Assalamualaikum.
Orang kata kalau kita terlalu fikir tentang duit, nanti
rezeki tidak masuk. Betulkah? Aku rasa benda tu semua seperti satu sihir yang
cuba untuk merendahkan orang yang sedang berusaha untuk mencari duit.
Kamu
rasa?
Kenapa aku cakap seperti ini? Sebab orang cari duit, fikir
tentang duit, urus tentang duitnya adalah kerana dia ingin berjaga-jaga. Ingin
duitnya selamat. Tidak terguna untuk benda yang sia-sia.
Jujur aku kata, aku bukanlah datang dari keluarga yang
berada, yang senang, yang mewah. Yang apa inginku, boleh aku perolehi dengan
sekelip mata. TIDAK. Tapi mahu katakan aku susah, tidak juga. Aku orang yang
biasa-biasa sahaja. Asal kenyang perut, sudahlah. Buat apa hendak peduli benda
lain. Kan?
Tapi manusia, tipulah kalau tidak punya keinginan, kemahuan.
Begitu juga aku. Aku ingin itu, aku ingin ini. Kalau boleh, semua benda aku
inginkan. Alahai, tamaknya diri manusia aku nie. Untuk dapat semua tu, aku kena
usaha. Bukan senang mahu cari duit, tapi kejap saja kalau hendak belanja.
Dari dulu, aku selalu usaha sendiri untuk perolehi benda
yang aku inginkan. Mungkin kerana aku anak yang sulung, jadi rasa
tanggungjawabku untuk tidak menyusahkan ibu bapaku tinggi. MUNGKIN. Ataupun
kerana keluargaku bukanlah keluarga yang berada.
Aku tidak kisah dengan harta semua. Persetankan itu. Buat
apa hendak kisah. Gunanya hanya di dunia, kelak di akhirat? Jadi cebisan abu
saja.
Eh. Lari topik lagi.
Aku cemburu kadang-kadang. Lihat mereka sekelilingku, hanya
tinggal tadah tangan untuk dapat apa mereka inginkan. Sedangkan aku, terpaksa
berhempas pulas. Iri hati pun ada. Ya Allah, tidak bersyukurnya aku. Tapi
kerana inilah, aku boleh berdikari. Tidak bergantung kepada orang tua semata.
Kebanyakan hartaku semua, dari cincinku, dari handphoneku,
semuanya datang dari titik peluhku sendiri. Tiada sedikit duit mereka, orang
tuaku. Aku usaha. Itu yang penting. Terima kasih mumy dady sebab tidak manjakan
aku dengan harta kekayaan. Kalau tidak, belum tentu aku perolehi diri aku yang
sekarang.
Kan? Manusia tidak pernah berpuas hati dengan kehidupan
mereka. TIDAK PERNAH. Jadi yang aku mahu, cuma bersyukur dengan setiap helaan
nafas yang Allah pinjamkan.
Till then. Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment