Friday, February 14, 2014

What makes you stronger?




Aku mahu jadi orang yang kuat. Yang saat semua menindas aku, aku masih boleh bangun dan tersenyum. Tapi nyatanya, aku manusia. Sama seperti kamu, tidak kira apa yang aku buat. Aku juga jatuh, aku juga menangis, aku juga sakit. Cuma bezanya, aku tidak pernah tunjukkan secara nyata. 




Sakit hati bila kita baik dengan seseorang itu, berharap dia lakukan perkara sama dengan kita tapi yang kita dapat adalah berbeza. Buat baik tapi dianjingkan. Kau harap apa? Aku merayu, melutut? Begitu? 




TIDAK. 




Bila kau rasa kau dianjingkan oleh mereka, kau datang. Pernah aku anjingkan kau? Pernah aku persetankan kau seperti mereka? Aku jaga hati semua, hati kau. Tapi akhirnya apa? Aku diperanjingkan. Manusia memang perangainya begitu? Baik kejap, buruk kejap.





Allah. Letih aku kadang-kadang mahu hadap semua drama dunia. Yang tiap hari berganti pelakon, berganti cerita. Kuatkan aku, Allah.. Sebelum aku rebah, tolong sambut aku. Tolong ingatkan aku, masih ada KAU yang selalu untuk aku. Supaya aku malu untuk bergantung dengan orang lain, supaya aku cuma mahu bergantung kepada KAU.








"Kalau pun satu-satu benda pergi, aku masih ada kenangan. Aku genggam sampai pecah pun, kenangan tidak akan pernah pergi tinggalkan aku. Maka, jadilah orang yang penuh dengan kenangan"




























Till then. Thanks for reading.


No comments:

Post a Comment