Friday, February 7, 2014

Pernah dengar?

Kau pernah dengar? Aku pernah dengar. Mungkin baca. Silap. 



"Writing is acceptance form of shizophrenia"



Aku terkedu. Bukan apa, aku memang suka menulis cuma semenjak dua menjak ini, tangan aku lebih ligat menulis. Aku pun tidak tahu kenapa. Bagi aku, menulis nie satu cara untuk melepaskan semua rasa yang terbuku dalam hati aku. Aku seperti melepaskan geram pada keypad laptop nie.



Salah aku juga. Simpan semua sendiri. Tidak cerita, tidak menulis. Semua aku sisip kemas dalam hati. Semua yang menyakitkan, semua yang menikam aku perlahan-lahan. Aku rasa seolah-olah aku mati. Sedikit demi sedikit. 




Kau tahu? Kau tidak pernah tahu. Aku sedang berjuang untuk hidup. Sedikit lagi, aku hampir putus asa dengan hidup aku. Tapi aku cuba gagah berdiri untuk mereka yang aku rasa, untuk Tuhan yang sentiasa cinta dan kasih kepada aku. Aku tidak mahu jadi orang yang tiada erti syukurnya. Belum kuat lagi aku mahu jejak kaki ke Neraka. Sedangkan panas di Malaysia pun sudah aku merungut. 



Hari nie kelas Encik Yusup. Beliau banyak bagi nasihat. Aku tahu, selebihnya pada aku nasihatnya. Aku yang paling nakal, selalu buat dia berpaling dua tiga kali untuk diamkan aku. Cuma aku tertarik dengan kata-katanya hari nie yang 'manusia tidak pernah puas'.



kawan : Sifat manusia memang begitu kan? Tidak pernah puas.
Aku : Kalau manusia puas, rugilah. 
Kawan : Kenapa pula?
AKu : Tuhan jadikan rasa tidak puas tu supaya kita mahu kejar pahala lebih. Kalau kita cepat puas, rugilah kita. Kebaikan kurang. 
Kawan : Betul juga. 





Aku bercakap sambil pandang diri sendiri. Muhasabah. 
































Till Then. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment