Saturday, March 22, 2014

BIla nak kahwin?





Assalamualaikum



Life is getting weird bila mimi dah kahwin. rasa macam baru semalam kita borak-borak kosong, bergosip, ponteng kelas bagai. rasa macam baru semalam. Sungguh. 


Tuptuptup, mimi dah kahwin. Aku serius cakap. Masa aku rakam Hafiz lafaz akad tu, aku rasa dah gegar. Bila habis saja Hafiz lafaz, air mata aku macam mahu jatuh. Allah, kawan aku dah jadi isteri orang. Dah jadi hak orang. Mulalah rasa touching sangat. 



Rasa macam tidak percaya. Padahal dalam kami, dia kira yang kedua muda. Nie dah dulu kahwin. Memang bahagialah aku rasa. Apa lagi dia. kan? Aku dapat kirim doa untuk mimi (gua dah pokai) semoga Allah sentiasa berada dalam perhubungan mereka. Semoga murah rezeki dan bahagia selalu. 



Untuk mimi, 

Macam-macam dah kita tempuh sama. Bukan kejap usia persahabatan kita. Aku cuma dapat lihat dari jauh lepas nie. Rasa sakit, rasa payah, rasa gembira semua kau kena tanggung sendiri. Sebab berdosa seorang isteri menjaja cerita keluarganya. Cukup ah bagi orang tahu kau bahagia. Biar mata diorang yang tengok sendiri kau macam mana. 


Harap tiada mata yang jahat, hati yang keji mau porak peranda hubungan kau. Tapi aku yakin, suami kau orangnya setia. Yala, bukan kejap kau dengan dia. Kan? 



Kepada ipar,

aku mohon, aku merayu, aku minta tolong, kau jaga mimi dengan hati kau, tangan kau, maruah kau. Dia bukan calang-calang wanita. Tapi dia tetap mau kau jadi pemilik tulang rusuk kepunyaan dia. Didik keluarga dengan agama, bukan dengan cacian. Kau mampu jadi ketua keluarga, sebab Allah dah pilih. 



Kepada yang lain, 

Pelan-pelan. Tuhan rencana yang baik untuk kita. yang lebih baik. yang sabar selalu dapat ganjaran lebih. Semoga kita kan selalu sama, untuk masa akan datang. entah lepas nie siapa yang akan ikut jejak mimi. mungkin butun, mungkin ehley, mungkin aku. Sebelum itu, selamat berbahagia jadi remaja bebas. yang tidak terikat dengan komitmen. Biar Tuhan atur cerita kita sebaiknya. AMIIN







"Bukan kita yang tahu apa akan jadi tapi yang DI-ATAS. kita hanya perlu yakin dan sabar."


































Till then. Thanks for reading. 





No comments:

Post a Comment