Monday, June 20, 2011

Agama jadi penghalang?

budak pun tahu menghargai cinta


Hello, pembaca, pendengar atau sesiapa sahaja yang disana yang secara sengaja atau tidak sengaja membuka belog picisan yang macam pantat ini. Terima kasih saya ucapkan. Aku agak lama juga tidak menulis, almaklumlah aku sedang sibuk memperkembangkan kembali otakku yang telah lama tumpul ini.


Entry aku yang sebelum-sebelum ini, aku banyak kupaskan tentang cinta yang berkaitan dengan orang sekitar aku. Belum pernah lagikan aku kupas sendiri melalui pengalaman berharga dari almari usang aku yang sekian lama tidak tersingkap. kan?


mari aku cerita. muka serius.


bila kata cinta, bagi kita tiada akan ada halangan selagi perasaan itu ada, selagi masing-masing sanggup untuk mengikat janji. bukan begitu? aku pun mengganggap begitu sebelum aku mengetahui. ada begitu banyak aspek yang harus kita pertikaikan terutamanya AGAMA.


bukan, bukan maksud aku, kita hanya boleh bercinta dengan orang yang seagama saja. bukan begitu tafsiranku. sebelum itu, aku ingin bertanya.


APABILA KAMU BERSAMA DENGAN ORANG YANG KAMU CINTAI/SAYANGI DENGAN SEPENUH JIWA DAN RAGA KAMU, ADAKAH KAMU BERSAMA DENGAN DIA HANYA UNTUK MELEPASKAN DIA?


atau kata lainnya, break? begitukah kamu? aku yakin, jauh di lubuk hati kamu pasti berkata tidak kan? pasti sedikit rasa timbul dihati kamu kan? iya, ini yang aku cuba perkatakan.


dulu, aku pernah suka dengan seoranhg mamat nie. nama dia durian. dia ini orang kadazan. samalah juga macam aku cuma dia tu ori punya, aku nie banyak sudah campur. that mean, dai tu non-muslim dan aku pula muslim. aku tahu di dalam dasar hati dia, dia memang sukakan aku(dia pernah cakap bah) cuma, antara kami agak sukar. u get what i mean?


aku takut bila aku dah sayang sangat kat dia, aku nda dapat lepaskan dia. bukan senang mau hadapi rasa kecewa tu. belum ada lagi yang mampu hadapi, begitu juga dengan aku. bila cakap mau hidup forever tu, kita mesti fikir tentang perkahwinan kan? tapi mau kahwin, salah seorang kena tukar agama. dia kuat agama,a ku pula sayang sama agama aku. ingat senang mau minta dia korbankan agam dia demi aku? aku bukan sekejam itu. biarpun dai rela, aku nda rela dia mengkhianati agama dia padahal aku tahu itu yang diajar kepada dia sejak dari kecil lagi.


wallualam. itulah risiko yang harus kita fikirkan.


aku cuma ndamau, bila dia tukar agam, dia kena marah, kena pinggir. alaa, macam kalau orang islam mau tukar agama tu. mesti kamu rasa mau caci, mau hina, kalau boleh mau hentak pun ada kan? itulah yang aku ndamau berlaku. aku nda mau dia rasa terhina.


aku rasakan risiko ini terlalu tinggi untuk kami bersama. lastly, kami ambil haluan sendiri. kami nda pernah bersama secara rasmi tapi aku tahu sayang dia ada untuk aku dan sayang aku ada untuk dia. now, aku ada bf dan dia pun ada gf. yang sesuai dengan agama kami juga. rasa kecewa, sedih memang ada.


cinta diselangi pelbagai rasa salah satunya kecewa


melepaskan orang yang kita suka bukan mudah tapi bila masa depan menjadi persoalan pertama, semua rasa harus kita tolak tepi. semuanya pun demi kebaikan juga.


aku harap begitu juga.


kawan aku pernah alami benda yang sama dengan aku. tapi dia lagi bikin sedu bila hubungan yang berlangsung lebih dari 3tahun tu harus ditamatkan begitu sahaja, meraung juga dia tika itu tapi dia tahu apa dia lakukan. bukan juga sebab agama tapi banyak lagi faktor lain, cuma agama ada diaantara faktor tersebut.


agama memang bukan penghalang tapi kadang-kadang ia menjadi persoalan. Ingat senang mau kahwin dengan orang yang tukar agama demi kita? kita mau ajar lagi, mau didik lagi. tu semua tanggungjawab kita. dosa kalau orang baru masuk dibiarkan tanpa bimbingan. tapi kalau cinta & kemampuan itu ada, tentu sahaja agama bukan persoalannya. alaa, banyak juga bah sudah kahwin lain agama. makcik aku pun ada.


aku doakan sahaja siapa yang pernah atau mungkin sedang berada dalam hubungan ini akan berjaya serta bahagia. jangan jadi seperti aku, yang terhenti disitu.



ayue: hidup tidak seindah mimpi kerana bila perkara sedih terjadi dalam mimpi, kita masih mampu tersenyum apabila terjaga.




NOTA KAKI:
1. beberapa hari lalu(sabtu), aku masuk klinik kena pam sebab sesak nafas. ndatau kenapa.
2. ubat yang aku kena bagi oleh doktor, dipaksa makan supaya sihat. aku benci.
3. perkara paling happy bagi aku bila berat badan aku turun sekilo lagi. yippyy.

No comments:

Post a Comment