Showing posts with label berubah. Show all posts
Showing posts with label berubah. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Allah still the best planner.





Assalamualaikum.





Sebaik-baik hidup kita, mestilah kita dah plan baik2 kan? begitu juga aku. sebelum aku masuk tingkatan 4 lagi aku dah plan hidup aku untuk 10 years akan datang. matangkan fikiran? mungkin desakan keluarga juga yang mematangkan fikiran. Bukan. Bukan aku cakap keluarga memaksa aku untuk berfikir ke arah itu. Cuma aku rasa aku pikul tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung. *biarpun adik lelaki aku angan hendak jadi anak sulung, siap salin kat salasilah keluarga dia anak sulung*







Terlalu besar tanggungjawab aku pikul. keluarga aku bukan datang dari keluarga yang senang. Yang punya kereta besar, rumah berbuah-buah. Tidak. Keluarga biasa yang hidup ala kadar. Kadang merasa susah, kadang merasa senang. Semua tu rezeki Allah. Siapa kita mau persoalkan.







Sebelum masuk tingkatan 4, aku dah plan akan masuk 4 Sains Tulin sebab minat aku dan mau kejar sangat cita-cita hendak menjadi doktor. Lepas tingkatan 4 dan 5 habis, dapat pula keputusan cun-cun aku mau masuk Pra-U, ambil sains juga. Well, alasan masih sama sebab mau jadi doktor. Bila dan habis Pra-U, aku akan masuk U dan ambillah course yang aku suka. ITU PLAN HIDUP AKU YANG DULU.









Tapi bila dah masuk tingkatan 4 Sains Tulin, baru aku rasa yang aku nie not-so-into-sains-bagai nie. Lagi-lagi bila aku sedar, aku nie mabuk sikit kalau tengok darah. == entahlah. So, plan kena tukar lagi. masih berjalan dengan lancar cuma kali nie aku target mau ambil course apa-apalah yang penting habis ijazah, aku ambil master dan keluar jadi seorang lecture yang berjaya. ITU PLAN HIDUP AKU YANG KEDUA








Masa berlalu. Keputusan SPM dah keluar dan ALHAMDULILAH, keputusan bagus *ndamau kasitau* Applylah UPU nie, dapat pula masuk UiTM, ambil course Perundangan. Asasi Undang-undang. ALHAMDULILAH. Bersyukur sangat. SO, plan pun berubah. Memang mau masuk UiTM lah sangat nie. Cumaaaaa.......................Dady x bagi pergi. Sebab time tu, isu pasal simbah-simbah asid di Shah Alam berleluasa gila. Dia takut. Dia cakap, tunggu saja maktab. nda pun, stay pra-U. SO, PLAN BERUBAH LAGI. 









Aku pun tunggu Maktab yang sebenarnya tidak pernah termasuk dalam plan aku dari dulu sehingga sekarang. Aku x suka jadi cikgu. Aku x suka mengajar. Sangat-sangat x suka. Tapi apa yang kita x suka tu biasanya kita dapat kan? And Yea, aku dapat panggilan maktab. Course, Pendidikan Prasekolah.










DAN DARI START AKU TERIMA PANGGILAN TU, PLAN HIDUP AKU BETUL-BETUL BERUBAH. 









Betullah, rancangan Allah tu sebaik-baiknya. Aku hanya mampu merancang hidup aku nie tapi semuaya terserah kepada yang Maha Kuasa maukan apa untuk hidup aku. Aku cuma hamba kerdilnya. Mana mampu mau persuarakan bantahan atas kehendak-Nya. Yang aku mampu, berdoa agar Dia merancang yang terbaik untuk aku.








Sekarang aku berada di semester 2 ijazah pendidikan. Tidak lama lagi peperiksaan akan berlansung pula. Siapa sangka, pejam celik dah dua tahun aku melatih diri menjadi seorang guru prasekolah. suka atau tidak, aku kena redha pilihan DIA.










Terima Kasih ya Allah. Kerana kau rancang hidup aku sebaiknya. Bagi aku peluang untuk menikmati hidup nie dengan cara yang aku gemari. Tidak sekat aku tetapi masih beri aku petunjuk-Mu kala aku silap meniti jalan hidup ini.










Untuk yang lain, doakan aku yang terbaik. Semoga aku dapat jawab peperiksaan kali nie dan dapat pointer yang boleh buat parents aku senyum lebar. Amiin.
















Till then. Thanks for reading.

Thursday, August 9, 2012

I glad i have you back :)



Assalamualaikum everyone. Fuhh, laju betul nie masa berlari sampai nda sedar yang sudah sampai 10hari terakhir ramadhan. rasa macam baru semalam bersahur pertama *CIS, typical facebook sentences*


Hari nie bukan puasa topik yang aku mau cerita. tapi tentang life yang aku rasa makin hari makin menyiksakan. nope! life is fun, great, awesome babe. but sometime, it get storm too. hihi. kan? dulu aku masih ingat lagi time budak-budak, dalam umur 15 ka 16 nda silap aku. aku selalu mau cepat dewasa. aku mau ada life sendiri. i wanted to get away from house, live my own life without my parents. time tu, bosan sangat dengan hidup sebagai pelajar yang kena study saja. mau keluar lepak sama kawan pun ada batas. rasa macam erggghhh, bosan gila hidup.




tapi bila dah meningkat dewasa nie, well i get what i want. a home without parents, a freedom (boleh keluar pekan balik-balik) and A LOT OF PROBLEM ALSO!! ya, bila dah besar panjang begini baru sedar betapa happynya budak sekolah punya life. dapat duit belanja, ada parents kasih masak, ada adik-beradik bikin bergaduh, masalah pun takat masalah cinta sama bila kerja rumah mau siap. wahhh, rasa macam mau flashback balik pun ada. tapi mengenang boleh tapi jangan berharap kembali. hopeless.




sekali bila survey-survey fb, twitter, nampak status budak-budak nda sampai setahun jagung (sebenarnya nda tau pun jagung berapa tahun) yang mau grow up cepat buat aku tersenyum sendiri. terkenang saaat dulu-dulu cakap begitu. semangat lagi tu kadang-kadang bercakap =.= badukang betul kan time tu. padahal, time-time begitu la precious sangat. haiih.




tapi no use bah mau menyesal-menyesal segala, sama juga ceritanya. we'll growing up juga. rambut akan panjang, badan besar sampai baju nda muat, salahkan baju kecik padahal badan yang nda sedar diri gendut sudah, lelaki mula tumbuh janggut dan misai yang kadang-kadang buat diorang nampak macam pakcik dah ada anak 5 kat rumah. yang penting, kita kena enjoy life kita. to the FULLEST!!! jangan siakan sikit pun moment kita. jadi diri sendiri, jangan peduli kata-kata orang. sometimes, kena peduli juga tapi peduli lah dengan kata-kata yang boleh membantu kita menjadi diri sendiri dan membawa kebaikan kepada diri kita. life kita, no need to be hypocrite. live it as u want too.




banyak sudah aku merapu. kerja entah kenapa, roomate masih belum balik, dan bye!!!





























till then. thanks for reading!



Tuesday, April 17, 2012

Kenapa perubahan itu perlu?



HAI AND ASSALAMUALAIKUM 




Its been a long time. saya lama nda menulis, nda share something. bahkan, this blog suda terabai begitu lama nya.   kadang-kadang tertanya juga dalam diri, nda mau sudah kah ak nie menulis. sibuk sangat dengan aktiviti kampus sekarang. lagi-lagi dengan assignment yang tidak pandai sudah habisnya. sekarang nie pun, tinggal dua lagi assignment yang mau si submit hujung minggu nie, ish! benci.








Okay, skip tentang semua tuh.






Korang semua apa khabar? sihat? saya sihat sejahtera. belum lagi mati buat tu assignment. Cuma sikit lagi la mau kena hantar pergi sana bukit bahagia. eh? ada kah tu? ndatau la saya. Hantam saja.




BTW, kalau kaumu tengok tajuk saya mesti tertanya-tanya kan? siapa yang berubah? saya kah? ndakan lama nda menulis, terus berubah pula. eseseh. nda bahh. bukan saya. siapa? nie la nie saya mau cerita nie. mau dengar nda? bah diam.



Lately, aku selalu perhatikan orang. ndataulah kenapa. mungkin sebab aku memang gitu kali ya. jadi a few of my friends sudah jumpa soulmate diorang. ALHAMDULILAH. benda bagus bah tu. yang penting diorang nda buat macam-macam. kan? Dulu, orang-orang yang aku kenal nie memang baik. yalah, nda juga gete ka apa kan. good person la. bila diajak bergurau, dia layan, dia ajak berchat, dia okay. even, bila jumpa di blok kuliah pun, aisemen bulih bahh tuh bagurau urang bilang.



Tapi sekarang, everythings turn to different things. nda tau la kenapa. kali sebab sudah berpagar kali kan? mengkali la. kamu rasa? saya paham juga tu. tapikan, nda bulih juga gitu bah. terlampau juga sampai mau bergurau sama kawan pun nda bulih kan? bukan jua kita anie mau bergete sama diorang kan? just bila kita tegur tu, at least u know what to say kan? ndakanlah mentang-mentang sudah berpagar, terus pasang benteng macam semua perempuan ne tergila-gila sama kau. ish, bidanya gitu.




kamu pernah rasa situation gini? mesti rasa dia 'cis, macamlahh apa sangat' kan? terasa jugalah bila sudah jadi gitu kan. kawan bah tu. nda juga orang suka hilang kawan kan. itu la payah kalau begini. saya pun pernah gak kapel dekat-dekat gitu. tapi nda sampai kawan-kawan lelaki saya mau jauhkan diri. nda juga sampai 'hey, jangan dekat sama saya. im belongs to someone now'. weii, ndada hal laa gitu tu.








Well, saya nda maksudkan sesiapa. i've my right to say something, right? lagipun, nda bah semua gitu. jangan lah malar kamu terasa kunun. ada juga kawan saya gitu, tapi ALHAMDULILAH. after kena tegur tu, dia back to normal. mungkin not 100% but i still glad yang dia dah jadi macam dulu. bila ditanya menjawab, nda suda buat-buat tuli. kan bagus gitu? hopely, korang dapat seimbangkan kawan sama pagar-pagar korang tu. saya tau juga tu. saya rasa juga tu. im belongs to someone also bah. jadi i know what u feel.






so, PEACE NO WAR!! selamat pagi + malam!!!














thanks for reading :)