Sunday, October 30, 2011

bawalah dia dating



Assalamualaikum trang tang tanggg. yihaa. okay, ignored that picture. saja jak tu letak, mau bagi ingat kat diri aku yang nda sudah-sudah berhenti makan nie. puan besar pun geleng kepala jak tengok aku. tengok, tengok, aku dah gemuk tau. *berdrama pula aku* aku rajin main burung sekarang, bukan burung yang itu yaaa. saya burung yang halal punya. #cis






aku hairan sebenarnya kenapa tiba-tiba saja orang cakap pasal cara mengurat saja nie. naik pelik aku. kerana aku naik pelik, aku pun tanpa segan silunya mau juga share pendapat aku. banyak sangatlah pendapat aku sana. pokoknya, aku mau share juga. aku mau, mau, mau. sambil hentak-hentak kaki dilantai. jomlah baca.







1. usha kawan orang yang kamu minat

aku bukan suruh kamu layan kawan orang yang kamu minat tu lebih-lebih. karang ada yang dia sama orang kamu minat tu jadi musuh gara-gara dia pun suka kat kamu. what i mean here, make her/his friend as your friend. jadi senanglah korang mau kurik dia tu ada bf kah belum kah. kau boleh tanya-tanya juga apa si dia nie minat, suka. tanpa bantuan diorang nie, misi kau mau mengurat tu mungkin akan gagal. yalah, ndakah gagal tu bila kau mengurat awek orang. masalah lagi. kau kecewa, bf dia meradang. see?





2. pastikan dia bukan milik orang

kalau kau mengurat sedaya upaya pun tiada guna kalau dia sudah berpunya. sia-sia saja. lain lah perempuan tu curang atau sanggup let go hubunga dia demi kau. tapi take my word, kalau perempuan tu berani da buat begitu kat hubungan dia untuk kau, nda semestinya dia ndakan buat yang sama untuk kau. tu gunanya kita mesti berkawan dengan kawan orang yang kita suka.


jangan jadi begini. oh please.





3. bagi senyuman manja kat dia

senyum begini okay

orang bilang senyuman itu sedekah. senyuman tu dapat kasih tenang hati orang. aku cadangkan kamu bagi senyuman yang lebar selebarnya kat dia. please, jangan lah jadi alien pula. biarlah natural bahh. baru lawa. manatau ia jatuh cinta kat kau sebab senyuman kau. atau maybe tertarik denga kau sebab senyuman kau. ada orang begitu. trust me!!






4. kalau dapat nombor, mau buat apa?

kalau ada manusia tanya begini aku, memang aku bagi sikit pelempang. ecehh. gurau jak laa. kalau sudah dapat nombor orang yang kamu suka tu, information pun sudah dapat, sms lahh si dia. guna segala yang sudah kamu kurik dari kawan dia. mungkin kau akan hilang word, jadi apa yang kau tau pasal dia, ceritala. tapi be yourself bukan mau jadi fake. tiada siapa suka orang yang fake termasuk kamu juga. kan?





5. bagi hadiah kecil bukan besar

bagi hadiah kecil dulu, kalau perempuan jangan bagi hadiah besar sangat takut dia suka kat kau sebab kau nie suka bagi hadiah pula. bukan sebab kau adalah kau. lagipun, bagi hadiah sebab mau romantik sikit jak bukan sebab kau mau tunjuk lagak kau tu kaya ada harta tujuh keturunan nda habis makan. make it simple tapi jangan memaksa. okay?


comel







6. bawa dia keluar

kalau kita mau mengurat tu orang, kita bawa la dia keluar. kalau perempuan, korang pancing-pancing la lelaki tu supaya teman kamu keluar. time tu, jangan pula kamu buat dai boring dengan segala cerita tentang diri kamu jak. cuba sekatakan, ceria tentang diri kamu, cerita juga tentang si dia. kalau aku pun asyik pasal kau saja, boring juga. rasa nak bagi-kasut-tinggi-sebijik pun ada. ada paham?






7. rajin call dia

at least, sekali sehari. supaya dia tau kita ingat sama dia setiap masa. tapi jangan kau pergi call tiap hari sampai dia tiada masa mau buat kerja sendiri. give her/him a time. call bila kamu rasa sia sudah free dan kamu pun free. kalau nda dapat call, sms setiap hari pun okay cuma pastikan sms tu bukan sms yang membosankan dan sms jiwang melebih-lebih. ada jenis orang pandai geli sms melebih-melebih.





8. point bagi mereka lelaki, layan dia bagai pemaisuri

perempun sangat suka dimanja, dilayan penuh kasih sayang. senang sangat mau cair. jadi kalau kamu rasa, kamu ada hati kat dia bersungguh-sungguh mau ajak dia couple, apa lagi kamu mesti layan dia dengan baik. sepenuh masa. yalah, kalau dah sebelum couple pun kamu nda mampu bagi masa untuk dia apa lagi kalau sudah couple. kesian pasangan kamu terbiar. ingat, perempuan suka dilayan seperti pemaisuri.


kenal kamu?




9. run into her/him

kalau kita mau dia ingat tentang kita, sms pun senang, kita buatbuat lah jatuh kah apa kah depan dia. terlanggar bahu kah then cakaplah sorry. si dia ndakan lah meu benci kamu sebab iu ja pun. cool laa. kawan-kawan dia kenal kamu, dia pun boleh recognise kamu bila kamu tetiba jak sms dia. kan senang tu. ndapaya juga dia mau berfikir siapa  yang sms sia, orang yang mana satu. kan? cuma jangan la buat benda yang memalukan depan dia pula ya.








10. kalau dah yakin tu, bawalah couple.


kalau dah yakin dia suka kan korang, bawalah couple. bagi perempuan pula, aku syorkan tunggu jak laa. kalau dia betul suka, dia bawa couple. kalau nda, apa boleh buat. bukan rezeki kita. cuma jangan laa kita mau confess kat lelaki tu kita suka kat dia. banyak dia punya risiko. one of them, dia mungkin terus reject kamu dan kamu kecewa + malu. tulahh susah kat perempuan nie, tapi di jepun banyak yang perempuan dia sendiri mengaku cuma agak memalukan bila di Malaysia nie. tapi yang aku boleh syorkan, korang bagilahh hint kat dia. contoh macam cakap kat dia korang rindu kat dia laa.  tapi jangan cakap korang rindu secara terus, bagila ayat berbunga sikit. perempuan kan paling tere bermadah-madah.









apapun, yang paling penting kita jadi diri kita yang sebenar. kalau kita jadi fake hanya sebab kita mau jadi orang seperti mana si dia mau, ndakan lama punya itu. lainlah, kalau kau mau hubungan setakat one night stand jak. tu ndapayah tips begini pun kau boleh dapat punya. senangkan? be yourself peeps.








AYUE : mengarut ka mencarut aku nie.

1 comment:

  1. You had been tagged by me. Here http://zilpaheglah.blogspot.com/2011/11/waiting-outside-lines.html

    ReplyDelete