Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Wednesday, January 11, 2012
CERPEN #Senja Merah
Berhadapkan mentari senja, aku termenung panjang. tiba-tiba rindu hinggap disangkar hati yang selama ini suda bersarang labah-labah. Seperti ala-ala ombak rindu gitu, aku berdiri di antara batu-batu. huh, hati aku mengeluh. aku bergerak ke hadapan sikit, kakiku sudah terkena air laut yang dingin itu. Tanpa aku sedar, aku terpijak segumpalan plastik yang membuatkan aku hampir saja tersadai terhempas batu. Syukur kerana ada satu tangan pantas mencapai badan kecil ku ini.
******
"haii b" aku sapa dia. ku lihat dia sedang sibuk mencari buku, buku apa aku pun kurang pasti.
"oh hii sayang." dia kembali menyambung mencari sebuah buku.
"buku apa tu dicari?" dia masih sama, sibuk mencari.
"nahh, jumpa sudah." BAGAIMANA MENGEKALKAN HUBUNGAN SEHINGGA MATI.
"nie la buku yang lama sudah b cari." aku ketawa kecil. memang sejak dahulu lagi, dia berimpian besar ingin menikahi aku. siapa juga tidak ingin bersama dengan kekasih hati. dia genggam tanganku dan bawa aku keluar setelah membayar buku tersebut. kami berhenti di kedai ais krim kegemaranku. seperti biasa, dia akan memilihkan aku perisa coklat dan vanilla. perisa kegemaran aku! setelah membayar, dia menjamah sedikit ais krimku itu. entah kenapa, dengan tiba-tiba saja dia terbaring di lantai kedai ais krim itu. aku terkaku. orang ramai sudah mula mengeremuni kami. aku hilang kata melihat dia seperti itu.
"untuk makluman cik, teman lelaki cik menghadapi tumor otak.Tumor otak adalah perkembangan otak secara cepat tetapi tidak normal." aku terdiam mendengar penerangan dari doktor Razak. Dia tidak mungkin berbohong.
"saya rasa, lebih baik cik temankan lah dia sementara masih boleh bernafas. Berdoalah semoga Tuhan panjangkan umur dia." Doktor Razak keluar meninggalkan aku bersendirian di bilik ICU. aku duduk di tepi katilnya. ku usap pipinya, wajahnya kelihatan lemah, pucat. air mata ku menitik. satu tangan menghulurkan sapu tangan berwarna biru kepadaku. aku kenal tangan itu, aku kenal sapu tangan itu, aku kenal gaya itu.
"sudahlah, jangan menangis. masih ada peluang lagi," kata Mika.
"aku buntu harus berbuat apa lagi."
"berdoalah kepada yang Kuasa. aku kesini hanya ingin mengkhabarkan, hujung minggu nie aku akan ke luar negara melanjutkan pelajaran." aku berpaling kepada dia.
"haruskah sekarang?"
"aku terpaksa. aku harap kau jaga diri bersama dia. aku sudah bertanya kepada doktor, shaz boleh lepas seandainya dia punya penderma. dan aku sudah daftarkan nama dia dalam senarai penunggu.aku akan doakan kamu dari sana." air mataku mengalir. di saat aku perlukan dia, di saat itu dia pergi. dia mengerling ke arah jam dinding.
"aku harus pergi. sudah sayang, jangan menangis lagi. air mata mu bukan milikku." dia kesat air mataku lalu keluar.
sudah dekat setahun Mika pergi, aku masih belum menerima khabarnya. Shaz semakin sihat. minggu depan, dia akan menjalani pemindahan jantung. aku cuba menghubungi Mika untuk memberitahu dia tapi gagal. kadang-kadang, aku rindukan dia. Tapi mungkin dia sibuk di sana, aku cuba memahami dia. Sekarang, aku harus tumpukan kepada Syaz dahulu.
"sayang?" aku tersenyum melihat wajah Syaz.
pembedahan otak Syaz berjaya. setelah berjam-jam menunggu, akhirnya aku menerima khabar baik. aku lanatas ke surau, solat syukur atas keajaiban yang Dia berikan. setelah beberapa bulan, Syaz kembali sihat. dia mula berjalan. malah pada suatu hari, dia berani membawa aku keluar senyap-senyap. aku ikutkan saja hatinya, lagipun sudah lama dia tidak menjejak kaki keluar. hampir setahun juga dia menerima rawatan akibat penyakit yang dihadapinya.
"b mau pergi mana?" aku bertanya kepada dia memandangkan aku yang memandu.
"apa kata pergi ke kedai ais krim favourite sayang lepas tu kita pergi waterfront. macam?"
"aik, awal-awal dah mengidam nak ais krim kah?" aku ketawa kecil.
"saja nak rasa macam dulu-dulu. manatau tak sempat kan?" dia menoleh kearah ku. aku mula menekan pedal.
"jangan cakap begitu, please." dia mendiamkan diri. menutup matanya yang kuyu.
"b, buka mata laa!!!"
"hah! knp? ada apa?" dia terkejut, aku menjerit secara tiba-tiba.
"sayang ingat b dah nak tinggal sayang dah." dia ketawa besar.
kami sampai di kedai ais krim kegemaran ku. seperti selalunya, dia akan memilih perisa yang sama. dengan senyuman yang manis, dia memegang tangan ku dan bersama-sama kami ke water front. hanya berjalan kaki, tidak jauh dari kedai ais krim yang kami pergi tadi. kami duduk di bangku berhadapan dengan laut. berdiam diri. tiba-tiba dia baring di bahuku. terasa seperti dia makin menjauh. aku genggam tangannya dengan kuat agar dia tahu aku da di sini dan masih memerlukan dia. Mika bermain difikiranku. Senyumannya, gelak ketawanya. Biarpun Mika sudah jauh, aku masih teringat akan dia, malah ketika bersama dengan Syaz.
"Sayang" dia kucup tanganku. bahuku basah. aku tahu dia menangis. aku biarkan saja, menikmati matahari yang mulai membenamkan dirinya. genggaman tangannya mula longgar, tangannya mulai sejuk.
"B?" aku melihat dirinya. aku periksa nadinya. tiada! aku tersentap.
aku cuma menghubungi Mika memberitahu tentang pengebumian Syaz. tapi gagal lagi. aku cuma harap dia sihat disana. dan aku harap Syaz tenang dialam sana. aku menghilangkan diri ke pantai. saja tidak ingin menambah sakit dihati melihat jenazah kekasih sendiri di usung ke liang lahad. aku tidak sanggup, tidak mahu lagi menangis di hadapan semua. biar aku sendiri pendam rasa sakit ini. biar laut ini jadi menenangku. bahu ku di sentuh,.
"setiap benda yang hidup, pasti akan pergi juga." aku peluk ibuku. menangis sekuatnya. aku fikir aku kuat, aku fikir aku tabah tapi sebenarnya aku lemah. ibu ku memeluk tubuhku dengan kuat.
"dia pergi sudah"
********
"kalau mau bunuh diri, tunggu la aku dapat kahwin dengan kau dulu." aku terdiam. Mika. dia langsung tidak berubah.
"kenapa diam? nampak hantu kah?"
"Mika? kenapa kau ada disini?" dia tersenyum. senyuman yang aku rindu.
"jom." dia menarik aku. aku terkial-kial mengikuti langkahnya. aku agak terkejut melihat begitu banyka orang di ruamg tamuku.
"mereka masuk meminang. tunang dan bulan depan kahwin." ayah memberitahu aku. pandangan dari mereka semua buat aku mengalirkan air mata. Mika kaget. aku berlari kebilik, ibu menbontoti aku.
"kenapa?"
"mi teringat Syaz."
"mi, Syaz dah pergi. rela kan dia. hidup kan kembali dunia Mi. Mi punya hak juga." ibu memeluk aku. aku menangis sepuasnya. Ayah menerima cincin dari pihak Mika. dia memberikan kepada ku. Menurut ayah, mika meminta aku memakai cincin ini jika aku menerima pinangannya tapi jika tidak, dia meminta aku menyimpannya sebagai kenangan.
5TAHUN
aku sudah selamat melahirkan anak perempuan. Mika gembira melihat puteri sulungnya. Dia mengucup dahiku. iya, kehidupan seperti dalam cerita ombak rindu itu wujud juga. aku kini mengalaminya. Aku bersyukur dengan surat kiriman dari Syaz kepada Mika. biarpun Mika tidak pernah memberitahu aku kandungannya tapi aku tahu, Syaz cuma hendak yang terbaik buat diri ku dan bersama Mika adalah terbaik menurutnya.
THE END
Tuesday, October 25, 2011
CERPEN #Peluk Aku, Sayang!
Angin kuat melanda tanah di bawah bayu itu. Mungkin akibat dari Negara seberang yang kini hebat ditimpa musibah. Aku menyelak langsir melihat cuaca sekitar. Tersenyum manja.
“Sayang, angin makin kuatlah.” Kataku kepada Zhiell. Dia hanya membisu. Aku melangkah kearahnya. Bau hanyir menyelebungi seluruh rumah itu, aku biarkan. Lebih selesa begitu. Tubuh sasa itu aku peluk, terasa sejuk.
“Sejuk eh sayang? Sebentar ya. Baby ambilkan selimut,” aku selongkar almari yang berdekatan denganku. Mencari sehelai selimut untuk menutupi tubuh Zhiell. Selimut putih bercorak hitam aku capai dan baluti tubuh kami berdua.
“I won’t leave you. I promise.” Aku peluk erat tubuhnya. Dia kaku.
“You, maaflah. I rasa I tak boleh teruskan hubungan ini. I sayang you tapi kita…”
“Kalau sayang tak perlu ada tapi” Aku memotong kata-kata Zhiell. Tangan dia lembut menyentuh pipiku, dia mengeluh. Wajahnya kusut. Aku tahu dia memang sayangkan aku tetapi keluarganya menentang hubungan kami hanya kerana aku anak luar nikah. Bukan pinta aku menjadi anak luar nikah, bukan mahu aku dilahirkan begini. Aku pun seperti orang lain juga, inginkan kasih sayang selepas berapa lama aku dicaci dan dimaki.
“Kita tak boleh terus begini baby. I tak nak baby diapa-apakan.”kerisauan jelas terlukis diwajahnya. Aku tersenyum.
“Tiada sesiapa boleh apa-apa I, apa-apakan kita. Kita pasti akan hidup bahagia sayang.” Zhiell cuba tersenyum. Seketika, Zhiell mengeleng kepalanya. Aku hanya melihat dia. Seketika lagi, dia bermasam muka. Aku pelik.Tiba-tiba dia bangun dan melangkah keluar. Aku tahan dia. Meminta penjelasan.
“I dah buat keputusan. Dari baby diapa-apakan dan I jadi miskin, lebih baik kita berpisah.” Satu kucupan singgah didahiku. Aku terdiam. Air mata mengalir dipipi.
“Sayang, peluk I.” Dia terus berlalu pergi tanpa mendengarkan kata-kataku.
Masih terakam bait kata-kata Zhiell waktu dia meninggalkan aku di depan rumah dimana kami berasmara menikmati kebahagian kami bersama, rumah yang dia belikan untuk kami, untuk dia jamah badanku. Di rumah ini juga aku menunggu kedatangannya. Dia sudah berjanji akan menemui aku dan aku tahu dia bukan jenis memungkiri janji. Cuma janji satu itu saja yang tidak mampu dia tunaikan.
“Baby?” Zhiell kelihatan ddepan pintu. Aku sambut dia dengan wajah yang sangat gembira. Aku menarik tangan dia ke bilik. Dia hanya menuruti.
“Duduk dulu ya sayang. Sekejap lagi I datang.” Dia mengangguk. Aku tersenyum puas.
“Kita akan sentiasa bersama.” Aku berkata didalam hati. Selepas beberapa minit membiarkan dia menunggu, aku kembali dengan baju tidur yang menghairahkan. Dia memandang tanpa berkelip mata. Dibelakang aku, jarum suntik berisi klorofom bersedia untuk bertindak.
“Sayangg.” Aku memanggilnya manja sambil melangkah kearahnya. Dia menunggu di katil sambil mendepakan tangan ingin memeluk tubuh kecilku. Aku peluk tubuhnya.
“Sayang akan sentiasa peluk I begini sampai bila-bila.” Aku bisikkan ketelinganya.
“Tapi..” Jarum suntik berisi klorofom itu memotong kata-katanya.
“Baby, apa ni?” Dia terjatuh.
“Tak sangka sekejap juga ubat ni bertindak. Sayang, I cuma nak tolong you tunaikan janji you.” Aku naik di atas badannya sambil ketawa memegang jarum suntik itu. Satu ciuman aku berikan dibibirnya, dilehernya dan keseluruh badannya. Aku tarik beg hitam dibawah katil.
“Berhabuk sudah.” Aku bersihkan beg itu. Lama sudah aku tidak gunakan barang-barang dalam beg itu. Tentu mereka rindukan aku. Dahagakan air yang selama ini aku berikan mereka. sebentar sahaja lagi.
“Sayang, tunggu ya.” Ciuman singgah lagi dibibir Zhiell. Aku capai pisau lipat didalam beg hitam itu. Masih tajam lagi.
“Hati you milik I” Seperti lagat seorang doktor, aku membelah dada Zhiell menggunakan pisau lipat itu. Berkali-kali sehingga darah memercik keluar. Aku jilat darah yang terpercik ditanganku. Manis. Semanis cinta kita. Jantung milik Zhiell kini ditanganku. Aku capai lagi pisau cukur dan ku belah jantung itu. Mencari sesuatu milikku.
“Mana sudah cinta kita sayang? You dah buang ya? Sekarang, jantung you, hati you milik I. I punya saja.” Sekali lagi tangan ku menyelongkar barang didalam beg hitam milikku itu. Sebotol balang aku temukan dan jantung itu aku simpan. Wajahku berlumuran darah. Tubuhnya aku peluk. Darah sekitar badannya aku biarkan. Menikmati tubuh sasa itu. Adakalanya, darah sekitar badannya aku jilat. Kemanisannya buat aku jadi ketagih.
“Kenapa you jahat sangat dengan I? KENAPAAAAAAA!!!!!! I bagi semua dekat you. SEMUA!! Tubuh I, hati i. you tak puas ke dengan I sayang?” tangan kiriku kini menyentuh alat sulitnya. Pisau pula bermain-main ditangan kanan.
“I boleh puaskan you sayang. Kenapa you masih nak tinggalkan I?” tanganku menikmati alat sulitnya lantas aku kerat alat sulitnya. Darah memancut keluar. Dulu air putih melekit kini darah merah panas mengenai tubuhku. Aku tersenyum puas. Alat sulitnya aku buang ke sudut bilik. Aku hanya melihat alat sulit Zhiell. Alat yang pernah memuaskan nafsuku.
“I selalu puaskan you. Mesti sebab mereka kan you nak tinggalkan I? Janganlah risau, mereka sekarang sedang berehat dengan tenang.” Beg hitam itu aku zip. Alat yang aku gunakan tadi aku tidak bersihkan dan biarkan saja di dalam beg itu. Aku memeluk tubuh Zhiell. Balang berisi jantung itu aku simpan dibilik kecil. Bilik seniku.
*******
“Baby, bilik apa nie? Kenapa berkunci?” aku pantas mendapatkan Zhiell.
“Ohh, bilik nie memang tak pernah terbuka sayang. Pergilah bilik, kejap lagi I datang.” Aku tersenyum. Zhiell berlalu pergi dan percaya pembohongan yang aku cipta. Bilik itu aku buka. Pelbagai jenis balang berisi jantung terdapat dalam bilik itu. Di satu sudut, seorang lelaki tanpa kaki dan tangan terbaring. Seorang lagi, aku biarkan tanpa kepala. Seurat benang pun tidak membaluti tubuh mereka.
“Duduk diam-diam. Jangan buat bising. Nanti aku akan buat lagi teruk tau.” Aku potong jari mereka dan jilat darah yang mengalir. Sedap. Cukup buat aku bertenaga.
“Sayangggg!” aku tersenyum meninggalkan tubuh kedua-dua lelaki yang datang ingin membunuhku.
Friday, October 7, 2011
CERPEN #part 2 ; Memori
sambungan dari CERPEN #Part 1 ; Memori
THE END
wrote by AYUE.
Tahun 1599
Kawasan kami di cerobohi mereka. Insan tidak berperikemanusian yang hanya inginkan wanita dan makanan sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka bunuh. Manusia berhati syaitan seperti mereka seharusnya di lenyapkan dari muka bumi ini.
“Hoi kamu.mari sini sekejap.” Dia memanggil Latifah. Latifah melihat ke arah ku.
“Apa yang kau lihat apa dia. Aku panggil kamu bukan aku menyuruh kamu melihat dia.” Seorang dari mereka menarik tangan Latifah. Hatiku panas. Ingin saja aku parang kepala mereka.
“Kamu nie cantik juga ya.” Mereka memegang-memegang tubuh Latifah. Latifah ketakutan. Tiba-tiba, baju latifah dikoyakkan.
“Begini baru nampak lagi cantik.” Kawan mereka mengoyakkan lagi baju latifah sehingga Latifah menjadi separuh bogel. Latifah menangis. Aku masih berdiam diri, terpaksa menahan amarah.
“Ini tidak cukuplah.” Lelaki botak datang dari belakang. Dia menyuruh orang memegang latifah, dipaksanya latifah menanggalkan kain pelikat yang dipakainya. Aku bertambah panas hati. Tidak dapat lagi aku menahan bila kaumku dimalukan sedemikian rupa.
“Kurang ajar punya manusia. Kamu tidak punya hatikah memperlakukan seorang gadis seperti itu. Lepaskan dia!” Aku bingkas bangun bersama parangku. Aku hanya ingin menyelamatkan Latifah.
“Wah, wah. Ada orang nak jadi pahlawan wanita di sini.” Si botak mengelakkanku.
“Ini aku punya, kamu urus yang lain.” Dia cuba mencapai ku, aku layangkan parangku ke mukanya. Berdarah.
“Kamu ingin bermain kasar dengan aku ya?” sekilas mata sahaja dia berjaya menjatuhkan aku. Parangku jatuh menyembah tanah dan aku kini ada dipelukan lelaki bangsat itu.
“Kan aku sudah bilang!” disusuli dengan ketawa besar.
“ABANGGGGGGG IQRALLLLL!!!!” Aku menjerit. Lelaki botak itu menutup mulutku. Tanganku diikat di tiang.
“Aku akan tunggu sehingga abangmu datang mencarimu. Biar dia lihat bagaimana aku meratapi badanmu, si cantik.” Si botak ketawa terbahak-bahak.
Tahun 2010
Malam sudah tiba. Malam citra seni sudah berakhir. Tarian yang aku persembahkan bersama dengan rakan-rakan ku cukup menghiburkan penonton. Aku puas bila melihat senyuman di muka penonton-penonton. Seperti aku telah di bayar dengan sejuta ringgit untuk melaksanakan tugas ini.
Cik Raziah menghantar kami balik ke hostel. Dia cuma mampu menghentikan kami di depan hostel kerana dia sendiri berkejar masa.
“Aku takutlah Lyan. Kau tak takut ke?”
“Kau nak takut apa mas?” Kawan ku yang lain juga ku lihat agak ketakutan.
“Kau tak tahu ke tempat nie di katakan ada perogol.”
“Kau janganlah risau. Takkan ada apa-apalah.” Sedang aku memenangkan mereka, aku seperti merasa ada orang sedang mengikuti kami.
“Lyannnn, Masssss, Nizzzz!!! Haaaaahhhh” tiba-tiba aku terdengar jeritan Suri. Aku mencari-cari ke mana dia. Aku mencapai sebatang kayu, aku menyuruh rakan-rakanku berpaut kepada aku.
“Surii? Surii?” AKu menjerit namanya. Aku lihat samar-samar bayang seorang lelaki.
“Kau lepaskan dia.”
“Aku tak mahu.” Jerit lelaki itu. Aku mula menghampiri dia. Tingg!! Bunyi barang terjatuh. Nasib menyebelahiku. Lelaki itu terleka, aku dengan pantas memukul leher lelaki itu. Memang Suri berada si genggaman dia. Mas dan Niz segera mendapatkan Suri. Aku pukul berkali-kali badan lelaki itu sebelum meninggalkan dia pergi.
Tahun 1599
“Mana kak Lyani?” Tanya iqrall. Hatinya mula risau memikirkan isterinya seorang itu.
“Tadi saya lihat dia ada di sawah dengan kawan-kawannya.” Kata Alkam.
“Abanggg Iqrall!! Kak Lyani kena tangkap oleh geng botak.” Jerit budak kecil yang menyaksikan semuanya.
“Apa!!! Mereka di mana?”
“Di rumah sawah.” Iqrall bingkas bangun dan mengambil parangnya. Dia harus segera, dia tidak mahu isteri kesayangannya terjadi apa-apa.
“Syaitan!!! Lepaskan isteriku. Berhadapan kau dengan aku.” Iqrall menjerit diluar pintu. Botak tersenyum.
“Kau kepung lelaki itu. Aku mahu dia diikat.” Arah botak. Anak buahnya turun dan mengepung Iqrall. Iqrall tidak terdaya bila mereka menggunakan nama aku. Dia hanya mengikut.
“Jadi ini abang Iqrall kau?” botak mencium pipiku. Iqrall panas hati. Dia meronta-ronta agar ikatannya terlepas. Aku menangis. Bajuku dibuka perlahan-lahan di hadapan Iqrall. Aku tidak terdaya, suara Iqall habis menjerit agar aku tidak diperlakukan sedemikian.
“Kau jangan nak melawan cakap aku. Aku mampu buat apa saja.” Botak ketawa terbahak-bahak. Aku berbogel, tubuhku habis diratah oleh manusia syaitan itu. Aku lihat air mata Iqrall mengalir. Kesian sungguh suamiku.
“Jantan bodoh!” Aku jerit kepadanya.
“Siapa? Lelaki ini?” Botak menarik rambut Iqrall.
“Kau lihat betapa murahnya isterimu. Kau lihat!!”
“Kau jantan cilaka. Kalau kau berani, ke sini kau. Lepaskan ikatanku. Akan ku tamatkan riwayatmu sekarang juga.” Kemarahan Iqrall membara.
“Tidak semudah itu. Aku ingin lihat wanita ini terseksa.” Dia mengambil parang milikku. Dia letakkan di leher Iqrall. Tidak sampai sesaat aku dengar suaranya, Iqrall disembelih di hadapanku. Aku menjadi kaku.
“Iqralllll!!!!!!!!” menjeritlah sekuat hatimu. Ketawa botak kedengaran seluruh rumah. dia berlalu pergi, anak buahnya melepaskan aku.
“Kau akan menerima balasannya.” Mayat Iqrall aku papah, aku mandikan dan aku kebumikan.
Tahun 2010
Lyan mengurut-urut dadanya apabila dikejutkan oleh Zelka yang menyapah dari belakang.
“Lain kali, kau bawa sekali topeng hantu kau. Biar aku mati pengsan di sini.” Kata Lyan mencebiskan marahnya. Zelka masih lagi ketawa.
“Relaks lah kawan. Aku saja je nak main-main dengan kau.”
“Yalah tu.” Aku membuka kembali diari putih itu. Niat ingin menyambung pembacaan terbantut apabila Zelka mula mengeluarkan topic yang menarik.
“Kau pernah dengar tak tentang satu lagenda? Nie cerita orang dulu-dulu. Aku pun tak tahulah betul atau tidak. Mengenai seorang gadis yang kehilangan suaminya lalu dia membalas kembali.” Diari itu aku tutup. Aku tumpukan dengan cerita Zelka.
“Tak pernah. Ceritakanlah dengan aku.”
“Perempuan itu dirogol di depan suami dia. Lepas itu, dia nak balas dendam kat perogol dia tu. Sebab perogol itu bukan saja rogol dia tapi sembelih suami dia. Memang cerita dia agak seram sedikit.” Zelka menceritakan aku.
“ceritanya umpama cerita Lyani.” Kataku di dalam hati.
“Yang orang tu cerita kat aku lagi, perempuan tu guna kuasa sihir bunuh tu perogol dia. Yalah, tiba-tiba saja perogol tu boleh mati kat tangan perempuan tu.”
“Dari siapa kau dengar nie?”
“Arwah nenek aku.”
‘Oh, dah arwah. Kira-kira boleh ke aku pergi kubur nenek dia tanya ya’ kiraan bodoh ku di dalam hati.
“Eh, Lyan. I need to go oh now. Kau take care sajalah ya. Bye.” Aku masih menghitung apa betulkah cerita Zelka bahawa Lyani menggunakan kuasa sihir untuk membunuh si botak.
Tahun 1599
Dengan dendam yang membara, aku kembali ke rumah itu. Rumah yang membuatkan aku kehilangan segalanya.
“keluar kau!!!”
“Ohh, tidak serik lagi rupanya kau atau kau sudah mula rindukan aku?.” Botak keluar melihat.
“Kalau aku rindu macam mana? Kau mampu hendak memberi?” aku tersenyum manja. Sengaja ingin menarik perhatian lelaki durjana itu.
“Apa kau kira aku sudah tidak mampu?”
“Kalau kau mampu, ke mari kau di hadapanku. Kali ini, aku sedia memberikan kau daging tubuhku untuk kau jamah sepuasmu.” Aku memegang parang yang aku sembunyikan dibelakang bajuku. Aku tahu lelaki berhati syaitan seperti dia tidak akan melepaskan peluang untuk meratapi badan wanita seperti aku. Dia melangkah secepat mungkin menuruni tangga. Mukanya aku lihat seperti lelaki yang tidak pernah terjumpa nasi. Rakus!
Aku tidak banyak cakap, aku menunggu botak emnghampiriku lalu menikam dia dengan parangku. Aku penggal kepalanya. Perbuatan ku tidak dijangka dan aku tahu, dia sendiri tidak menjangka memandang difikirannya aku ingin memberi dia kepuasan dunia.
“Berani kamu masuk? Akan ku patahkan tengkuk kalian menjadi seketul. Nyah kalian dari sini, bawa sekali bangkai busuk ini. Keluar dari kampungku.” Mereka tidak berani mendekatiku kerana amukan ku masih di rasai. Dendam di hatiku tidak akan pernah padam. Di hadapan suamiku, aku diperkosa. Di depanku, suamiku di sembelih.
“Apakah sudah nasib kita abang.” Aku menangis meratapi pemergian Iqrall.
Tahun 2010
Di bilik kuliah tarian, Lyan sibuk mencipta langkah baru. Tanpa di sedari seorang lelaki sibuk memerhatikan dirinya. Lelaki itu bagai leka sebentar melihat gerak halus Lyan. Grak Lyan terhenti bila terasa ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya. Dia hanya tersenyum melihat lelaki itu dan terus menyambung geraknya.
Lelaki itu masih lagi memerhatikan Lyan biarpun kini Lyan sudah selesai gerakannya.
“Siapakah kamu?” Lyan mual menyoal lelaki itu.
“Kalau iya pun, bagilah saya duduk dahulu.” Lyan memberikan ruang.
“Siapa kamu?” Lyan mengajukan soalan yang sama.
“Iqraill” dengan cepat, Lyan memandang Iqraill. Hatinya bersuara, apa ini kebetulan atau memang takdir?
“Kenapa?” Tanya lelaki itu pula bila melihat Lyan terpaku.
“Tak ada apa-apa.” Lyan tunduk. Menyembunyikan rasa gugup yang dia rasai.
“Okaylah. Saya nak cepat nie. Nanti saya cari awak balik.” Dia berlalu. Lyan masih berdiam diri.
“Lyan?” Lyan mengangkat muka.
“Awak cantik. Berani. Baik. Saya suka awak.” Iqraill terus berlalu. Lyan terkedu.
“Lyani, kenapa takdirmu seperti tertulis semula?”
Tahun 1599
Alhamdulilah. Akhirnya, aku selamat melahirkan seorang anak lelaki. Wajahnya amat mirip dengan Iqrall. Bukan saja aku tapi yang lain juga berkata begitu.
Aku kucup lembut ubun-ubunnya, air mata ku mengalir.
“Sayangnya abang tiada di sini untuk melihat anak kita.” Rantai pemberiannya dahulu, aku genggam erat. Aku pasti akan lebih bahagia selepas ini dengan kehadiran anak ini.
Thursday, October 6, 2011
CERPEN #Part 1 ; Memori
Tahun 1599
Malam itu, hujan turun agak renyai.
Aku menyelak ke luar jendela melihat keadaan di luar sana. Agak mengerunkan,
darah terpercik di merata tempat, tubuh badan tersebar di seluruh kawasan. Aku
menutup kembali jendela itu apabila satu tangan menyentuh bahuku.
“Agaknya
manusia belum lagi sedar akan kepentingan alam ini ya mak?” aku menatap wajah
sayu itu. Mak Tah hanya berdiam diri. Tidak tahu harus mengiya atau tidak
persoalanku dan aku, tepuk dada tanyalah selera ku sendiri.
“Lelapkanlah
matamu. Kita punya banyak benda harus di lakukan esok” Mak Tah menghulurkan
bantal.
Suara penyanyi latar itu
menbingitkan seluruh kelab itu. Lyan menari-nari menunjukkan bakatnya di pentas
kelab itu sambil lelaki-lelaki di sana menepuk tangan, terhibur dengan
tariannya. Lyan tidak pernah kenal erti takut, apa yang di mahunya, di cuba.
Selagi nyawa masih ada, sebolehnya dia ingin menikmati dunia ini.
“Lyan, jom
cuba benda baru?”
“Benda
apa?” Muka Lyan berkerut memandang sahabatnya.
“Nnati kau
taulah. Jom.” Kiky menarik tangan Lyan. Lyan hanya menuruti. Semakin jauh
mereka meninggalkan bunyi bising itu.
“Nak ke
mana nie?” Lyan mula mendesak ingin tahu. Di lihatnya tempat ini sunyi, mereka
sudah masuk ke dalam ruang kelab mala mini yang hanya beberapa orang sahaja di
benarkan masuk. Hatinya mula risau.
“Kau ikut
je lah. Aku gerenti kau pasti akan suka.
Hahh, dah sampai pun.” Kkiky melepaskan genggaman tanganku lalu menuju ke arah
seorang lelaki gagah.
“ Nie kawan
I. You nak kenalkan?” Kata kiky kepada lelaki tersebut. Dia mula menghampiri
aku sambil menyentuh tubuhku. Aku mula berasa rimas.
“Oh, jadi
you lah penari hebat kelab nie ye.” Aku hanya berdiam diri.
“Kenapa
kawan you nie tak banyak cakap?” dia memandang Kiky semula.
“Dia malu
lah tu”
“Aku tak
malu tapi aku masih punya harga diri. Terima kasih.” Aku yang hanya sepi mula
bersuara dan meninggalkan bilik sunyi itu. Mereka tidak berbuat apa-apa. Hanya
memandang kaku.
Tahun 1599
Bom terlontar sini sana. Aku
hanya berdoa agar umurku dipanjangkan supaya dapat membantu kaumku di luar
sana. Mak Tah cekal memberikan semangat. Aku tidak takut tapi aku cuma sedih
melihat mangsa-mangsa terkorban untuk mempertahankan keharmonian Negara
tercinta.
Di bilik kecil,
dipenuhi dengan baju-baju, aku melepas gian menari sendirian. Aku tidak sedar
di satu sudut, seseorang sedang memerhatikan aku.
“Good
dancer.” Tepukan disusulinya. Aku terhenti dan tersenyum lalu meenyudahkan
tarianku. Usai itu, aku duduk sambil mengelap peluhku. Dia masih di sana,
menatap setiap perilakuku.
“Duduklah
kalau sudi. Bilik nie dipenuhi baju-baju buruk yang berhabuk.” Aku memperrsilakan
dia.
“Saya tak
kisah. Kenapa awak berhenti menari?”
“Amboi,
kalau pun hendak bertanya, biarlah punggung sampai ke lantai dahulu.” Dia
senyum kambing.
“Urusan
menyelamatkan kaum kita lagi penting. Tarian boleh datang kemudian setelah kaum
kita selamat.” Jawapan aku singkat. Matanya tidak berhenti menatapku. Aku jadi
kalut.
“Awak
cantik. Berani. Baik. Saya suka awak.” Dia terus berlalu pergi meningalkan aku
yang kaku dengan kata-katanya.
Tahun 2010
Lyan
mengelongkar barang-barang lama di rumahnya. Inilah jadinya kalau sudah bosan
melanda diri. Lyan sudah sebulan memutuskan hubungan dengan kiky sejak
peristiwa itu. Hatinya masih terkilan dengan sikap kawannya yang sememangnya
sudah mengetahui dia tidak akan sesekali mengadaikan maruahnya. Cukuplah dia
hanya menari, perlukah sehingga menjual diri?
Sebuah
diari putih dijumpainya. Terbalut kemas agar habuk tidak mencerobohi masuk.
“Diari
siapa nie?” Soal Lyan di dalam hati. Diari itu dibawa ke ruangan tariannya.
“Mungkin
elok dijadikan bahan bacaan.” Buku itu ditinggalkan di sana. Lyan mengambil
langkah, menari sepuas hatinya.
“Aku mahu
menjadi penari yang berjasa.” Katanya di dalam hati. Lelah mula di rasai. Lyan
berhenti berehat. Di situ baru dia sedar mengenai buku diari itu. Dia mula
mencapainya dan membukanya bungkusannya.
“BUAT
MEREKA, INGATILAH PERJUANGKAN APA HAKMU, KEMBALIKAN APA YANG BUKAN MILIKMU.”
Tahun 1599
Perkahwinan antara aku dan dia
selamat dijalankan. Aku bersyukur di dalam hati akhirnya jodoh ku sampai juga.
Aku memandang dia dengan senyuman yang lebar. Aku pasti dia adalah adamku.
“Selamat
pengantin baru. Jagalah Lyani dengan baik ya. Mak Tah akan selalu doakan kamu.”
Pesan Mak Tah kepada Iqrall. Iqrall hanya mengangguk. Aku dan Iqrall berjanji
akan sehidup semati bersama-sama sehingga Allah memisahkan jasab kami.
“Lya, Abang
akan jaga Lya sampai Lya tua.”
Tahun 2010
Diari putih
itu Lyan bawak ke mana-mana. Dia merasa ingin saja menghabiskan pembacaannya
semalam tetapi matanya tidak mengizinkan. Mungkin terlalu penat menari sehinga
jauh malam agaknya.
Kuliah hari
ini di isi dengan tidur nyenyak dibelakang. Lyan tahu dia mungkin akan
tertinggal, tetapi disedapkan hati dia akan bertanya dengan kawan-kawannya
nanti.
Di pokok
yang dingin itu, Lyan mengambil posisi yang selesa, dia ingin menyambung semula
bacaannya semalam. Tidak puas rasa di hatinya. Ingin juga dia mengetahui apa
yang terjadi kepada dua mempelai itu.
TO-BE CONTINUE..
Monday, August 8, 2011
CERPEN #SABAHAN : what past is past
Mentari menyinari segenap bilik kecil milik aku. Aku selak langsir biru petak-petakku agar cahaya matahari dapat terus masuk dan memberikan aku kesegaran pagi. Aku menghadap ke cermin, melihat dalam-dalam raut wajahku. Aku lantas tersenyum. Bagi aku, itu adalah salah satu cara agar semangatku yang hilang kembali semula. Mungkin susah bagi seseorang yang baru menghadapi hari sukarnya untuk bangun semula, tapi bagi aku itu semua cabaran.
Aku melangkah dengan semangatnya menuju ke bilik kuliah. Sudah dekat sebulan aku tangguhkan pengajianku. Kawan-kawanku memandang aku dengan perasaan yang berbaur.
“Kate, are you okay?” Tanya si kecil Azmeera sebaik saja aku sampai ke tempat duduk ku.
“Well, beginilah aku.” Senyum kambing sampai memaparkan gigiku yang teratur.
“Kami semua risau dengan kau.” Sapa zulia dari belakang. Aku mengurut dada terkejut dengan sapaan itu.
“kalau iya pun mau buat kejutan, ndapayahlah bah kasih terkejut aku segala.” Dia hanya tersengih.
Aku memang okay, malah lebih dari yang kawan aku bayangkan. Aku sudah penat menangis. Penat menunggu kepulangan dia. Yang mmpu aku lakukan. Cuma meredhakan pemergian dia. Mungkin inilah yang tersurat buat aku dan dia.
* * * * * *
“B mau sayang tau yang b sangat cintakan sayang tau.” Katanya sambil tanganku digenggam. Aku memandang raut wajah itu sambil ketawa.
“B kenapa? Tiba-tiba cakap macam nie? Sayang pun bah. Sampai bila-bila lagi sayang akan cintakan b.” Dia tersenyum. Aku cubit hidungnya cuba untuk bergurau. Dia Cuma tersenyum dan memeluk diriku. Perangainya agak menghairankan. Tiba-tiba aku rasa takut kehilangannya.
“Jom balik. Panas sudah sini. Sayang nda tahan.” Aku tarik tangannya.
“Alaa, b baru rasa mau lama-lama sini. Apalah sayang nie. Bida betul perangai.” Denagn muka masam, dia turuti juga aku untuk meninggalkan pantai. Sempat juga dia memberikan flying kiss kepada pantai itu. Aku ketawa sahaja melihat dia. Dia pun ketawa.
Malang tidak berbau. Sebuah lori hilang kawalan dan melanggar kereta kami. Dia cuba sedaya upaya menyimbangkan kereta tetapi pelanggaran itu agak kuat. Kami terbabas dan terbuang ke pembahagi jalan. Cermin depan kereta pecah, pintu retak. Aku tersekat di kerusi penumpang. Self beltku tidak dapat dibuka. Dia pula pengsan. Aku goyangkan bahunya, meminta kepada Tuhan agar dia sedar. Alhamdulilah, dia sedar. Dengan pantas, dia cuba menarik self belt ku yang tersekat dengan sekuat hati.
“Sayang keluar dulu.” Dia memerintahku apabila self belt ku sudah terbuka.
“Tapi b?” Aku genggam tangan dia.
“Janganlah risau b.” Dia tendang pintu dengan sekuat-kuatnya.
“sayang, b cintakan sayang.” Dia genggam tanganku. Aku berat hati ingin melepaskan genggaman itu.
“Go!!!!” aku ikuti kehendaknya. Sampai sahaja ditengah jalan, kereta kancil putih itu meletup. Aku tergamam. Air mataku mengalir. Aku pusing ke belakang dan melihat dia didalam. Aku menjerit cuba mendapatkan dia tapi beberapa orang menahanku. Dengan tangisan menyusuri jeritanku, aku terduduk melihat kancil putih milik dia meletup. Melihat senyuman, ketawa akhirnya disebalik letupan itu.
“B!!!!!!!!” aku terjaga. Lily cepat mendapatkan aku.
“Katrina. Wake up” dia peluk tubuhku yang mengigil.
“I miss him lily.” Aku menangis lagi.
“Sudahlah. Listen to me. Mohd zikrullah tidak akan balik semula.” Lily kesat air mataku.
Sampai sekarang, setiap kali aku pejam mataku, kedengaran bunyi letupan yang merampas ziky dari aku. Sebulan aku mengunci diri di bilik. Meratapi kematian dia. Ibunya memberikan aku computer riba milik ziky. Selepas sebulan merapati pemergian dia, barulah aku dapat kumpulkan kekuatan untuk membuka computer riba itu.
(01.08.2010 : sehari sebelum kejadian)
“Sayaaanggg!! Hiii. Time ini, b tulis surat nie ndatau kenapa b rasa macam takut sangat kehilangan sayang. B tau sayang ndakan kasih tinggal b tapi ntahlah kenapa b rasa macam nda lama lagi b mau pergi jauh. Kalaulah b pergi jauhkan, sayang kena janji dengan b kasih tunai semua janji sayang ma b ya? Janji kita untuk melancong, untuk main kat Disneyland, untuk dapat anak perempuan nama Anabelle Casandra yang comel. Kalau kita tiada jodoh, b mau sayang tunaikan harapan b ini dengan sesiapa saja. Yang penting, b mau sayang hidup bahagia macam sayang rasa dengan b. okay sayang? I love you sayang.”
Yang mencintaimu,
Zakyyy.
Air mataku menitis lagi.
“Syang janji akan tunaikan semuanya”
Thursday, June 16, 2011
CERPEN #cinta bukan hanya kata-kata
Ini hari pertama aku masuk ke tingkatan enam. kembali ke sekolah yang aku tak pernah nak bayangkan masuk semula ke sekolah nie, SEKOLAH LAMA AKU!!!
"Eh, bella. balik sini semula ke?" aku pandang sepi sahaja soalan itu. aku tahulah aku ini sudah 5 tahun kat sini, kalau iya pun tak suka janganlah nak cakap macam tu. macam nak bagi pelempang pun ada. nasib aku kat sekolah.
macam biasalah, minggu pertama orientasi. mula-mula tu, cikgu cakap minggu pertama belajar baru next week dia barulah orientasi. memang kami kena tipu bulat-bulatlah. cilaka betul aku nak percaya loyar buruk cikgu-cikgu semua. "macam biasalah kan, minggu orientasi, saya nak awak semua kenalkan diri masing-masing" kata cikgu kaunseling kami. inilah waktu yang paling aku benci sekali. bila sampai waktu sesi perkenalan. malaslah nak cakap kat depan. lepas budak-budak lain dah blablabla, tiba lah pula giliran aku.
"nama saya hysabella casandra. lahir 2 februari 1993. hobi main sms je dengan online. tu jelah. thanks." dengan sopannya aku perkenalkan diri. ehh, macam budak skema pula. ketawa besar.
"alaa, takkan itu je kot. status tak nak bagitau ke? kami kat sini nak tau." satu suara menyampuk lantas apabila aku mula mengambil langkah untuk duduk ke tempat aku semula. memang jahanam betul jantan nie.
"ohh, saya nie bujang masih, belum kahwin pun." aku terus berlalu pergi.
* * * * *
hari nie, hari last kami sekolah. sabtunya, dah nak cuti dah. aku terpaksa hadir ke sekolah bila pra-u kena arah bertugas masa hari guru. ini salah satunya yang aku benci. lupa nak bagitau, aku dah dua minggu sekolah. aku dapat kelas seni. boleh tahanlah juga. aku tak nak mengadu banyak sangat. aku yakin, aku pasti dapat melukis juga biarpun aku tak ada basic lukisan pun.
masa kat orientasi hari tu, aku ada usha satu budak lelaki nie. ok, sebelum tu, aku nak bagitau yang aku nie memang single. aku baru je broke-up dengan bf aku yang memang macam cilaka tu. tak habis-habis nak mengongkong hidup aku. rimaslah, aku pun nak kebebasan juga macam dia.
balik pada budak yang aku usha tu, memang kiut jo. putih, tapi tak tinggilah. yang bikin aku dok siok nak tengok dia nie sebab dia selalu je pakai baju colour biru. hah, tu pasal mata aku tak lekang nak tengok dia. tapi tak kurang lebih gak lelaki comel kat kelas aku tu. cuuunn beb.
"kau bila nak pindah pergi UITM kesayangan kau tu? tanya aku sengaja nak kacau dia. kawan aku pun dok mengangguk je. nak mengiyakan jelah tu pertanyaan aku. maksudnya, dia pun nak tau sama.
"minggu depan lepas buka sekolah."
"lama lagi eh. kalau aku jadi kau, aku tak nak dah pergi sekolah tau." sambil aku tersengih busuk.
"tu kaulah bukan aku. kau memang. pemalas." kami diam sebentar. aku sibuk melayan kawan-kawan aku.
"kau kelas bistari kan? bagilah nombor kau. boleh juga aku contact-contact nanti kalau aku dah pindah." aku pun capai je handphone yang dia berikan pada aku. dengan pantas, aku menaip nombor telefon ku. tiada apa juga aku nak kisahkan. aku kan single juga. ketawa sinis. kawan aku pun letak nombor dia juga. sebagai penutup dia minta nombor aku kot. aku pun tak tahu sangat.
* * * *
1 new text message;9.45pm
hii, mind i have some of your time?
seriously, aku terkejut bila terima mesej tu. dari ADAM SAMUEL. alaa, budak jambu yang aku cerita tulah. yang comel loteh sekelas dengan aku tu. memandangkan aku tak ada apa-apa kerja, aku pun layan jelah dia. kami bermeseg beberapa hari juga, baru dia cakap dia suka aku. hell, bila masa pula dia usha aku sampai boleh cakap kami ada chemistlah apalah. mula-mula mesej tu, dia ada juga cakap dia suka aku. tapi taklah ambil peduli sangat. kami kenal pun tak, dia boleh nak suka aku. logik tak tu?
budak adam nie baik. bila aku tengok dia, mesti aku teringat adik sepupu aku yang baik, rajin. muka diorang nak dekat sama je. sebab tu mungkin aku nie ada sikit macam tertarik dengan dia.
"kak, kau mesej dengan siapa tu? kau dah balik ke dengan si jiji?" adik aku mengajukan soalan sambil membaringkan badan kecilnya itu disebelahku. aku pun tak tahu kenapa dia je yang kecil dalam keluarga ku.
"taklah, manada aku balik dengan dia tu, aku masih singlelah, aku mesej dengan kawan kelas aku."
"kawan kelas? siapa?" dia cuba menjenguk ke paparan telefon ku. aku biarkan sahaja.
"adam samuel" aku tersenyum.
"islamlah?"
"taklah, lain agama."
"eh, tapi nama macam islam." muak kebinggungan macam muka aku mula-mula tahu dia bukan seagama denganku.
"dah mak bapak dia suka nama tu, nak buat apa lagikan."
sungguh ku akui, aku mula suka de3ngan dia. cuma ada sesuatu menghalang aku. iya, rasa kecewa yang masih bersarang dalam benakku. aku masih rasa takut, masih rasa kurang percaya.
"saya tak bolehlah wak. saya rasa susah. kita dahlah lain agama. saya tak naklah awak terpaksa tukar agama pula kalau nak kahwin dengan saya." aku cuba berterus terang. rasa suka aku tolak tepi.
"saya tak sangka yang awak fikir sejauh itu sekali." ada bunyi hambar disitu bercampur terkejut.
"kenapa? awak bersama dengan wanita hanya untuk break je ke?"
"taklah begitu, cuma kalau ada jodoh, adalah" adam cuba menegaskan kata-katanya.
"jodoh takkan ada tanpa usaha, itu awak harus tahu."
"kita boleh usahakan semula"
"saya dah tak tahu wak. biar saya fikirkan semula."
BERSAMBUNG....

Friday, May 20, 2011
CERPEN #Selamat Hari Guru dan Pengantin Baru.
Waktu itu, aku cuma berumur 17 tahun. Ya, terlalu kecil dan kurang matang untuk berlagak dewasa. Tapi salahkah? Aku tidak dapat mencari titik tolaknya hingga ia menjadi salah dimata makhluk tuhan yang lain. Padahal, kita semua sama. Cuba berlagak tapi dalaman?
Baiklah, aku mengaku aku begini kerana dia.Cuba berlagak matang hanya untuk mendapat perhatian dia dan hasilnya? Ahh, tentunya berjaya. Aku tak kisah pun nak berubah, semuanya sebab cinta jugakan.
"Myra, Myra buat apa semalam? Saya text, Myra tak reply pun." Pandangan matanya yang kayu tetap menusuk ke mataku. Aku menjadi gabra.
"Err, Myra tak ada kredit cikgu. Sorrylah" Dia hanya menggangguk. Cikgu Adam, cikgu matematik aku. Dia guru baru disini. Kira-kira tiga bulan yang lalu masuk menggantikan Cikgi Zeera dan meragut hati kecilku. Terus terang, aku betul-betul sudah jatuh cinta dengan cikgu matematikku!
"Tak apalah. Saya ingat nak Myra buka facebook saya. Saya ada bagi link untuk memperbaiki matematik awak." Cikgu Adam menghulurkan kertas matematik dan aku hanya menyambutnya diiringi dengan senyuman manis.
* * * *
1 MESSAGES RECEIVED
"Saya nak jumpa awak. Ada hal penting"
-Cikgu Adam-
Sijil Pelajaran Malaysia ketika itu baru sahaja tamat semasa aku menerima meseg dari cikgu Adam. Mungkin sahaja dia rindu kerana telah beberapa detik tidak menemui aku. Hati aku, tak payah cakap. Memang dah berbunga taman puteri kayangan.
"Sorry lambat." Kata aku, menarik kerusi dihadapan dia.
"Ohh, tak apa. So, macamana SPM?" Tanya dia mendadak. Biasalah bagi seorang guru bila bertemu dengan muridnya yang baru saja mengambil peperiksaan besar, soalan itu akan muncul dahulu. Memang lazimnya manusia begitu tidak kira siapa sahaja.
"Ok jugalah.Mungkin boleh skor juga." Aku tersengih. Tiba-tiba dia letakkan sekotak hadiah dihadapanku.
"Untuk awak." Serius aku cakap, time tu aku rasa macam kat syurga je. Happy gila-gilalah tahap dewa.
Siapa juga tak happy bila orang yang kita sayang tiba-tiba bagi hadia kat kita. Siapa? Petang tu, dia layang aku macam puteri. Disayang, dilayan dengan penuh romantis. Tak romnantis ke, bila dia bukakan pintu untuk kamu bila nak naik kereta? Tak disayangkah bila dia suapkan makanan kat mulut kamu? Tak best ke? Best kan? Hah, macam tulah yang aku rasa.
* * * *
Dah sebulan berlalu, aku pun dah lama tak jumpa dengan cikgu Adam. Kami selalu juga berhubung melalui handphone, facebook. Tapi aku tetap rindu nak jumpa dia. Ada juga dia cakap dia rindu nak jumpa tapi biasalah, dia kerja. Tiada masa nak jumpa, selalu saja sibuk. Biarpun begitu, aku tetap makin hari makin cinta kat dia.
Sampai satu hari tu, hari guru, postman datang bagi surat kat aku. Aku ingat surat tawaran tapi macam tak logik pula sebab alamat surat-menyurat aku bukan guna alamat kat sini tapi alamat kat bandar. Jadi aku ambil jelah surat tu manatau betul-betul surat tawaran kan. Susah juga kalau aku nak tolak.
Tengok-tengok, surat dari cikgu Adam. Tambah aku berbunga daisi, melati, mawar dan segala bunga kat hati aku. Yalah biarpun aku kat kampung, dia masih juga nak hantar surat. Dengan perasaan yang gembira, aku buka surat itu.

"JEMPUTAN KE PERKAHWINAN ADAM & LAILA"
Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu macamana punahnya hati aku pada hari guru itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)