Showing posts with label ipg keningau. Show all posts
Showing posts with label ipg keningau. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Allah still the best planner.





Assalamualaikum.





Sebaik-baik hidup kita, mestilah kita dah plan baik2 kan? begitu juga aku. sebelum aku masuk tingkatan 4 lagi aku dah plan hidup aku untuk 10 years akan datang. matangkan fikiran? mungkin desakan keluarga juga yang mematangkan fikiran. Bukan. Bukan aku cakap keluarga memaksa aku untuk berfikir ke arah itu. Cuma aku rasa aku pikul tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung. *biarpun adik lelaki aku angan hendak jadi anak sulung, siap salin kat salasilah keluarga dia anak sulung*







Terlalu besar tanggungjawab aku pikul. keluarga aku bukan datang dari keluarga yang senang. Yang punya kereta besar, rumah berbuah-buah. Tidak. Keluarga biasa yang hidup ala kadar. Kadang merasa susah, kadang merasa senang. Semua tu rezeki Allah. Siapa kita mau persoalkan.







Sebelum masuk tingkatan 4, aku dah plan akan masuk 4 Sains Tulin sebab minat aku dan mau kejar sangat cita-cita hendak menjadi doktor. Lepas tingkatan 4 dan 5 habis, dapat pula keputusan cun-cun aku mau masuk Pra-U, ambil sains juga. Well, alasan masih sama sebab mau jadi doktor. Bila dan habis Pra-U, aku akan masuk U dan ambillah course yang aku suka. ITU PLAN HIDUP AKU YANG DULU.









Tapi bila dah masuk tingkatan 4 Sains Tulin, baru aku rasa yang aku nie not-so-into-sains-bagai nie. Lagi-lagi bila aku sedar, aku nie mabuk sikit kalau tengok darah. == entahlah. So, plan kena tukar lagi. masih berjalan dengan lancar cuma kali nie aku target mau ambil course apa-apalah yang penting habis ijazah, aku ambil master dan keluar jadi seorang lecture yang berjaya. ITU PLAN HIDUP AKU YANG KEDUA








Masa berlalu. Keputusan SPM dah keluar dan ALHAMDULILAH, keputusan bagus *ndamau kasitau* Applylah UPU nie, dapat pula masuk UiTM, ambil course Perundangan. Asasi Undang-undang. ALHAMDULILAH. Bersyukur sangat. SO, plan pun berubah. Memang mau masuk UiTM lah sangat nie. Cumaaaaa.......................Dady x bagi pergi. Sebab time tu, isu pasal simbah-simbah asid di Shah Alam berleluasa gila. Dia takut. Dia cakap, tunggu saja maktab. nda pun, stay pra-U. SO, PLAN BERUBAH LAGI. 









Aku pun tunggu Maktab yang sebenarnya tidak pernah termasuk dalam plan aku dari dulu sehingga sekarang. Aku x suka jadi cikgu. Aku x suka mengajar. Sangat-sangat x suka. Tapi apa yang kita x suka tu biasanya kita dapat kan? And Yea, aku dapat panggilan maktab. Course, Pendidikan Prasekolah.










DAN DARI START AKU TERIMA PANGGILAN TU, PLAN HIDUP AKU BETUL-BETUL BERUBAH. 









Betullah, rancangan Allah tu sebaik-baiknya. Aku hanya mampu merancang hidup aku nie tapi semuaya terserah kepada yang Maha Kuasa maukan apa untuk hidup aku. Aku cuma hamba kerdilnya. Mana mampu mau persuarakan bantahan atas kehendak-Nya. Yang aku mampu, berdoa agar Dia merancang yang terbaik untuk aku.








Sekarang aku berada di semester 2 ijazah pendidikan. Tidak lama lagi peperiksaan akan berlansung pula. Siapa sangka, pejam celik dah dua tahun aku melatih diri menjadi seorang guru prasekolah. suka atau tidak, aku kena redha pilihan DIA.










Terima Kasih ya Allah. Kerana kau rancang hidup aku sebaiknya. Bagi aku peluang untuk menikmati hidup nie dengan cara yang aku gemari. Tidak sekat aku tetapi masih beri aku petunjuk-Mu kala aku silap meniti jalan hidup ini.










Untuk yang lain, doakan aku yang terbaik. Semoga aku dapat jawab peperiksaan kali nie dan dapat pointer yang boleh buat parents aku senyum lebar. Amiin.
















Till then. Thanks for reading.

Saturday, October 19, 2013

Sabtu yang hilang

assalamualaikum.








Assalamualaikum.






hari ini hari isnin. walaupun secara praktikalnya hari ini adalah hari sabtu tapi bagi aku hari ini adalah hari isnin. sebab apa? sebab ada kuliah dan aku tidak boleh bangun lambat. so, this not saturday for me. TIDAK SAMA SEKALI! walaupun boleh belajar bangun awal sebenarnya. *positive thinking* ok, itu bukan point sebenar. ignore that.




Bukan itu sahaja sebenarnya yang menganggu aku, tapi video yang hendak dibentangkan nie yang menganggu. dahlah lappy nie mengada sangat tidak ada window video maker. hm. terpaksa download. bila dah download, video pula mau kena convert. dugaan sangat.





awal pagi pula kena maigrain.







awal pagi pula perut senak bagai.








awal pagi pula lapar gila macam nak ratah semua makanan kat bilik tapi tiada selera.











awal pagi pula. dah dah lah. Bosan orang dengar..









conclusionnya, saya tiada sabtu untuk minggu nie. and saya akan merindui sabtu ini sebab minggu depan, sabtu dah exam. dan membuatkan saya berharap sabtu tidak akan muncul. *krik krik krik*

















till then. thanks for reading.

Tuesday, July 10, 2012

when life getting bad, u should put ur ass down.

sudah 7 hari berlalunya bulan july. mungkin belum terlambat untuk aku cakap, HAPPY JULY GUYSS!! Nda sangka cepat sangat masa nie berlalu, macam aku rasa baru semalam jak aku celebrated new year bahh. tau2 sekarang bulan 7 suda pula. haiiihhh. makin lama pun, makin tua laa aku nie. #sigh





BTW, im happy. Yeahh, akhirnya jadi juga kami punya plan mau pergi picnic di bunsit. mula-mula kami sekelas mau pergi Mahua. Mahua tu tempat air terjun, dekat dengan tambunan. A very good place, tapi tu sajalah tempat tu kecil sikit. Aku pernah pergi sekali, actually kawasan tu kawasan kampung bah tu. bila masuk sana jak, aku teringat kampung Puan Besar. di sana pun ada jug air terjun macam di mahua nie, cuma u need too walk a bit laaa sebab dalam sikit. tapi kalau di mahua nie, air terjun di terang2 nampak, so memang best. airnya pun sejuk gilaaa. no regret laa kalau pergi sana.




TAPI bunsit nie pun tidak kurang lebih nya juga. cuma tiada la air terju macam di mahua and kawasannya a little bit bigger than mahua. tu diorang cakaplah, ak nda tau. mulanya, tunggang langgang juga laa plan kami mau pergi nie. tiba-tiba ramai yang nda mau pergi. bayangkan, dari 30 orang, tinggal 19 saja yang betul2 mau ikut. give up juga la at first tapi nasib kawan-kawan tu mau juga pergi, ada jua laa support nie. bincang punya bincang, akhirnya kami decide juga mau pergi.





yang mula-mula nda jadi tu, panas juga laa. yala, aktiviti kelas lagi, terus diorang ndamau lagi bagi support. haiihh, macam mau gigit-gigit. bukan apa juga bah, nie bukan kita mau plan saja-saja. cikgu yang cakap, jadi ndakan tiba-tiba nda jadi pula la kan. adalah kena goreng pantat dia nie karang. *ketawa jahat* heboh juga laa kelas time kami cuba kasi jadi, terasa nie macam kena gempa bumi kelas kami. first time ever. memang selalu juga la begini, nda pandai support tapi kali nie macam lain. ketawa juga aku. tapi ndapala, yang penting jadi sudah. tinggal beli makanan, tunggu hari sabtu, and having a funn!!!!!!!







lain suda tujuan aku nie. ingat mau buat mawardah, sekali pergi update blog pula. ayue, ayue. inda pandai berubah kelakuan.

























thanks for reading. till then.

Wednesday, June 27, 2012

imma vampire.

haiihh. lama betul aku nda update blog nie. kalah-kalah YB bah sibuk aku nie juga. hahaha. Mau kata ada assignment, belum pun lagi. result pun belum lagi keluar. hari tu cakap minggu nie hari isnin, sekali kena kasih tangguh lagi hari jumaat. =.= bikin orang berdebar saja bahh nie kampus.



aku ndalah busy sangat sejak masuk nie, cuma belajar-belajar laa juga aku sikit. mau berjaya la kunun  kan. Kemarin, kami ada perjumpaan syukbah 3P. Syukbah tu apa? err, di kampus kami ada satu persatuan kena panggil JKM. Nama panjang dia, jawatankuasa Masjid. esehh, si Ayue jadi alim suda. hahahha. inda bahh, nie kami terpaksa masuk. well, i kan obedient. *muntah sikit* Okay, syukbah aku tu syukbah 3P. syukbah untuk penerbitan and so on. Senior kami nie baikkkkkk haaatii sangat, diorang mau ajar kami, so dengan senang hatinya diorang bagi kamu handle article/mawardah untuk bulan puasa nie. #sigh






Dengan assignment yang bakal datang, and this mawardah, we're goin to be busy. seriously busy. bahagian aku jak, aku terpaksa urus untuk 3 bahagian, cover, isu dan hlewi. tapi kalau aku, jangan cakap laa. im enjoying this work. hihi. aku suka. busy sikit ndapala, buat dengan hati yang senang jak.






birthday mumy aku dah limpas, nda lama lagi birthday adik-adik aku lagi. macam nda percaya jak, besar2 sudah kami semua nie. adik lelaki aku umur 12 tahun dah, aku sendiri dah 19, adik peremouan aku pula biarpun badan kecik semacam, 18 tahun sudah tu. bikin ketawa jak, bila semua malar tanya dia umur berapa. balik2 lagi tu, macam nda percaya jak dia tuh sudah 18 tahun, tu laa, kecik sangat. makan maggi jak. hahahhaa.








Yeah!! awal bulan 7 mau pergi mahua sama kawan kelas. nehh, jangan jeles. hahhahahaha. kbaiiii!!




























thanks for reading. till then.

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday - Go Green IPG Keningau!


Today, IPG kampus keningau looks so greeny. okay, im joking =.=
The Go Green Event, unite us all. 
Picture, SPEAKK!!































WERE GREEN AND WERE ROCK!!



-THE END-

















thanks for reading. till then.