Assalamualaikum.
Selagi lagi, rasa tidak yakin dan lemah semangat tu datang. Aku
rasa agak lama juga rasa seperti itu tidak datang menjenguk. Jujurlah, aku
sememangnya tidak pernah yakin dan percaya dengan kebolehan diri. Aku rasa diri
aku lemah-selemahnya.
Tiba-tiba, aku rasa marah tidak semena. aku rasa geram, aku rasa ditolak. Aku rasa aku bodoh dalam segala hal. Rasa benci keluar untuk semua benda yang aku tidak inginkan. Bila aku lihat orang sekeliling aku yang lebih berjaya, lebih bagus, dapat segala yang aku inginkan, mulalah aku bergolak dengan manusia dalam diri ini. Cuba tarik tali, tapi akhirnya aku juga yang kecundang.
kenapa aku tidak pernah kuat?
kenapa aku selalu rasa rendah diri?
kenapa aku tidak pernah mahu hargai diri aku?
Dia kata,
"Kau kenapa? Julang tinggi hidup orang lain dan rendahkan hidup sendiri?"
Tidak bolehkah wahai hati, kau bangga sikit dengan kehidupan yang Tuhan berikan. Bukan semua punya kehidupan seperti kau? Kau ingat senang mahu hidup begini? Belas kasihan sikit dengan hidup kau. Janganlah siksa dia, janganlah dera dia.
Ya, mental aku memang tidak pernah tenang.
Sebab tu aku selalu rasa rendah diri. Tidak yakin. Kali nie, aku mohon. Tolong terus berdiri tegak, dengan bangga. Jalani kehidupan ini. Aku mohon, SITI SAFIAH BINTI DANAN. Jangan pernah mengalah. JANGAN.
Till then. Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment