Sunday, June 12, 2011

cinta bukan begitu

entry ini memang sudah lama bermain difikiran aku cuma tika ini saja baru aku punya masa untuk menatap skrin komputer usang aku ini. lagipun, ini kali kedua aku buat entry dalam sehari ini. mungkin ada mulut yang berkata 'balik-balik juga mau updated blog' nda kesahlah. sebab aku tahu, diorang cakap macam tu pun, diorang pasti baca juga apa yang aku tulis. bukan begitu? senyum sinis.



aku hairan sebenarnya. ukuran kematangan itu harus yang bagaimana? pakaian cantik seperti ratu cantik dunia? ataupun fikiran yang menunjukan kita tahu berfikir? iya, aku tahu semua manusia tahu berfikir. itukan kelebihan yang diberikan kepada kita. tapi tetap ada juga manusia yang masih tidak tahu menggunakan kelebihan yang ada itu untuk berfikiran secara logik.



kawan: aku ini nampak kurang matang kah?
aku: kenapa pula tanya seperti itu? siapa juga cakap begitu?
kawan: boyfriend aku. salahkah aku nda pandai bermakeup?
aku:ukuran kematangan seperti apa itu? matang tu bukan dari rupa sahaja tapi dari fikiran. itu yang lebih penting. apa kalau kau muka camtik tapi fikiran tetap tidak matang,boleh dikira matangkah juga?
kawan: aku boleh berubah tapi perlukan masa juga.
aku: aku tahu itu. dia mana boleh ubah-ubah kau. kau sabarlah.
kawan: entahlah. kalau ikutkan hati, mau saja aku tinggalkan.
aku: kau masih sayangkan dia?
kawan: mestilah.
aku: bersabarlah dulu untuk hubungan kamu. aku pun faham perasaan kau.


kalau aku singkap balik, bukan sekali ini saja dia pernah mengadu dengan aku. aku tahu betapa sabar hati dia bila boyfriend dia balik-balik minta dia berubah. bukan juga aku menyalahkan si boyfriend, aku faham juga dia mahukan yang terbaik buat orang yang dicintainya atau yang lebih tepat yang terbaik buat dirinya juga.


matang. aku ingin tahu ukuran mana yang mengiyakan bahawa matang itu adalah dengan bermuka cantik dan comel, pandai bergaya seperti model dan berbadan seperti kerengga. mungkin pada pandangan orang seperti itu, golongan model adalah golongan yang matang. tapi kamu tahukah yang hampir separuh dari golongan yang cantik, pandai bergaya ini mempunyai sikap kematangan yang rendah dari orang yang tidak kelihatan seperti mereka?




muka cantik kadang-kadang lebih bahaya.


aku tahu tiada lelaki yang tidak menginginkan perempuan seperti model. potong jari aku kalau ada yang berani menolak? mungkin orang itu sudah hilang syawaat barangkali. tapi tetap muka sahaja tidak boleh dijadikan ukuran kematangan. apatalagi kalau dari segi berpakaian.


cuba kamu fikirkan, matangkah dia kalau pakaian jumpa mak mertua terdedah sana sini? matangkah dia kalau pakaian seperti orang yang tidak terurus? tidak bukan? jadi mengapa masih ada orang mengambil sentimen ini sebagai ukuran kepada kematangan.



patutnya yang dilihat adalah pemikiran dia. kalau dia boleh berfikir panjang, itu dia kematangan. tapi kalau dia masih tidak mampu berfikir bukan hanya untuk dirinya sahaja, kematangan yang dia ada hanya sedikit atau lebih tepat, masih tiada kematangan.


tidak tahu bergaya bukan bererti kita tidak matang. matang bukan fesyen tapi fesyen ialah matang dan fesyen itu boleh dipelajari. kalau kamu mahu pasangan kamu cantik seperti yang kamu bayangkan, kenapa tidak kamu beli sahaja patung barbie yang ada dikedai(ayat lama kawan aku).


yang penting adalah usaha. jika sudah hajatkan, usahalah membantu pasangan bukan hanya tahu melalut yang tah apa-apa. itukan lebih mudah?





p/s: kamu harus tahu belajar untuk menbantu pasangan.



ayue: itu bukanlah cinta kalau kita mengubah pasangan kita. cinta ialah bila kita membantu pasangan kita berubah bukan memaksa atau meminta.




No comments:

Post a Comment