Showing posts with label post pertama. Show all posts
Showing posts with label post pertama. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

dunia baru


Selamat pagi!




          Semalaman mengerjakan blog. Fuh! Agak penat. Mungkin bukan badan tapi lebih kepada fikiran, otak. Lebih banyak berkerja memikir bagaimana harus aku designkan blog aku itu. Lagi-lagi dengan template dan edisi baru blog, aku umpama budak kecil yang baru belajar bertatih.




          Akhirnya, aku selesai~ mungkin tidak secara sepenuhnya tapi aku kira itu satu kejayaan juga. Sekurang-kurangnya, bila ada mata yang singgah nanti, terasa juga kemeriahan blogku.



          Diam-diam, februari datang sudah menjenguk. Eh? Kemarin tanggal dua, aku menyambut ulang tahunku ke-20. Ahh! Terasa semakin tua bila sudah berapa di tanggal 2 ini. Cepatnya masa berlalu. Seperti baru semalam aku berada di tahun 2012, sekarang sudah 2013. Mulut masih tidak habis menyebut kecepatan masa, apa perlu dihairankan. Kuasa Tuhan.




          Sekarang jarum panjang tepat menuju ke arah 3. Lebih baik aku rehatkan mata, sebelum esok aku tidak dapat bangun. Selamat malam. Atau patut aku katakana selamat pagi. Ahh. Binggung.









Till then. Thanks for reading.

Friday, January 6, 2012

KANSER PAYUDARA ; mencegah lebih baik dari mengubat



haii and assalamualaikum u'ols.
HAPPY 2012, HAPPYYYYY NEEEWWW YEAAARR.


sorry agak lambat wish korang semua. aku sebenarnya baru saja mula kuliah. yesss, guyss. aku disini sudah, keningau balik. i miss my home so muchhh, my bed, my mum's foods. tapi apa kan daya, belajar dulu laa. bilang mau jadi kaya. *winkwink



Oleh kerana nie first entry aku dalam 2012 nie, jadi aku dengan sukacitanya ingin berkongsi ilmu. Pernah dengan tentang kanser payudara yang semakin galak menyerang kaum hawa yang lagi comels, kiuts, cantikss nie? Aku bet kamu semua pernah dengar kan? baru-baru nie, aku nda silap dalam beberapa bulan yang lalu boyfriend kawan aku punya mama kena bedah gara-gara nie kanser. Bila fikirkan memang mengerikan.



kanser payudara nie kan dikatakan penyerang nombor satu wanita dan yang aku search pula, dikatakan yang kanser payudara nie sudah berada ditangga kelima dalam menyebabkan kematian dikalangan wanita. WOW. bikin takut kan? Kanser payudara nie belum lagi diketahui apa penyebabnya tapi ada yang kata sebab faktor genetik. i not too sure laa.



ada beberapa gejala payudara yang kita sebagai seorang 'not yet a girl, not yet a woman' nie perlu tau dan aku rasa WAJIB tau. Ini untuk keselamatan kita sendiri juga. manatau laa kan. Nauzibillah jak laa. harap dijauhkan.

→  ketulan pada payudara. tanda nie paling selalu nie kalau kita mau tau. tapi nda juga semua tu  ketulan ada kanser payudara cuma lebih baik kita pergi cek saja di hospital atau klinik. tapi please, jangan sana satu malaysia kamu pergi minta cek. okayy ladiesss?



 ketulan kelenjar di bahagian ketiak. Ia akan membesar, so becareful girl.



→  cairan keluar dari puting. cairan seperti nanah atau darah keluar dari puting merupakan salah satu tanda kanser payudarah tau. kamu pernah kah alami something macam tu?






→  perubahan pada kulit payudara. perubahan tu bila kulit menyerupai kulit limau oren yang berlubang kecil. ini mungkin disebabkan barah sudah merabak dan salur limfa kita mungkin tersumbat. perubahan lain juga seperti perubahan bentuk payudara.



sebaiknya kita kena perhatikan sendirila perubahan payudara kita. kalau nda kita pun, siapa lagikan? nda kan mau suruh boyfriend pula. nie aku mau senaraikan 7gologan yang berisiko mau dapat kanser payudara nie.


 perempuan. lelaki pun boleh dapat juga tau. tapi perempuan lagi banyak peratus laa, lagi-lagi kalau kita masih dalam kitaran hadi. means, kita belum mau menopous la.






 sejarah keluarga. kalau mama kau pernah ada case macam nie, so be ready. kemungkinan besar kau dapat kanser itu sangat la tinggi.








→  sejarah payudara. kalau kau pernah hadapi kanser payudara nie, pernah jalani pembedahan and u survive, doesnt mean kau akan hidup dan penyakit ndakan datang balik. nahh, u're wronggg. pesakit yang pernah menghadapi penyakit ini kemungkinan yang tinggi untuk menghadapinya balik. bewareeeee.








→  sejarah haid dan peranakan. wanita yang mempunyai era reproduktif yang lama mempunyai kemungkinan yang tinggi. seperti orang yang datang awal bulan pada umur 9tahun dan menghadapi menopous pada umur agak lewat sekitar 55tahun. tapi dikatakan bahawa melahirkan anak pertama sebelum ibu berusia 30an akan mengurangkan kadar kanser payudara.








→  pemakanan. pengambilan lemak berlebihan boleh meningkatkan peratus kanser payudara. oleh sebab itu, kita disarankan mengambil banyak sayur-sayuran dan kurangkan mengambil lemak dalam makanan.








→  pengambilan hormon. orang sekarang nda pandai terima kenyataan dia menopous, so ambil laa ubat hormon gantian. memang ada kebaikannya benda nie tapi ada juga keburukannnya bila ia menyebabkan peratus menghadapi kanser payudara itu tinggi. lebih-lebih lagi lepas 5tahun mengambilnya secara berterusan. bikin takut kan?








 obesiti. wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang tinggi. so, jaga berat badan andaaa girlsss.








kalau dah tau tanda-tanda sama golongan yang berisiko, jangan lupa pula buat breast examination. jangan ingat tiada dalam gologan dan tanda-tanda pun tiada, kita nda mungkin akan kena. we still have to becareful. at least, mencegah tu lebih baik kan dari mengubati. 








breast examination nie kita boleh mulakan pada usia 20tahun. dilakukan pada 3 hari selepas datang bulan. kamu boleh ikut langkah-langkah seerti ini :








FIRST STEP


berdiri tegak di hadapan cermin.
perhatikan apa-apa perubahan pada payudara kamu.
dari tulang leher sehingga ke coli dan setiap lengan.
ulangi langkah ini dengan lengan di atas kepala.
cek kedua-dua payudara okay?



SECOND STEP


cekak pinggang atau letak tangan di belakang kepala.
picit payudara kamu.
perhatikan sekiranya terdapat sebarang perubahan.



THIRD STEP


picit puting sekiranya ada cairan keluar dari puting.


cek bahagian bawah lengan samada ada bengolan atau tidak pada bawah lengan.
cek betul-betul tau.




FOURTH STEP



baring, letak bantal dibawah pelikat bahu kanan.
letakkan tangan kanan kamu mengalas kepala.
aksi ini akan memudahkan kamu mengesan bonjolan payudara.
dengan telapak tangan kiri, tekan payudara mengikut pergerakan ke atas dan kebawah.
ulangi aksi untuk payudara sebelah kiri pula.







kamu boleh tengok gambar di atas untuk lebih jelas mengenai cara-cara pemeriksaan payudara dilakukan. disarankan juga memeriksa payudara seminggu sebulan selepas datang bulan termasuk wanita yang telah putus haid.  


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, dinasihatkan memeriksa selepas menyusukan anak.


 wanita yang berusia 35tahun ke atas tu, disarankan membuat ujian PAP SMEAR setahun sekali untuk dua tahun berturut-turut.



so, kamu semua dah tau kan cara macam mana mau cek payudara kamu sendiri selepas umur 20tahun. aku pun nda lama lagi, tahun depan kena mula cek sudah. demi keselamatan diri sendiri juga kan? hopely, entry ini banyak bagi kamu ilmu yang berguna untuk tahun 2012 ini.






















AYUE: hidup kena berjuang tidak kira apa saja yang kita lakukan.
























till then. thanks for reading.

Friday, May 20, 2011

maktab oh maktab

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA,
Malaysia.

Siti Safiah binti Danan,
D/A Danan bin Masalleh,
Perpustakaan, Jalan UMS,
88999 Kota Kinabalu,
Sabah.                                                    20 MEI 2011.


Tuan,
Rayuan Untuk Kemasukan ke Maktab Bagi Program KPLSPM Sesi 2011.

Berhubung dengan perkara diatas, saya Siti Safiah binti Danan ingin membuat rayuan untuk kemasukan bagi program KPLSPM sesi 2011 untuk subjek pra-sekolah.

  1. Saya benar-benar berharap dapat meneruskan pengajian dalam bidang perguruan. Hal ini demikian kerana cita-cita saya sejak dari kecil lagi ingin mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan dengan mengikuti program ini, saya berharap dapat merealisasikan impian saya itu.

  1. Kalau keputusan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi ukuran, saya berpendapat kelulusan akademik saya adalah cemerlang dan layak untuk mengikuti program tersebut. Saya telah mendapat 8 kredit dan 5A’s untuk Sijil Pelajaran Malaysia yang mana layak untuk program ini lebih-lebih lagi bagi subjek yang pernah ditawarkan kepada saya iaitu pra-sekolah.

  1. Selain daripada itu, minat saya yang amat mendalam terhadap profesion perguruan telah mendorong saya untuk mengemukakan rayuan ini ke pihak tuan.

  1. Dengan ini, saya sertakan beberapa sijil saya sebagai bukti. Saya amat berharap rayuan saya akan dipertimbangkan serta diluluskan agar peluang saya untuk mendidik anak bangsa akan terbuka luas. Kesudian pihak tuan untuk meneliti rayuan ini amat saya hargai.

Sekian saja untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan. Kerjasama tuan amat saya harapkan. Terima kasih dan wassalam.


YANG BENAR,


(Siti Safiah binti Danan)



















































p/s: Jangan percaya semua. Kebanyakan tipu sahaja. Wish me luck.