Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

December ahead!






Assalamualaikum. 






Sekarang waktu cuti panjang yang memang membosankan. aku tidak tahu kenapa cuti kali nie buat aku rasa sangat-sangat bosan. mau balik asrama pun bosan, duk rumah pun bosan. aku mau kerja. mau sangat. tapi yang susahnya banyak kedai yang tidak mau ambil part time. 







Bosan. aku mau duit. aku mau buat duit. 















kamu rasa adakah kedai yang ambil part time lagi? tell me. 















okay, this entry mengarut. dont read it. 














till then. thanks for reading. 







Friday, February 15, 2013

CERPEN #Hayunan Khayalan.





Terasa seperti sedang bersendirian di dalam perpustakaan kampus ku. padahal kiri kanan rakan ada menemani. sedang sibuk menekan keypad laptop mereka. yala, tidak lama lagi tarikh hantar kerja kursus akan tiba. tapi aku tidak, ligat mata mereka menaip, ligat juga mata dan tangan ku ingin mengacau. agaknya memang aku spesies yang tidak senang duduk. hanya mampu bertahan paling tidak setengah jam. itu pun kalau terasa penting.





Kepalaku menoleh ke kiri, ke kanan. semua masih lagi sibuk. huh. rupanya aku saja makhluk Tuhan dalam perpustakaan ini bersenang lenang selain dari pustakawan yang aku kira mungkin sedang menghirup kopi di pantri. 








habis sudah semua buku aku baca, aku belek, aku tatap. namun tetap nafsu untuk melengkapkan isi dalam kerja kursus ku tidak muncul. agaknya minta diseru. zam ala kazam. *habuk-habuk*







Aku toleh ke kanan, lihat si dia lagi khusyuk meratah laptopnya. amboi, sastera nya bahasa. merosakkan bahasa lagi. dia pun sama, sedang sibuk menaip. al-maklumlah. baru mau mula buat. mana tidak khusyuk sampai orang di sebelah pun tidak sudah dia ambil tau. hm, nasib badanlah. 





tapi comel juga kalau tengok dia sibuk-sibuk macam tu. rasa macam mau tampar-tampar muka dia. eh? ganas juga bahasa. jadi, apalah pengakhiran aku di sini? 






"Zara... Zara" bahuku di goyangkan. nama ku dipanggil lembut. makin lama semakin kasar. aku tersedar.






"Hah?" aku ternganga melihat pensyarah ku.






"Dah sampai mana Zara? Ada sampaikan salam saya dengan Firaun?" Pertanyaan Cik Amy disambut oleh gelak ketawa satu dewan. nasib cuma 60 orang. kalau 80orang, mau tidak aku terjun tingkat 3. eh. Nauzubillah.







"err.." 





"dah, dah. jangan mengkhayal lagi. saya tak nak Zara tinggal pelajaran pula. Asyik mengkhayal jak." aku yang sudah tebal dek malu hanya mendiamkan diri. alahai. rupanya aku berkhayal saja tadi. padanlah nampak indah sangat.






"Sekarang saya nak Zara jawab soalan nombor lima." Aku kebinggungan lalu berdiri. Soalan mengenai sejarah Melaka itu aku pandang dengan satu pandangan yang berat. aku toleh ke kiri.









Puph! Dan dia yang aku khayalkan tadi, mata kami bersatu. dia senyum lalu membisikkan jawapan kepadaku. Lalu dengan yakin, aku suakan jawapan itu kepada pensyarahku. seperti kemenangan milikku.









                       
                                           *******The End********




















Thanks for reading. till then.

Wednesday, June 27, 2012

imma vampire.

haiihh. lama betul aku nda update blog nie. kalah-kalah YB bah sibuk aku nie juga. hahaha. Mau kata ada assignment, belum pun lagi. result pun belum lagi keluar. hari tu cakap minggu nie hari isnin, sekali kena kasih tangguh lagi hari jumaat. =.= bikin orang berdebar saja bahh nie kampus.



aku ndalah busy sangat sejak masuk nie, cuma belajar-belajar laa juga aku sikit. mau berjaya la kunun  kan. Kemarin, kami ada perjumpaan syukbah 3P. Syukbah tu apa? err, di kampus kami ada satu persatuan kena panggil JKM. Nama panjang dia, jawatankuasa Masjid. esehh, si Ayue jadi alim suda. hahahha. inda bahh, nie kami terpaksa masuk. well, i kan obedient. *muntah sikit* Okay, syukbah aku tu syukbah 3P. syukbah untuk penerbitan and so on. Senior kami nie baikkkkkk haaatii sangat, diorang mau ajar kami, so dengan senang hatinya diorang bagi kamu handle article/mawardah untuk bulan puasa nie. #sigh






Dengan assignment yang bakal datang, and this mawardah, we're goin to be busy. seriously busy. bahagian aku jak, aku terpaksa urus untuk 3 bahagian, cover, isu dan hlewi. tapi kalau aku, jangan cakap laa. im enjoying this work. hihi. aku suka. busy sikit ndapala, buat dengan hati yang senang jak.






birthday mumy aku dah limpas, nda lama lagi birthday adik-adik aku lagi. macam nda percaya jak, besar2 sudah kami semua nie. adik lelaki aku umur 12 tahun dah, aku sendiri dah 19, adik peremouan aku pula biarpun badan kecik semacam, 18 tahun sudah tu. bikin ketawa jak, bila semua malar tanya dia umur berapa. balik2 lagi tu, macam nda percaya jak dia tuh sudah 18 tahun, tu laa, kecik sangat. makan maggi jak. hahahhaa.








Yeah!! awal bulan 7 mau pergi mahua sama kawan kelas. nehh, jangan jeles. hahhahahaha. kbaiiii!!




























thanks for reading. till then.

Thursday, May 31, 2012

every choice comes with a price

hidup ndakan terlepas dari pilihan. itu yang pasti. well, mau mati pun masih lagi ada pilihan. pilihan kubur mana kita mau, tempat mana, bunga apa mau di kasi tanam atas kubur kita, nisan jenis apa kita mau. kan? okayy, itu pun kalau kita sempat la mau decide kan. hahha.




yang penting, every life mesti ada pilihan and setiap pilihan mesti ada harganya. bukan maksud aku yang pilihan ini ada kena jual di pasar malam ka apa kan tapi setiap kali kita sudah buat pilihan itu, kita mesti tanggung segala risikonya. contohnyalakan macam, kita punya pilihan sama ada mau sambung study atau pun nemau. well, kalau kita sambung kemungkinan besar kita jadi menteri tuh tinggi. tapi kalau kita nemau study pula, mungkin laa, mungkin saja ini rr, kita jadi suri rumah tangga yang berjaya tu pun besar. u can see kan how every choice comes with a price. 





semua yang terjadi dalam hidup kita nie pilihan. dari mula kita di lahirkan sampai kita jadi tua bangkaa. our parents buat pilihan mau mengandungkan kita, jaga kita. ada parents pula buat pilhan nemau jaga anak dia. jadi dia pergi buang anak dia, letak anak dia di tepi jalan, dan mungkin kalau parents tu ada hati binatang sikit, durang kasih gugur. senang cerita, end of story terus. tapi macam aku cakap, binantang memang begitu. manusia nda.




so, as a human with a brain, kita mesti buat pilihan terbaik. if what we choose is not the best for us, just make it be the best. jadi kita nda rugi pun buat pilihan tu. sebab kit dah but bersungguh-sungguh. jangan pula kamu pergi bersungguh-sungguh isap dadah. =.=





pilihan kami sekeluarga mau piara kucing oren berkurap yang always lepak depan rumah kami minta kena bagi makan. mula-mula geli juga, tapi bapa aku sabar juga rawat muka dia dengan gamat mujarab dari langkawi tu. now, we live happily ever after.*storytale habiss* tapi kan betul, kucing kurap yang dulu datang rumah kami, yang di halau nemau, sekarang nie kucing lawa yang mata dia macam mata dia pussy in the boots. ish, sekali kulit dia pun sama. BTW, guna laa gamat bikin rawat kudis. kalau ma kucing berkesan, aku rasa sama manusia kali lagi berkesan. sekian terima kasih promosi gamat dari sayaa.




















till then. thanks for reading.

Tuesday, February 14, 2012

Jom pergi bercuti.



haii and assalamualaikum semuaa!!






wah, lama betul ayue nda write something kan? al-maklumla, ayue busy bah. mau buka lappy pun malas. katil asyik panggil suruh tidur saja. hihi. hari nie, tiba-tiba sangat tangan rajin mau menaip. lagipun, mau share something dengan korang semua. ayue rasa, kamu semua pasti suka nie. (dohh! ayue?)





baru-baru minggu lalu, ayue pergi bercuti dengan kawan-kawan di ranau. what a beautiful place. sangat cantik ranau. eee, ayue suka. rasa macam mau pergi lagi. senyum melirik. nama tempat ayue pergi bercuti tu DAMAI EKO RANCH. tempat tu masih baru, and kami hampir sesat juga waktu mau pergi sana. al-maklum laa, tempat diranau tu pembangunan dia nda la maju sangat macam di kk. tempat yang masih ada tumbuhan. hijau, segar. padi pun macam mau masak dah nda lama lagi. haii, kaamatan lagi.  (dohh! ayue?)







kamu tahu ka, damai eko ranch nie terletak sangat strategik tau, nda rugi dok lepak kat sana. dekat dengan pekan, poring, kinabalu park. cuma kami nda la pergi sana. kami kat D.E.R jak. kat D.E.R pun nda juga rugi sebab tempat tu ada flying fox, swimming pool (tau, kamu suka kan mandi kolam), paintball, kayak, archery, snooker. memang best laa tempat nie. ayue dah try tu flying fox. okay, admit laa. masa mau naik tu, ayue ndada kekuatan mau naik. takut sangat kabel tu putus ka tiba-tiba. nauzubillah. sampai jak kat bawah, terus ayue nangis teresa-esa. kesian gak kawan ayue kat ayue. (dohh! ayue?)








yang ayue dengar D.E.R nie baru jak kena buka awal tahun lalu. kira macam baru setahun laa beroperasi. masi banyak lagi permbaikan mau dibuat. kami bercamping, nda tempah bilik. saja mau ambil feel kunun. tapi memang best laa. hujung tahun nie pun kira kami mau pergi panjat gunung. ehh? panjat ka daki. hihi. nda tau laa stamina nie kuat atau nda. mau kumpul duit lagi. pening kepala. (dohh! ayue again?)








ayue nda letak gambar sebab gambar belum lagi kena upload. so, tunggu k next entry. kalau korang mau pergi, korang boleh call encik ihsan syahid. 



Ihsan Syahid
mobile : 017-301 9925
tel.resort : 088-877 900 / 088-877 902
email : damaiecoranch@gmail.com







kat sana ada wi-fi juga tau! so, dont wory. masih boleh update facebook and twitter.








thanks for reading:)