Sunday, August 7, 2011

HOMESICK:(


Hii semua penduduk bumi yang sedang merehatkan mata menatap hasil tulisan aku yang sangat hodoh ini. Aku pun sedang berehat.


Waktu menulis catatan ini, aku sedang duduk memerah otak untuk buat assignment pengajian melayu yang oh-tuhan-aku-nda-tau-apa-jadi-sudah itu. Tarikh hantar adalah hari isnin. Sekuat tenaga aku cuba buat kerja ini. Tanpa sebarang wifi atau pun broadband aku cuba tabahkan hati juga(aku pinjam kazen aku punya kejaaabbb)


Pukul 10lebih, sedang aku asyik melayan assignment dan panggilan dari putra, hati aku sebak. Aku ndatahu kenapa. Tiba-tiba aku terima sms dari adik aku mengatakan betapa dia rindukan aku. Air mata aku menitik baca sms dia.

Sejujurnya, aku nda pernah jauh dari rumah, nda pernah pisah dari puan dan tuan besar, jauh dari adik aku. Nda pernah. 18tahun aku hidup, ini pertama kali aku hidup begitu jauh dari keluarga aku. Mulanya, aku rasa aku kuat tapi aku rindu. Rindu dengan puan besar, tuan besar, sama adik-adik aku.

Bila menjamah makanan di kafe waktu sahur, aku teringat macamana puan besar paksa kami dulu minum milo yang dibancuhnya sampai habis. Selagi nda habis, nda boleh gerak dari meja. Aku rindu suasana rumah. aku nda kuat bila jauh begini, aku nda biasa.


Tadi aku makan mee goreng. Terus aku teringat rumah. biasanya kalau kami buka puasa, tuan besar akan belikan mee goreng untuk kami makan bersama-sama. Kami kongsi-kongsi. Bukan sebab jimat atau apa tapi sebab itulah menguat  kasih sayang. Dengan masakan puan besar, makanan kat kafe nie macam tasteless bagi aku.


Bila aku dibagitau yang aku dapat maktab keningau, hati aku macam jatuh. Menangis aku bila tengok adik aku. Selama nie, Cuma aku jak kawan baik dia. Bila aku tiada, aku risau sangat dengan dia. Risau macam mana dia mau lalui kesedihan dia, kesusahan dia tanpa kata-kata semangat dari aku. Tanpa pelukan dari aku. Time tu, aku Cuma mampun sujud di tikar sembahyang memohon kepada Allah agar melindungi keluarga aku.


Mungkin yangbaca entry ini bilang aku anak manja. Tapi aku bukan. Aku cuma homesick. Aku Cuma rindu dengan mereka. aku mau pulang pergi kk. Aku mau jumpa diorang, cepaaatttlah cuti rayaaa. Pleaseeeeee.


NOTAKAKI:
Aku sediakan sapu tangan dibahu. Air mata nda berhenti keluar semasa aku menulis entry ini. Air mata rindu.




AYUE : aku percaya semuanya bermula dengan saying. Tanpa itu, tiada yang wujud di dunia ini. Seperti mana Tuhan menjadikan kita kerana sayangkan makhluk-Nya.

No comments:

Post a Comment