Wednesday, July 13, 2011

UNTUK PUTRA.

Putra Zahidan Firdaus,
No 48 Jalan Mempelam,
Taman Sepangar,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.


Pengarah IKBN,







Tuan,
Memohon Menamatkan Tempoh Pembelajaran Bagi Sesi Tahap Dua Jurusan Elektronik.

Perkara diatas adalah dirujuk.


02. Saya Putra Zahidan Firdaus bin Roslan ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menamatkan tempoh pembelajaran saya yang telah disambung ke tahap dua untuk jurusan elektronik. Saya mempunyai banyak sebab mengapa saya ingin menamatkan pembelajaran saya di IKBN.

03. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya mengulang kembali tahap satu saya kerana gagal. Oleh kerana itu, saya berasa kurang yakin ingin meneruskan pengajian saya ke tahap dua. Bimbang saya akan gagal lagi. Daripada saya mensia-siakan sisa 6 bulan saya belajar di IKBN yang akhirnya gagal, lebih baik saya mencuba bidang lain yang saya minati.

04. Selain daripada itu, saya ingin menyambung pembelajaran ke bidang lain iaitu bidang automotif. Setelah saya kaji, pasaran kerja sekarang lebih banyak menumpukan kepada bidang automotif. Oleh itu, saya secara tidak langsungnya ingin mengembangkan minat saya disamping untuk memudahkan saya mendapat kerja.

05. Saya berharap alasan-alasan ini kukuh untuk permohonan saya menamatkan pengajian saya sehingga tahap satu sahaja. Saya berharap pihak tuan dapat mengesyorkan nama saya ke institut lain yang sama gahnya dengan institut kemahiran belia Negara ini agar saya kelak tetap dapat ilmu kemahiran yang setanding dengan IKBN.

Maka ini, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama dari pihak tuan. Selain itu, ucapan terima kasih juga buat tenaga pengajar yang bertungkus lumus mengajar saya sewaktu di tahap satu. Wasalam.


YANG BENAR.

(                                              )

Putra Zahidan Firdaus bin Roslan
Pelajar Jurusan Elektronik

No comments:

Post a Comment