pernahkah kamu dengar? CINTA ITU MULANYA DARI PERSAHABATAN. aku pasti setiap orang pun pasti pernah dengar dan tahukan? ehh, aku lebih spesifickan untuk orang yang pernah bercinta, kalau nda pernah tu diam dan baca saja okay? tapi kamu tahu kah cinta yang berdasarkan PERSAHABATAN 100% itu sangat menyakitkan, membebankan dan menyusahkan. maksud aku sini, sahabat yang sudah lama berkawan, yang kamu tahu sudah selot belok hidup dia, yang kamu kongsi suka duka kamu dengan dia. *hanya yang berlainan jenis okay.
kenapa aku cakap begitu? mari sini aku tunjukkan.
1. sahabat adalah orang yang dipercayai
bila kita berkawan, nda kiralah kau lelaki, dia perempuan atau sebaliknya, kita pasti akan meluahkan perasaan sama dia. yalah, kawan baikkan? kadang-kadang ini yang mendekatkan kita , yang mencetus rasa cinta itu. tapi cuba kamu fikir dari sudut ini. bila kamu sudah bercouple, mana boleh sudah main bedal jak mau luahkan perasaan dengan dia. pasti ada batasnya. aku cakap 'PASTI'
2. terlalu yakin kamu tidak akan berpisah
bila kawan jadi couple, kita mesti percaya dia tidak akan melukakan kita, mengecewakan kita. padahal kalau cinta itu tetap cinta, tidak kira kamu kawan baik kah musuh kah. pasti akan ada kekecewaan kalau tiada iman didada. lebih-lebih lagi umur baru setengah jagung.
3. kurang manis perhubungan
ada orang bilang, kalau sudah kenal lama baru couple. hakikatnya, kalau kenal sikit-sikit then couple baru time couple kamu kenal baru cuunnnn hubngan. manis begitu. tapi bila couple dengan kawan baik sendiri, manis tu macam kurang. kau kenal dia, dia kenal kau. macam kurang sudah benda untuk diperbahaskan.
4. Frasa "Geli. malunya." muncul.
itulah perasaan tiap kali kawan baik bercouple. bukan geli macamana tapi kawan-kawan, member-member sudah lama kenal korang dengan gelaran "bestfriend" tetiba couple pula. jadi mesti kawan-kawan dok kasih malu-malu korang. tu yang susah couple dengan BFF sendiri nie.
5. sayang ialah sayang. cinta?
bukan, bukan aku mau cakap yang kita sayang kawan kita tu, kita nda boleh cinta sama dia tapi jarang. kadang-kadang apa yang kita rasa tu sebenarnya rasa sayang yang teramat. kita salah tafsir, fikir itu cinta padahal kita sayang jak. sayang macam cemburu bila BFF kita ada kawan lain yang dia rapat. Itu bukan cinta. Cinta lain, lain sangat. So, jangan salah tafsir okay?
6. Bila kecewa, memang sakit lebih dari 1st love.
hubungan, kadang-kadang ndakan berjaya. BFF kah musuh kah, nda kiralah bha tu, mesti kecewa juga tu kalau hubungan nda jalan lancar macam yang diharap. 70% sakitnya kecewa debgan cinta pertama, 80% lagi sakit bila kecewa dengan percintaan yang melibatkan kau dan BFF kau. sebabnya, kamu sudah kawan lama, kenal macam mau hidup semati, percaya gila kaw-kaw jadi bila kecewa memang kaw-kaw juga.
7. BFF jadi musuh
adat percintaan. bila sudah break, mesti semat dalam hati jangan layang lagi exbf tu. aku pun nda tau kenapa ada perasaan begitu cuma macam sudah sebati. kan? bila ada perasaan begitu, BFF lagi jadi couple memang hancur musnahlah persahabatan yang kamu bina atas dasar percaya, sayang dan jujur tu. kadang-kadang boleh sampai jadi musuh lagi. bahaya kan?
8. perasaan kurang ambil berat
ini bukan maksud bila couple sama BFF tu terus tiada perasaan take care. tapi apa yang cuba aku sampaikan sini ialah bila kita kenal kawan kita, BFF kita yang tidak suka dikongkong, kita pun sebagai GF /Bf yang ndamau kena kasih tinggal baik ndamaulah kongkong dia kan? padahal bila couple, orang u peragai boleh lain. macam yang nda suka dikongkong tapi bila sudah ada bf/gf, dia suka pasangan dia ambil tahu tentang dia. kalau nda ambil tahu, dianggap tidak ambil berat. Susah kan?
Itu 8 sebab mengapa bila couple dengan BFF sendiri tu lebih menyakitkan. tips seterusnya akan datang tidak lama lagi. sila ambil nota. okay anak-anak?
NOTAKAKI:
kemarin aku menghabiskan masa dengan kawan-kawan ku. having fun!!!
AYUE: hubungan kalau tiada tiang pun akan musnah.
No comments:
Post a Comment