Assalamualaikum pembaca yang cantik dan kacak semua.
Aku masih lagi bersedih. Well, apa yang berlaku bukan senang mau dilupakan lebih-lebih lagi kejadian tu jadi depan mata kau sendiri. Tentulah susah mau padamkan dari ingatan. Walaupun begitu, hubungan aku dan bf aku semakin baik dari dulu. Dari suka gaduh bertekak, kami sekarang lebih akrab dan bahagia. Alaa,macam mula-mula bercinta pun ada nie.
Hikhik.
Biarpun aku bahagia tapi disisi aku tetap ada insan yang aku kira bernasib malang punya kisah cinta pahit. Kadang-kadang bila aku dengar dia bercerita, tertangkap juga air mata nie mengalir disudut yang sepi. Cehh, ayat dramatic pula aku. Tapi seriously, he’s caught my tears.
Oleh itu, aku mau kiranya bantulah umat manusia yang diluar sana dengan beberapa tips bodoh dari aku. Harap membantu.
1. Bagi hadiah tiba-tiba
Kamu tahukah ada sesetengah orang tu sangat suka kalau kena bagi hadiah tiba-tiba. Yalah, kamu tengah bergaduh, hubungan hambar jak macam kena tampar malaikat. Hadiah secara tiba-tiba boleh bagi suasana menjadi meriah sedikit. Nda perlulah yang mahal-mahal. Cukup sekadar kenangan untuk si pasangan tanda kamu mencintai dia. Lebih romantik kalau kamu bagi dia yang hand-made punya. Mesti nampak lagi ikhlas gitu.
2. Cerita kenangan manis bersama
Cuba kalau time jumpa kah atau pun time bercall kah kamu cuba ungkit suasana manis kamu yang lalu dengan pasangan. Macam cerita first time jumpa dia macamana rasa, masa first time keluar dating dengan dia kah. Cubalah. Cara nie aku selalu guna. Best, rasa macam disayang. Hubungan pun akan penuh dengan gelak ketawa. Tapi ingat jangan ungkit kisah pahit okay?
3. Tulis love letter
Mesti kamu fikir benda nie terlalu jiwang atau pun terlalu lapuk kan? Kamu tahu kah yang benda lapuk-lapuk begini adalah trend yang agak jarang digunakan. Trend macam nielah bila sekali kamu guna pergghhh memang jadi punya. Lebih-lebih kalau mau pujuk pasangan. Takat mau tulis kat emel, fb, twitter tu benda biasa orang dah guna. Nie benda yang lain sikit. Agak childish tapi comel.
4. Bercuti or take a long walk
Ada sesetengah orang tu boleh bercuti, pergilah bawa awek/pakwe tu bercuti. Alaa, pergi dekata-dekat pun ndapa bha. Yang penting Cuma ada kau dan dia jak. Kalau yang nda boleh tu, apa kata kamu ambil cara bawa pasangan jalan-jalan. Bukanlah pergi shopping mall tengk wayang atau apa tapi pergi beachkah pergi berjogingka ndapun try tu kereta api. Tu kan sekarang orang beria-ria mau cuba. Kamu bawalah pasangan pergi cuba. Bukan saja dapat luang masa tapi dapat jaga kesihatan lagi. Kan bagus begitu?
5. Pergi k-box, nyanyikan untuk dia
Biasanya ini aktiviti sang jejaka. Yalah, ingin kelihatan romantiklah konon mau nyanyikan ceweknya. Hakiktanya, perempuan pun boleh juga bha try. Ingat lelaki jak kah mau tunjuk feeling. Kita pun boleh apa. Aku cakap nie sebab aku memang suka masuk k-box nie then nyanyi untuk dia. Pilihlah lagu yang best, yang cintan-cintun punya. Tapi janganlah pilih yang kamu nda pandai nyanyi terus teda kaitan lagi. Macam siok sendiri. Itu jangan. Karang pasangan kamu yang naik bosan dengar kamu melalak macam orang gila baru lepasa dari hospital bahagia.
6. Share makanan, jangan kedekut
AKu pernah dengar yang bila kita share makanan dengan orang kita sayang tu, hubungan kita akan panjang. Aku ndataulah betul atau tidak tapi pada pandangan aku, sharing food dengan pasangan tu sweet. Sebab kita sayang dia, jadi kita pun mau dia rasa apa yang kita rasa. Nie untuk mngelakkan rasa kedekut juga kali kat dalam diri. Itu aku nda boleh cakap. Apa salahnya kita try kan? Untuk eratkan hubungan juga.
7. Relakan saja dia pergi
Kalau nda Berjaya juga, aku pun dah nda tau mau cakap apa lagi. Mungkin sampai disitu saja jodoh kamu atau aku punya cara nie berlainan dengan cara dia. Itu aku ndatau. Cuma kalau berul dia dah tiada feeing dengan kamu, kamu lepaskan sajalah dengan rela hai. Cinta bukan boleh dipaksa. Lagipun, bukan semua yang kita sayang itu akan jadi milik kita. Kadangkadang kita kena korbankan diri juga demi dia yang kita sayang atau lebih tepat demi diri kita agar tidak terseksa.
NOTA KAKI:
Belum semua lagi cara nie aku amalkan Cuma hampir dah dan kebanyakannya Berjaya. Aku harap kamu begitu juga. Maghrib mula berasut pergi dan aku masih disini menaip macam orang gila. Peristiwa minggu lepas banyak mengajar aku yang hidup ini singkat. Bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nyawa kita. Thanks.
AYUE: bukan semuanya yang kita mahu itu akan jatuh ketangan kita. Kadangkala, kita kena tempuhi segala susah payah barulah kita dapat memilikinya. Hargai apa yang ada kerana mungkin apa yang kita mahu boleh mengakibatkan kita kehilangan apa yang kita ada.
No comments:
Post a Comment