Monday, August 8, 2011

CERPEN #SABAHAN : what past is past


            Mentari menyinari segenap bilik kecil milik aku. Aku selak langsir biru petak-petakku agar cahaya matahari dapat terus masuk dan memberikan aku kesegaran pagi. Aku menghadap ke cermin, melihat dalam-dalam raut wajahku. Aku lantas tersenyum. Bagi aku, itu adalah salah satu cara agar semangatku yang hilang kembali semula. Mungkin susah bagi seseorang yang baru menghadapi hari sukarnya untuk bangun semula, tapi bagi aku itu semua cabaran.

            Aku melangkah dengan semangatnya menuju ke bilik kuliah. Sudah dekat sebulan aku tangguhkan pengajianku. Kawan-kawanku memandang aku dengan perasaan yang berbaur.

            “Kate, are you okay?” Tanya si kecil Azmeera sebaik saja aku sampai ke tempat duduk ku.
            “Well, beginilah aku.”  Senyum kambing sampai memaparkan gigiku yang teratur.
            “Kami semua risau dengan kau.” Sapa zulia dari belakang. Aku mengurut dada terkejut dengan sapaan itu.
            “kalau iya pun mau buat kejutan, ndapayahlah bah kasih terkejut aku segala.” Dia hanya tersengih.

            Aku memang okay, malah lebih dari yang kawan aku bayangkan. Aku sudah penat menangis. Penat menunggu kepulangan dia. Yang mmpu aku lakukan. Cuma meredhakan pemergian dia. Mungkin inilah yang tersurat buat aku dan dia.

            *       *       *      *    *    *

            “B mau sayang tau yang b sangat cintakan sayang tau.” Katanya sambil tanganku digenggam. Aku memandang raut wajah itu sambil ketawa.
            “B kenapa? Tiba-tiba cakap macam nie? Sayang pun bah. Sampai bila-bila lagi sayang akan cintakan b.” Dia tersenyum. Aku cubit hidungnya cuba untuk bergurau. Dia Cuma tersenyum dan memeluk diriku. Perangainya agak menghairankan. Tiba-tiba aku rasa takut kehilangannya.
            “Jom balik. Panas sudah sini. Sayang nda tahan.” Aku tarik tangannya.
            “Alaa, b baru rasa mau lama-lama sini. Apalah sayang nie. Bida betul perangai.” Denagn muka masam, dia turuti juga aku untuk meninggalkan pantai. Sempat juga dia memberikan flying kiss kepada pantai itu. Aku ketawa sahaja melihat dia. Dia pun ketawa.

Malang tidak berbau. Sebuah lori hilang kawalan dan melanggar kereta kami. Dia cuba sedaya upaya menyimbangkan kereta tetapi pelanggaran itu agak kuat. Kami terbabas dan terbuang ke pembahagi jalan. Cermin depan kereta pecah, pintu retak. Aku tersekat di kerusi penumpang. Self beltku tidak dapat dibuka. Dia pula pengsan. Aku goyangkan bahunya, meminta kepada Tuhan agar dia sedar. Alhamdulilah, dia sedar. Dengan pantas, dia cuba menarik self belt ku yang tersekat dengan sekuat hati.

            “Sayang keluar dulu.” Dia memerintahku apabila self belt ku sudah terbuka.
            “Tapi b?” Aku genggam tangan dia.
            “Janganlah risau b.” Dia tendang pintu dengan sekuat-kuatnya.
            “sayang, b cintakan sayang.” Dia genggam tanganku. Aku berat hati ingin melepaskan genggaman itu.
            “Go!!!!” aku ikuti kehendaknya. Sampai sahaja ditengah jalan, kereta kancil putih itu meletup. Aku tergamam. Air mataku mengalir. Aku pusing ke belakang dan melihat dia didalam. Aku menjerit cuba mendapatkan dia tapi beberapa orang menahanku. Dengan tangisan menyusuri jeritanku, aku terduduk melihat kancil putih milik dia meletup. Melihat senyuman, ketawa akhirnya disebalik letupan itu.

            “B!!!!!!!!” aku terjaga. Lily cepat mendapatkan aku.
            “Katrina. Wake up” dia peluk tubuhku yang mengigil.
            “I miss him lily.” Aku menangis lagi.
            “Sudahlah. Listen to me. Mohd zikrullah tidak akan balik semula.” Lily kesat air mataku.

            Sampai sekarang, setiap kali aku pejam mataku, kedengaran bunyi letupan yang merampas ziky dari aku. Sebulan aku mengunci diri di bilik. Meratapi kematian dia. Ibunya memberikan aku computer riba milik ziky. Selepas sebulan merapati pemergian dia, barulah aku dapat kumpulkan kekuatan untuk membuka computer riba itu.

(01.08.2010 : sehari sebelum kejadian)

            “Sayaaanggg!! Hiii. Time ini, b tulis surat nie ndatau kenapa b rasa macam takut sangat kehilangan sayang. B tau sayang ndakan kasih tinggal b tapi ntahlah kenapa b rasa macam nda lama lagi b mau pergi jauh. Kalaulah b pergi jauhkan, sayang kena janji dengan b kasih tunai semua janji sayang ma b ya? Janji kita untuk melancong, untuk main kat Disneyland, untuk dapat anak perempuan nama Anabelle Casandra yang comel. Kalau kita tiada jodoh, b mau sayang tunaikan harapan b ini dengan sesiapa saja. Yang penting, b mau sayang hidup bahagia macam sayang rasa dengan b. okay sayang? I love you sayang.”

Yang mencintaimu,
Zakyyy.

            Air mataku menitis lagi.
            “Syang janji akan tunaikan semuanya”

No comments:

Post a Comment