Showing posts with label maktab lagi. Show all posts
Showing posts with label maktab lagi. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

when life getting bad, u should put ur ass down.

sudah 7 hari berlalunya bulan july. mungkin belum terlambat untuk aku cakap, HAPPY JULY GUYSS!! Nda sangka cepat sangat masa nie berlalu, macam aku rasa baru semalam jak aku celebrated new year bahh. tau2 sekarang bulan 7 suda pula. haiiihhh. makin lama pun, makin tua laa aku nie. #sigh





BTW, im happy. Yeahh, akhirnya jadi juga kami punya plan mau pergi picnic di bunsit. mula-mula kami sekelas mau pergi Mahua. Mahua tu tempat air terjun, dekat dengan tambunan. A very good place, tapi tu sajalah tempat tu kecil sikit. Aku pernah pergi sekali, actually kawasan tu kawasan kampung bah tu. bila masuk sana jak, aku teringat kampung Puan Besar. di sana pun ada jug air terjun macam di mahua nie, cuma u need too walk a bit laaa sebab dalam sikit. tapi kalau di mahua nie, air terjun di terang2 nampak, so memang best. airnya pun sejuk gilaaa. no regret laa kalau pergi sana.




TAPI bunsit nie pun tidak kurang lebih nya juga. cuma tiada la air terju macam di mahua and kawasannya a little bit bigger than mahua. tu diorang cakaplah, ak nda tau. mulanya, tunggang langgang juga laa plan kami mau pergi nie. tiba-tiba ramai yang nda mau pergi. bayangkan, dari 30 orang, tinggal 19 saja yang betul2 mau ikut. give up juga la at first tapi nasib kawan-kawan tu mau juga pergi, ada jua laa support nie. bincang punya bincang, akhirnya kami decide juga mau pergi.





yang mula-mula nda jadi tu, panas juga laa. yala, aktiviti kelas lagi, terus diorang ndamau lagi bagi support. haiihh, macam mau gigit-gigit. bukan apa juga bah, nie bukan kita mau plan saja-saja. cikgu yang cakap, jadi ndakan tiba-tiba nda jadi pula la kan. adalah kena goreng pantat dia nie karang. *ketawa jahat* heboh juga laa kelas time kami cuba kasi jadi, terasa nie macam kena gempa bumi kelas kami. first time ever. memang selalu juga la begini, nda pandai support tapi kali nie macam lain. ketawa juga aku. tapi ndapala, yang penting jadi sudah. tinggal beli makanan, tunggu hari sabtu, and having a funn!!!!!!!







lain suda tujuan aku nie. ingat mau buat mawardah, sekali pergi update blog pula. ayue, ayue. inda pandai berubah kelakuan.

























thanks for reading. till then.

Friday, October 21, 2011

chicken dance



Assalamualaikum lelaki-lelaki mandul diluar sana. well, haiiii. im backk with a new stories. sepatutnya story nie aku buat hari tu. agak lewat. perasankah aku nie selalu saja lambat post entry? kan? kan? tiada masa bah aku. line internet llagi lidut, bikin parih otak oh. tapi janganlah risau, aku edit juga entry. 



Uiseh, kemain lagikan opening aku. okaylah back to story. last tuesday, my class organized a telematch for pre-school's pupil. many activies we've done for this carnival. playing with numbers, dancing, laughing. i can say, im satisfied to be a teacher of pre-school. percaya kamu, aku nie bakal cikgu. mampus budak aku jaga. *memang mampus* macam biasalah, aku akan sajikan kamu makanan paling sedap kat blog aku nie. GAMBARRR.

nie time aktiviti mula sudah

aku dapat tangkap aktiviti pertama saja, aktivti kedua, ndatau sudah aku kemana

kami main helang dan ayam

enang dan yul


lapar sangat lepas aktiviti

cik farah janudi dan ulat (memang nama dia ulat)

di belakang tabir

aku memang pemalas, jangan cakap




aktiviti berlangsung jam 8 dan habis jam 12lebih. sangat best, aku puas menari chicken dance. bergolek, bergelek. aku nda bergete ya. sampai malam saja, aku strungle pula buat PSV. penat, jam 2am aku tidur. 



karya aku. tangan aku. semua aku.


itu time aku habis sudah buat kerja. tiada kerja sudah mau buatkan? jadi buang masa dengan menconteng tangan. bantuan kawan aku si aina. thanks: )








NOTA :
*masa aku tengah buat entry ni, otak aku mau balik saja. cutikan?
*aku mau buat cerpen lagi.





AYUE : kalau kita tidak usaha, tidak akan ada hasilnya. jika kita usaha tapi sambil lewa, yang kita perolehi pun sambil lewa juga.

Monday, August 1, 2011

CIKGU SAFIAH.

Good day everyone terutamanya kepada yang comel loteh dan cantik ibarat permata diluar sana. haiii. biasanya aku melaporkan kegiatan diri aku di sudut rumah comel kepunyaan tuan dan puan besar tapi kali ini, secara langsungnya aku melaporkan dari kamar kecil yang memang kecil dan sedikit messy di keningau.iya cik puan dan tuan sekalian, saya di keningau sudah nie. tadddiiii pagi lagi bha saya di sini. menerima takdir.



Pagi tu agak kelam kabut juga, kami terpaksa patah balik ke kampung dari kk time tengah malam. kau ada? tiadakan? slow motion, mata pun hampir mau lelap sudah, aku cuba unutuk bertahan untuk menemani tuan besar agar dia tidak kesepian dan last-last nanti mengantuk. tapi aku give up lah dengan mata aku. lelap juga.




sampai kat kampung time mau dekat jam 3 sudah oh tuhan. bisuknya puasa lagi(aku uzur). aku sambung tidur aku dan terjaga kira-kira jam 6 dengan teriakan ulung dari tuan besar. grrr, pekak sudah telinga aku pa.




selepas berkemas dan siap, kami mula berangkat. gila lama juga jalan pergi keningau ikut jalan sipitang. tapi aku tabik gila babilah, lawa betul view kat tenom. tiada pencemaran langsung. tapi agak seram bila petempatan pun tiada=.=




bila sampai saja di sana keningau, kami pun urus jumpa pengarah H.E.P. siap sudah jumpa, bayar yuran dan terus blah pergi ambil barang dan masuk asrama. roomate saya cinaaaa ohhhh. ambil KPLI. yang lucunya, dia tidur seorang. dengar cerita dari dia a few days nie ada orang histeria. dia letak bawang, okay segala jenis bawang di sekitar tingkap dan dalam bilik pun ada.





saya jadi cikgu sudah. mandi dulu, bye.







AYUE: percaya dengan diri then baru serahkan pada ALLAH. kalau kamu nda percaya sama diri, macam mana ALLAH mau percaya sama kamu. kan?

Friday, July 22, 2011

its comes with tears

selamat sejahtera kepada semua bidadari dan bidadara sekalian. senyum kambing.



sekali lagi saya menderma hasil tulisan saya yang bodoh ini untuk dibaca, dihadam dan ditelan untuk kalian. terima kasih kerana mau telan okay? saya amat berpuas hati. sekian lama saya nda mengupdate blog ini, beberapa cerita terlepas.



gambar sampingan


Nama aku siti safiah. kena panggil selalu ayue. kenapa? aku pun ndatau bapa aku kenapa dia panggil aku ayue. umur aku sekarang 18tahun. aku dapat 4a-, 1a, 1b, 2c, 2d untuk spm aku tahun lalu. iya, aku tahu. keputusan yang agak cemerlangkan? 5A's tu. *maaf bersikap macam taik.



macam aku pernah cerita dulu kat entry aku yang sebelumnya, aku pernah memohon masuk maktab perguruan. God bless me, aku dapat tembus permohonan temuduga untuk ke maktab tu. mulanya, aku meraung juga ndamau masuk tapi bila difikirkan balik, aku ada bakat mengajar, cari kerja pun susah sekarang. lalu aku terima dengan hati terbuka.



Tapi nasib bukan selalu baik. aku memang selalu saja malang. setelah aku dengan rela hati ingin masuk ke sana, tiba-tiba aku terima berita yang aku gagal tembus temuduga itu. time tu, aku menangis semahu-mahunya. dalam dua hari juga aku berduka cita. aku jenis yang cepat motivate diri aku jadi nda hairanlah bila aku kecewa seberat mana pun, aku masih mampu imbangkan pelajaran aku. Syukur alhamdulilah.



aku buat rayuan lagi dengan harapan, aku dapat masuk ke sana. itu impian aku. aku cuma nda mau susahkan ibu bapa aku. membiayai kos pra-u yang agak tinggi. yalah, adik aku pun belajar masih. aku kesian dengan family aku.



setelah beberapa lama menunggu, aku pun mula sudah sebati dengan persekitaran pra-u, aku disajikan lagi dengan ke'malang'an diri aku. rayuan aku ditolak. AGAINNNNN. aku menangis. cuba salahkan diri aku, takdir aku tapi aku tahu semua tu dugaan dari tuhan. semua tu pasti ada hikmahnya. aku cuba telan pahitnya kenyataan yang boyfriend aku cakap. terima kasih, aku masih dapat sokongan dia dan kawan-kawan aku.



gambar sampingan


agak beberapa minggu lepas tu(minggu nie). tengah aku baringkan badan berisi di bangku kayu puan besar, tiba-tiba tuan besar menerima panggilan dari pakcik aku. Okay, anak dia pun memohon juga ipj tu sama macam aku. cuma dia nda tembus dua-dua peringkat. what i mean here, temuduga nda dapat, rayuan pun nda dapat. back to the topic. pakcik aku call tuan besar mau bagitahu yang anak dari dapat call dari kementerian. kena suruh hantar sijil. time tuhan saja tahu macamana hancur hati aku.




Kalau kamu tengok kat Fb aku, memang mengamuk betul aku. keputusan dia rendah dari aku. berapa kredit jak tapi boleh dapat.  kenapa berlaku dikriminasi disitu? apa mentang-mentang bapa dia pegawai, tuan besar tidak? sekurang kurangnya tuan besar tetap insan yang terhebat. malam tu, aku cuba kembalikan semangat aku yang hilang. sekali lagi, aku tidur dengan air mata mengalir dipipi.





esoknya(hari ini) aku pergi ke sekolah dengan perasaan yang enak. ya, saya tabahkan diri. lupa segalanya tentang benda yang cuma mampu buat aku menangis. bila balik saja, aku diperdengarkan lagi oleh puan besar. makcik aku call dia bbagitahu cousin aku dapat maktab keningau. time tu, aku terus masuk bilik and lock myself. crying alone. aku ndatau kenapa malang betul nasib aku.





kamu boleh bagitau aku kenapa begitu malang nasib aku? sampai situ, doakan saja aku.











AYUE: kenyataan hidup memang perit. Lalui atau bunuh saja diri.