak naik kereta? Tak disayangkah bila dia suapkan makanan kat mulut kamu? Tak best ke? Best kan? Hah, macam tulah yang aku rasa.







  * * * *




Dah sebulan berlalu, aku pun dah lama tak jumpa dengan cikgu Adam. Kami selalu juga berhubung melalui handphone, facebook. Tapi aku tetap rindu nak jumpa dia. Ada juga dia cakap dia rindu nak jumpa tapi biasalah, dia kerja. Tiada masa nak jumpa, selalu saja sibuk. Biarpun begitu, aku tetap makin hari makin cinta kat dia.

Sampai satu hari tu, hari guru, postman datang bagi surat kat aku. Aku ingat surat tawaran tapi macam tak logik pula sebab alamat surat-menyurat aku bukan guna alamat kat sini tapi alamat kat bandar. Jadi aku ambil jelah surat tu manatau betul-betul surat tawaran kan. Susah juga kalau aku nak tolak.

Tengok-tengok, surat dari cikgu Adam. Tambah aku berbunga daisi, melati, mawar dan segala bunga kat hati aku. Yalah biarpun aku kat kampung, dia masih juga nak hantar surat. Dengan perasaan yang gembira, aku buka surat itu.


"JEMPUTAN KE PERKAHWINAN ADAM & LAILA"


Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu macamana punahnya hati aku pada hari guru itu.


No comments:

Post a Comment