Sunday, September 13, 2015

Selamat pagi

Assalamualaikum. 





Hai, bertemu kembali dalam segmen yang entah keberapa puluh tahun dah ditinggalkan. Agak lama juga aku tidak menulis, menjaja cerita diri yang tidak seberapa ni. Tapi bukan juga diri ini penting sampai ada yang menanti update. *mintapuji*





Btw, sekarang aku dalam latihan mengajar yang bakal berakhir minggu hadapan. Allah, x terkata aku nak melayan budak-budak yang sengal otak-otak mereka. Buat aku yang geleng kepala, angkat bendera putih nak lawan mereka. Sungguh, mereka juara kalau nak ambil hati, sakitkan hati. Kau sampai hilang punca nak lawan mereka.





Tapi budak-budak, anugerah Allah. Kita sebagai manusia dewasa yang dpertanggungjawabkan kenalah sabar,kenala berusaha lebih untuk ajar mereka. Bukan hanya jadi cikgu tapi jadilah murabbi.







Mereka berbilang bangsa, agama dan personaliti. Tapi yang penting, pendekatan yang kau buat untuk dekat dengan life mereka. Aku mahu mereka tahu,Tuhan itu sentiasa ada perhatikan mereka. Sentiasa sayang dan sentiasa merahmati mereka. Itu cara aku. Aku tidak mahu mereka lupa semua perkara penting dalam hidup. Umpama aku mengajar adik aku, aku anggap mereka pun sama. Anak-anak kecil yang lahir dari pundak rahim ku. *belum kahwin okay?*



[Sumber : Camera campuk]





So itu pengalaman aku.
Itu cara aku.
Kalau kamu, di tempat aku,
Apa yang akan kamu buat?
Hihi.












*kanak-kanak ini adalah lapisan dari generasi kita yang semakin tua - Ayue*

No comments:

Post a Comment