sekali lagi saya menderma hasil tulisan saya yang bodoh ini untuk dibaca, dihadam dan ditelan untuk kalian. terima kasih kerana mau telan okay? saya amat berpuas hati. sekian lama saya nda mengupdate blog ini, beberapa cerita terlepas.
gambar sampingan |
Nama aku siti safiah. kena panggil selalu ayue. kenapa? aku pun ndatau bapa aku kenapa dia panggil aku ayue. umur aku sekarang 18tahun. aku dapat 4a-, 1a, 1b, 2c, 2d untuk spm aku tahun lalu. iya, aku tahu. keputusan yang agak cemerlangkan? 5A's tu. *maaf bersikap macam taik.
macam aku pernah cerita dulu kat entry aku yang sebelumnya, aku pernah memohon masuk maktab perguruan. God bless me, aku dapat tembus permohonan temuduga untuk ke maktab tu. mulanya, aku meraung juga ndamau masuk tapi bila difikirkan balik, aku ada bakat mengajar, cari kerja pun susah sekarang. lalu aku terima dengan hati terbuka.
Tapi nasib bukan selalu baik. aku memang selalu saja malang. setelah aku dengan rela hati ingin masuk ke sana, tiba-tiba aku terima berita yang aku gagal tembus temuduga itu. time tu, aku menangis semahu-mahunya. dalam dua hari juga aku berduka cita. aku jenis yang cepat motivate diri aku jadi nda hairanlah bila aku kecewa seberat mana pun, aku masih mampu imbangkan pelajaran aku. Syukur alhamdulilah.
aku buat rayuan lagi dengan harapan, aku dapat masuk ke sana. itu impian aku. aku cuma nda mau susahkan ibu bapa aku. membiayai kos pra-u yang agak tinggi. yalah, adik aku pun belajar masih. aku kesian dengan family aku.
setelah beberapa lama menunggu, aku pun mula sudah sebati dengan persekitaran pra-u, aku disajikan lagi dengan ke'malang'an diri aku. rayuan aku ditolak. AGAINNNNN. aku menangis. cuba salahkan diri aku, takdir aku tapi aku tahu semua tu dugaan dari tuhan. semua tu pasti ada hikmahnya. aku cuba telan pahitnya kenyataan yang boyfriend aku cakap. terima kasih, aku masih dapat sokongan dia dan kawan-kawan aku.
gambar sampingan |
agak beberapa minggu lepas tu(minggu nie). tengah aku baringkan badan berisi di bangku kayu puan besar, tiba-tiba tuan besar menerima panggilan dari pakcik aku. Okay, anak dia pun memohon juga ipj tu sama macam aku. cuma dia nda tembus dua-dua peringkat. what i mean here, temuduga nda dapat, rayuan pun nda dapat. back to the topic. pakcik aku call tuan besar mau bagitahu yang anak dari dapat call dari kementerian. kena suruh hantar sijil. time tuhan saja tahu macamana hancur hati aku.
Kalau kamu tengok kat Fb aku, memang mengamuk betul aku. keputusan dia rendah dari aku. berapa kredit jak tapi boleh dapat. kenapa berlaku dikriminasi disitu? apa mentang-mentang bapa dia pegawai, tuan besar tidak? sekurang kurangnya tuan besar tetap insan yang terhebat. malam tu, aku cuba kembalikan semangat aku yang hilang. sekali lagi, aku tidur dengan air mata mengalir dipipi.
esoknya(hari ini) aku pergi ke sekolah dengan perasaan yang enak. ya, saya tabahkan diri. lupa segalanya tentang benda yang cuma mampu buat aku menangis. bila balik saja, aku diperdengarkan lagi oleh puan besar. makcik aku call dia bbagitahu cousin aku dapat maktab keningau. time tu, aku terus masuk bilik and lock myself. crying alone. aku ndatau kenapa malang betul nasib aku.
kamu boleh bagitau aku kenapa begitu malang nasib aku? sampai situ, doakan saja aku.
AYUE: kenyataan hidup memang perit. Lalui atau bunuh saja diri.
No comments:
Post a Comment