Wednesday, March 18, 2015

Sitting there, and wonder about you. AGAIN.

Well, howdy dear reader.


It's been a while since my last post. Sekarang dah tahun 2015. Dah semakin jauh perjalanan sebagai seorang manusia. Tapi aku masih lagi di situ, masih dalam kenangan lama. Masih dalam perangai sama, masih dalam situasi sama. tidak berubah dan sepertinya tidak akan berubah.


Cuma kini bezanya, aku semakin matang dalam menilai segalanya. Kerana terlalu lama duduk diam dalam suatu tempat yang sama. Terlalu banyak yang berlalu di hadapan aku, terlalu banyak yang aku pendam sendiri. Sampai aku tidak mampu lagi.



Kalau dulu, aku punya pelbagai impian. pelbagai cerita ingin diukir, ingin ditulis buat tatapan. tapi sekarang sepertinya semua itu terhenti. seperti nyawa aku tergantung di satu tempat yang aku tidak tahu di mana. Yang beri aku ketenangan, keseksaan, dan segalanya yang aku tidak pernah jangka pun akan rasa seperti ini.



Untuk tahun ini, aku berharap aku lebih teguh berbanding sebelum ini. Banyak sudah air mata aku bazirkan sepanjang tahun ini untuk sesuatu yang tidak berbaloi. Aku cuma harapkan supaya aku gembira. Supaya aku tidak bersedih.


Tapi aku bersyukur sebab aku dihadirkan seseorang yang memahami. Kawan baik yang sentiasa disisi, sentiasa sokong aku dan buat aku memaafkan semua yang bersalah kepada hati ini. Serasa dia umpama bidadari yang dihadirkan untuk aku dalam keadaan aku sesak dengan semua masalah. Tuhan, terima kasih atas itu. Di samping beban kau beri, kau juga berikan aku penawar. terima kasih.



" Kita sentiasa merasa beban, kita sentiasa merasa kosong sebelum kita lihat sekeliling kita"











Till then, thanks for reading.

No comments:

Post a Comment