Tahun 1599
Malam itu, hujan turun agak renyai.
Aku menyelak ke luar jendela melihat keadaan di luar sana. Agak mengerunkan,
darah terpercik di merata tempat, tubuh badan tersebar di seluruh kawasan. Aku
menutup kembali jendela itu apabila satu tangan menyentuh bahuku.
“Agaknya
manusia belum lagi sedar akan kepentingan alam ini ya mak?” aku menatap wajah
sayu itu. Mak Tah hanya berdiam diri. Tidak tahu harus mengiya atau tidak
persoalanku dan aku, tepuk dada tanyalah selera ku sendiri.
“Lelapkanlah
matamu. Kita punya banyak benda harus di lakukan esok” Mak Tah menghulurkan
bantal.
Suara penyanyi latar itu
menbingitkan seluruh kelab itu. Lyan menari-nari menunjukkan bakatnya di pentas
kelab itu sambil lelaki-lelaki di sana menepuk tangan, terhibur dengan
tariannya. Lyan tidak pernah kenal erti takut, apa yang di mahunya, di cuba.
Selagi nyawa masih ada, sebolehnya dia ingin menikmati dunia ini.
“Lyan, jom
cuba benda baru?”
“Benda
apa?” Muka Lyan berkerut memandang sahabatnya.
“Nnati kau
taulah. Jom.” Kiky menarik tangan Lyan. Lyan hanya menuruti. Semakin jauh
mereka meninggalkan bunyi bising itu.
“Nak ke
mana nie?” Lyan mula mendesak ingin tahu. Di lihatnya tempat ini sunyi, mereka
sudah masuk ke dalam ruang kelab mala mini yang hanya beberapa orang sahaja di
benarkan masuk. Hatinya mula risau.
“Kau ikut
je lah. Aku gerenti kau pasti akan suka.
Hahh, dah sampai pun.” Kkiky melepaskan genggaman tanganku lalu menuju ke arah
seorang lelaki gagah.
“ Nie kawan
I. You nak kenalkan?” Kata kiky kepada lelaki tersebut. Dia mula menghampiri
aku sambil menyentuh tubuhku. Aku mula berasa rimas.
“Oh, jadi
you lah penari hebat kelab nie ye.” Aku hanya berdiam diri.
“Kenapa
kawan you nie tak banyak cakap?” dia memandang Kiky semula.
“Dia malu
lah tu”
“Aku tak
malu tapi aku masih punya harga diri. Terima kasih.” Aku yang hanya sepi mula
bersuara dan meninggalkan bilik sunyi itu. Mereka tidak berbuat apa-apa. Hanya
memandang kaku.
Tahun 1599
Bom terlontar sini sana. Aku
hanya berdoa agar umurku dipanjangkan supaya dapat membantu kaumku di luar
sana. Mak Tah cekal memberikan semangat. Aku tidak takut tapi aku cuma sedih
melihat mangsa-mangsa terkorban untuk mempertahankan keharmonian Negara
tercinta.
Di bilik kecil,
dipenuhi dengan baju-baju, aku melepas gian menari sendirian. Aku tidak sedar
di satu sudut, seseorang sedang memerhatikan aku.
“Good
dancer.” Tepukan disusulinya. Aku terhenti dan tersenyum lalu meenyudahkan
tarianku. Usai itu, aku duduk sambil mengelap peluhku. Dia masih di sana,
menatap setiap perilakuku.
“Duduklah
kalau sudi. Bilik nie dipenuhi baju-baju buruk yang berhabuk.” Aku memperrsilakan
dia.
“Saya tak
kisah. Kenapa awak berhenti menari?”
“Amboi,
kalau pun hendak bertanya, biarlah punggung sampai ke lantai dahulu.” Dia
senyum kambing.
“Urusan
menyelamatkan kaum kita lagi penting. Tarian boleh datang kemudian setelah kaum
kita selamat.” Jawapan aku singkat. Matanya tidak berhenti menatapku. Aku jadi
kalut.
“Awak
cantik. Berani. Baik. Saya suka awak.” Dia terus berlalu pergi meningalkan aku
yang kaku dengan kata-katanya.
Tahun 2010
Lyan
mengelongkar barang-barang lama di rumahnya. Inilah jadinya kalau sudah bosan
melanda diri. Lyan sudah sebulan memutuskan hubungan dengan kiky sejak
peristiwa itu. Hatinya masih terkilan dengan sikap kawannya yang sememangnya
sudah mengetahui dia tidak akan sesekali mengadaikan maruahnya. Cukuplah dia
hanya menari, perlukah sehingga menjual diri?
Sebuah
diari putih dijumpainya. Terbalut kemas agar habuk tidak mencerobohi masuk.
“Diari
siapa nie?” Soal Lyan di dalam hati. Diari itu dibawa ke ruangan tariannya.
“Mungkin
elok dijadikan bahan bacaan.” Buku itu ditinggalkan di sana. Lyan mengambil
langkah, menari sepuas hatinya.
“Aku mahu
menjadi penari yang berjasa.” Katanya di dalam hati. Lelah mula di rasai. Lyan
berhenti berehat. Di situ baru dia sedar mengenai buku diari itu. Dia mula
mencapainya dan membukanya bungkusannya.
“BUAT
MEREKA, INGATILAH PERJUANGKAN APA HAKMU, KEMBALIKAN APA YANG BUKAN MILIKMU.”
Tahun 1599
Perkahwinan antara aku dan dia
selamat dijalankan. Aku bersyukur di dalam hati akhirnya jodoh ku sampai juga.
Aku memandang dia dengan senyuman yang lebar. Aku pasti dia adalah adamku.
“Selamat
pengantin baru. Jagalah Lyani dengan baik ya. Mak Tah akan selalu doakan kamu.”
Pesan Mak Tah kepada Iqrall. Iqrall hanya mengangguk. Aku dan Iqrall berjanji
akan sehidup semati bersama-sama sehingga Allah memisahkan jasab kami.
“Lya, Abang
akan jaga Lya sampai Lya tua.”
Tahun 2010
Diari putih
itu Lyan bawak ke mana-mana. Dia merasa ingin saja menghabiskan pembacaannya
semalam tetapi matanya tidak mengizinkan. Mungkin terlalu penat menari sehinga
jauh malam agaknya.
Kuliah hari
ini di isi dengan tidur nyenyak dibelakang. Lyan tahu dia mungkin akan
tertinggal, tetapi disedapkan hati dia akan bertanya dengan kawan-kawannya
nanti.
Di pokok
yang dingin itu, Lyan mengambil posisi yang selesa, dia ingin menyambung semula
bacaannya semalam. Tidak puas rasa di hatinya. Ingin juga dia mengetahui apa
yang terjadi kepada dua mempelai itu.
TO-BE CONTINUE..
No comments:
Post a Comment