Saturday, February 8, 2014

i've five finger.



Assalamualaikum.



Setiap manusia pun ada batas juga. Jangan kau uji sebab kau tidak tahu tahap mana dia boleh sampai. Kau lihat dia lemah, seolah-olah tiada tenaga untuk luahkan semuanya. Tapi kau tidak tahu, dia sedang cuba untuk bersabar. Atas semua perkara yang terjadi.




Janganlah kerana kau tinggi, kau hebat, kau senang-senang mahu pijak orang lain. Kaki kau, Tuhan cipta bukan untuk buat jahat. Ya. aku tahu. Setiap manusia ada bad side diorang sendiri. Kau ada, dia ada, aku ada. Semua ada. Tapi tidak bermaksud kau boleh sewenang-wenangnya mahu buat jahat.



Manusia nie buat pening. Depan cakap lain, belakang buat lain. Yang buat hampeh betul, bila cerita A kau tukar cerita B. Kira drama tentang orang mati, kau boleh ubah cerita buat drama cinta sebab kau suka. Allah, kasihannya kau. Tiada cerita mahu dijaja, cerita orang kau hulur buat pertukaran.



Orang pandai-pandai cakap, kalau mulut kau tiada benda baik mahu cakap, diam. Sebab diam lebih baik dari kau lontar kata-kata tapi sendiri dapat dosa. Manusia tidak sempurna. Aku tahu, kau tau, semua tahu. Rasullulah S.A.W saja yang sempurna, itu pun dia masih sujud, masih takut. Tapi spesies kita? Jangan katakan sujud, mau rukuk pun belum tentu lepas.



Kita banyak buat silap, tapi Allah masih sayang. Kita tindas orang, kita hina orang, kita caci, tapi Allah masih bagi peluang dengan kita. Cuma perlahan-lahan, Allah tunjuk. Aku pernah jadi nakal, pernah jadi budak jahat yang selalu sindir orang, selalu judging orang. Tapi ALHAMDULILAH. Pelan-pelan aku buka mata, pelan-pelan aku sedar. Tiada guna aku begitu, tiada manfaat aku dapat. Paling tidak, dosa bertimbun.



Khilaf kita, kita boleh baiki. Asal kita mahu, ada kehendak. Aku cuba tahan kalau ada orang cuba burukkan aku, selagi aku masih punya rasa sabar, aku akan tahan. Cuma aku manusia. Entah sampai bila rasa sabar tu akan tahan.









Allah bagi peluang kita hidup sebab Dia sayang. Dia mahu kita ambil sebanyak mungkin pahal di dunia. Tapi bila Allah ambil kita, itu sebab Dia rasa kita sudah bersedia untuk berjumpa dengan Dia. Allah maha Mengetahui. 






























Till then. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment