Showing posts with label tips si bodoh. Show all posts
Showing posts with label tips si bodoh. Show all posts

Monday, July 30, 2012

alamakkk! period lagi =.=

assalamualaikum semua. apa khabar? so, macam mana puasa ke-9 nie? kalau kawasan kk, ndalama lagi  berbuka nie. jadi orang kehel, jangan jelous yerrr. *trip2 puasa, padahal nda* 




happy bukan kepalang bila hari nie boleh dah mandi wajib. jadi esok dah boleh puasa. bila difikirkan balik, lelaki selalu cakap, perempuan best la dapat cuti ndapayah puasa, boleh makan-makan. tapi bagi aku, best lagi lelaki boleh puasa full sebulan. ndapayah mau ganti-ganti puasa macam kami yang perempuan nie. sesungguhnay, tidak dinafikan bahawasa memang best ndapayah puasa. dapat menikmat kurma yang manis dan sedap pada siang hari. meneguk air yang sejuk lagi dingin itu kala tekak ini kering akibat kepanasan yang melanda, TAPII KITAORAN KENA GANTI BALIK. SEDIH -_________-







ganti puasa nie benda yang wajib, dosa kalau kita nda buat. al-maklum la, hutang kita kat ALLAH. sedang hutang kat manusia pun ALLAH tuntut kita untuk membayarnya. apa lagi hutang dengan ALLAH. tapi kan, ganti puasa punya cerita nanti-nanti baru story-story. harinie, aku mau story-story tentang amalan yang kita boleh buat time period di bulan puasa nie. yalah, bulan ramadhan kan sebulan setahun jak. kita ndatau tahun depan, kita dapat berpuasa lagi ka nda. so setiap peluang yang ada tu, kita mesti guna dengna sebaiknya. 






bila tengah period nie, ada kaum hawa yang risau ndadapt gain pahala lebih. dala ndadapat solat, terawih pun ndadapat, baca Quran pun sama juga. apa kita mau buat nie kalau period? ndakan makan jak kan? bukan tambah kurus, tambah kunun gemuk =.=







time-tiem period nie, kita buat banyak benda sebenarnya. yang penting niat kita. antaranya yang kita beloh buat :



1.  Sediakan makanan untuk orang yang tengah puasa.


Yalah, diaorang kan penat tu puasa, jadi kita kaum hawa yang nda puasa nie bolehlah tolong   diorang sediakan makanan untuk berbuka. tu kira kita buat ibadah juga tu, menolong orang.



2.  Tolong ringan kerja orang yang tengah puasa.


Hah, yang nie kit aboleh buat kat rumah paling senang. kalau mama kita buat kerja, memasak ka sapu rumah ka, kita boleh tolong. gantikan mama kita sapu rumah. orang tengah puasa nie, lapar kalau penat cepat sangat marah. kita secara tidak lansung dapat gak tolong diorang kawal marah diorang. kan senang tu?




3.  Baca dan fahami maksud al-quran.


kita nda boleh pegang Quran kan? tapi kita boleh pegang tafsir Al-Quran kan? time period begini la kita boleh baca dan fahami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Sama macam kita tengah baca Al-Quran juga kan?



banyak benda yang kita boleh buat time period nie sebenarnya. salahlah kalau banyak yang fikir period nie bikin spoil mood puasa jak. itu dari kita jak bahh tu sebenarnya.




Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.

(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).







so, renung-renungkan dan selamat berpuasa!!!!






















till then. thanks for reading.

Friday, January 6, 2012

KANSER PAYUDARA ; mencegah lebih baik dari mengubat



haii and assalamualaikum u'ols.
HAPPY 2012, HAPPYYYYY NEEEWWW YEAAARR.


sorry agak lambat wish korang semua. aku sebenarnya baru saja mula kuliah. yesss, guyss. aku disini sudah, keningau balik. i miss my home so muchhh, my bed, my mum's foods. tapi apa kan daya, belajar dulu laa. bilang mau jadi kaya. *winkwink



Oleh kerana nie first entry aku dalam 2012 nie, jadi aku dengan sukacitanya ingin berkongsi ilmu. Pernah dengan tentang kanser payudara yang semakin galak menyerang kaum hawa yang lagi comels, kiuts, cantikss nie? Aku bet kamu semua pernah dengar kan? baru-baru nie, aku nda silap dalam beberapa bulan yang lalu boyfriend kawan aku punya mama kena bedah gara-gara nie kanser. Bila fikirkan memang mengerikan.



kanser payudara nie kan dikatakan penyerang nombor satu wanita dan yang aku search pula, dikatakan yang kanser payudara nie sudah berada ditangga kelima dalam menyebabkan kematian dikalangan wanita. WOW. bikin takut kan? Kanser payudara nie belum lagi diketahui apa penyebabnya tapi ada yang kata sebab faktor genetik. i not too sure laa.



ada beberapa gejala payudara yang kita sebagai seorang 'not yet a girl, not yet a woman' nie perlu tau dan aku rasa WAJIB tau. Ini untuk keselamatan kita sendiri juga. manatau laa kan. Nauzibillah jak laa. harap dijauhkan.

→  ketulan pada payudara. tanda nie paling selalu nie kalau kita mau tau. tapi nda juga semua tu  ketulan ada kanser payudara cuma lebih baik kita pergi cek saja di hospital atau klinik. tapi please, jangan sana satu malaysia kamu pergi minta cek. okayy ladiesss?



 ketulan kelenjar di bahagian ketiak. Ia akan membesar, so becareful girl.



→  cairan keluar dari puting. cairan seperti nanah atau darah keluar dari puting merupakan salah satu tanda kanser payudarah tau. kamu pernah kah alami something macam tu?






→  perubahan pada kulit payudara. perubahan tu bila kulit menyerupai kulit limau oren yang berlubang kecil. ini mungkin disebabkan barah sudah merabak dan salur limfa kita mungkin tersumbat. perubahan lain juga seperti perubahan bentuk payudara.



sebaiknya kita kena perhatikan sendirila perubahan payudara kita. kalau nda kita pun, siapa lagikan? nda kan mau suruh boyfriend pula. nie aku mau senaraikan 7gologan yang berisiko mau dapat kanser payudara nie.


 perempuan. lelaki pun boleh dapat juga tau. tapi perempuan lagi banyak peratus laa, lagi-lagi kalau kita masih dalam kitaran hadi. means, kita belum mau menopous la.






 sejarah keluarga. kalau mama kau pernah ada case macam nie, so be ready. kemungkinan besar kau dapat kanser itu sangat la tinggi.








→  sejarah payudara. kalau kau pernah hadapi kanser payudara nie, pernah jalani pembedahan and u survive, doesnt mean kau akan hidup dan penyakit ndakan datang balik. nahh, u're wronggg. pesakit yang pernah menghadapi penyakit ini kemungkinan yang tinggi untuk menghadapinya balik. bewareeeee.








→  sejarah haid dan peranakan. wanita yang mempunyai era reproduktif yang lama mempunyai kemungkinan yang tinggi. seperti orang yang datang awal bulan pada umur 9tahun dan menghadapi menopous pada umur agak lewat sekitar 55tahun. tapi dikatakan bahawa melahirkan anak pertama sebelum ibu berusia 30an akan mengurangkan kadar kanser payudara.








→  pemakanan. pengambilan lemak berlebihan boleh meningkatkan peratus kanser payudara. oleh sebab itu, kita disarankan mengambil banyak sayur-sayuran dan kurangkan mengambil lemak dalam makanan.








→  pengambilan hormon. orang sekarang nda pandai terima kenyataan dia menopous, so ambil laa ubat hormon gantian. memang ada kebaikannya benda nie tapi ada juga keburukannnya bila ia menyebabkan peratus menghadapi kanser payudara itu tinggi. lebih-lebih lagi lepas 5tahun mengambilnya secara berterusan. bikin takut kan?








 obesiti. wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang tinggi. so, jaga berat badan andaaa girlsss.








kalau dah tau tanda-tanda sama golongan yang berisiko, jangan lupa pula buat breast examination. jangan ingat tiada dalam gologan dan tanda-tanda pun tiada, kita nda mungkin akan kena. we still have to becareful. at least, mencegah tu lebih baik kan dari mengubati. 








breast examination nie kita boleh mulakan pada usia 20tahun. dilakukan pada 3 hari selepas datang bulan. kamu boleh ikut langkah-langkah seerti ini :








FIRST STEP


berdiri tegak di hadapan cermin.
perhatikan apa-apa perubahan pada payudara kamu.
dari tulang leher sehingga ke coli dan setiap lengan.
ulangi langkah ini dengan lengan di atas kepala.
cek kedua-dua payudara okay?



SECOND STEP


cekak pinggang atau letak tangan di belakang kepala.
picit payudara kamu.
perhatikan sekiranya terdapat sebarang perubahan.



THIRD STEP


picit puting sekiranya ada cairan keluar dari puting.


cek bahagian bawah lengan samada ada bengolan atau tidak pada bawah lengan.
cek betul-betul tau.




FOURTH STEP



baring, letak bantal dibawah pelikat bahu kanan.
letakkan tangan kanan kamu mengalas kepala.
aksi ini akan memudahkan kamu mengesan bonjolan payudara.
dengan telapak tangan kiri, tekan payudara mengikut pergerakan ke atas dan kebawah.
ulangi aksi untuk payudara sebelah kiri pula.







kamu boleh tengok gambar di atas untuk lebih jelas mengenai cara-cara pemeriksaan payudara dilakukan. disarankan juga memeriksa payudara seminggu sebulan selepas datang bulan termasuk wanita yang telah putus haid.  


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, dinasihatkan memeriksa selepas menyusukan anak.


 wanita yang berusia 35tahun ke atas tu, disarankan membuat ujian PAP SMEAR setahun sekali untuk dua tahun berturut-turut.



so, kamu semua dah tau kan cara macam mana mau cek payudara kamu sendiri selepas umur 20tahun. aku pun nda lama lagi, tahun depan kena mula cek sudah. demi keselamatan diri sendiri juga kan? hopely, entry ini banyak bagi kamu ilmu yang berguna untuk tahun 2012 ini.






















AYUE: hidup kena berjuang tidak kira apa saja yang kita lakukan.
























till then. thanks for reading.

Friday, November 18, 2011








hii. assalamualaikum. tiba ada mood pula mau merapuh, tangan macam ringan sangat mau taip apa yang aku mau merapuhkan ni. i wanna rite Something about boys. Dulu, aku selalu bayangkan lelaki yang perfect *perfectlah sangat*. Yeap, perfect like Koreaan actor. And im grown too fast to know that perfect guy is actually not even exist. Penat I berangan setiap malam. Okay, merapuh sudah.






Back to main topic, I wanna talk about a guys. Behavior of them which annoy me, you and other girl outside there. Actually, I don’t even know why they should act like this and guys, this stupid behavior. I’ve listed them mengikut perangai yang paling banyak mereka ada. Read, think and change(please girl, only for boys okay.)










1. Smoking


Aku pernah tanya kat sorang lelaki nie kenapa diorang mau merokok. Kamu tau apa dia jawab. “ nda cool la kalau nda merokok” kalau kau mati pun cool juga kan? Based on the research, boys smoking to make theirself more confident. Lagipun, merokok nie lambang kemachoan. Aku ndataulah sudut mana tah machonya. 


Nda semua perempuan suka lelaki yang merokok. Ada yang tahan sebab cinta, suka dan sayang. Ada yang strict *macam aku* nda bagi langsung merokok. Wahai perokok sekalian, tahukah kamu bahawa bahaya orang yang menghidu asap rokok korang tu lagi tinggi berbanding korang yang menhisap rokok itu sendiri. Nda cool la bagi awek hidu bau rokok korang tu. Macam wangi sangat. Kalau aku,dah lama pelempang aku bak kat korang. Serious aku cakap, aku nda suka.










2. Berlagak dan perasan

Aku tahu setiap lelaki ada feeling ala-la star. Bukan korang jak ada, perempuan ada jug tapi nda juga la melebih sangat macam lelaki yang ada feeling mau jadi Bruno mars atau Justin biebier. Yang paling bikin angin bila ada lelaki berlagak sangat. Dia pergi jaja kat satu kampung yang dia tu paling tere, kira taiko la kunun. Terus kat depan awek dia pun, berabis berlagak macam genji *cerita jepun* sekali bila datang geng hantu mau pukul dia, dia pula dulu lari. Ndapun, nyawa-nyawa ikan dah kena pukul. Serious aku cakap, nda banyak perempuan suka lelaki yang banyak berlagak. Perempuan senang jak, kau boleh jaga diri dan dia, sudah cukup. Nda perlu la kau pergi jaja kat orang yang tut ere gila babi.


Perasan? Kamu pernah ka kawan dengan lelaki yang sekejap-sekejap dia cakap ada perempuan tengok dia then senyum-senyum kat dia. Bukan sekali dua tapi berkali-kali dengan perempuan yang berbeza. Macam kira perempuan satu dunia tu suka kat dia? Pernah? Kalau pernah, sila bagi penampar sikit kat dia. Sikit jak ya. Mental dia nda betul tu. Ingat muka bajet hensem jadi boleh la mau perasan tahap mau mampus? Ish. Geli gelaman aku dengar. Mungkin diorang dok tengok kau sebab muka kau macam ayam mau kena sembelih. Siapa tahu kan?










3. Curang tapi muka kalah beruk

Agak masalah sedikit bila lelaki mau jadi playboy tetapi muka macam beruk kena pijak. Amboi ayue, melampaunya perumpamaan macam muka cantik sangat. Dah muka tu ndalah hensem sangat *sopan ayat* jadi kalau dapat perempuan cantik tu, hargailah sikit. Kalau muka kau macam justin biebier nda pa juga. Nie muka macam beruk, ada hati mau mengurat perempuan lain lagi. kalau muka perempuan tu sebijik macam dia ndapalah, nie dapat yang 100 kali lebih lawa dari dia, mau lagi cari lain. BONGO=.=




Banyak juga spesies yang nda mengenang budi macam nie. Okaylah, memanglah perempuan pun ada juga yang curang tapi kalau perempuan tu setia, setia la kamu kalau dah tau muka tu beruk pun takut mau tengok. Perempuan nie spesel sikit. Kalau dia setia, setia sangat sebab perempuan nda macam lelaki yang ada keinginan ingin memasang banyak. Jadi hargailah sikit kalau kau dah dapat yang terbaik dari lading tu.







4. Dressing kalah pondan kat kg.air

Agak dimaklumkan, kg.air ialah satu tempat di sabah dimana kamu boleh mendapatkan pelbagai khidmat wanita dan pondan, kadangkala gay. You know what type of service yang diorang akan bagi kan? Okay hell, stop. Aku tengok sekarang lelaki dressing amboi kalah aku. Bergaya gila. Kadang-kadang siap ada blink-blink lagi. berfikir aku, jantan ka nda juga tu. Aku paling nda suka lelaki pakai baju berbentuk V lehernya, terasa seperti gayboy pula. Serious aku cakap. Haritu, aku tengok cerita u’re beautiful (oh ya, cerita korea tu la tu). Lelaki dia punya main handsome dohh. But, when he’s wearing his V shape t’shirt, he looked like a gayboy. Serius, nda suka. A handsome face dressing like a gay, err im not really like it. 


Tapi kadang-kadang ikut minat dan keadaan body juga. Kalau dia ngam dengan V shape, okay la. Ohya, ada lagi. pakai baju ketat gila gila gila gila. Kenapa begitu banyak sebab lelaki yang pakai macam nie betul-betul nampak macam stipper. A GAYYYY. Kalau kau gay, okay. Im okay with it. GAY juga kan. Tapi kalau bukan, please, jangan memalukan diri pakai macam tu. 



Nauzubillah. Jauhkan dari si gendut. 






5. Poyo

Aku sebenarnya rasa ada juga baiknya lelaki poyo nie. Perempuan banyak juga yang suka tapi ada juga yang tak suka. Ada yang rasa macam mau tampar saja bila jumpa lelaki begini. Lelak poyo nie kadang-kadang bikin sakit hati sebab dia selalu saja perasan yang dia nie hebat. Senang mau mengurat perempuan. Kira macam bila dia dekat jak sama tu perempuan, dia boleh sudah ambil hati tu perempuan and the girl will fall into his arm. Shit. Ingat perempuan senang gitu eh? Berdarah hidung nie.


Ada satu artis, aku detect dia jenis yang poyo. Tapi seriously, dia memang charming. Handsome gila. Aku first time tengok muka dia rasa macam “yayyy, handsome” tapi sebab dia handsome, dan he’s know it, dia macam kelihatan sedikit poyo. Biasalah, muka bajet handsome, memang lah kan? 









6. Skema

Actually, most of girl like skema boys and most not including me. be friend with skema boy is great but make them as a boyfriend, ill think twice. Kadang-kadang couple sama orang skema nie buat kita stress. Yalah, skema mana suka main-main sangat. Perempuan pula suka. Skema kadangkadang no feeling dan perempuan ada. Oh yeah, tapi nda semua skema begitu. Ada yang diam-diam berisi. Aku pernah couple sama budak skema dan hubungan kami not last longer. dia bagus, pandai, and skema. Kadang-kadang dia siap ajar aku addmath lagi. kalau dulu, kami memang lovely couple sampai aku siap difitnah bermacam-macam oleh kawan sendiri. *janganlah terasa* kami ada great moment but yet. He still not my type babe. So, babai gaman la. 









So beware. Lelaki kadang-kadang susah dijangka. Lelaki pula, jaga-jaga dengan perempuan. Kami kaum yang sangat mementingkan diri. What I mean here, perempuan nie unik. Mereka suka sangat benda yang stream dan hebat. Tapi please, bila orang tu mau kan kita dan suruh kita ubah diri kita bagus fikir kamu dua kali mau sama tu orang. Sebab bila dia jumpa orang yang seperti dia mahu, kemungkinan kamu akan ditinggalkan amatlah tinggi. 














Okay bye lelaki handsome dan perempuan cantik.






























AYUE: sayang seseorang kerana hati dia bukan kerana fizikal. Fizikal mampu berubah sekelip mata tapi hati tidak.

Sunday, October 30, 2011

bawalah dia dating



Assalamualaikum trang tang tanggg. yihaa. okay, ignored that picture. saja jak tu letak, mau bagi ingat kat diri aku yang nda sudah-sudah berhenti makan nie. puan besar pun geleng kepala jak tengok aku. tengok, tengok, aku dah gemuk tau. *berdrama pula aku* aku rajin main burung sekarang, bukan burung yang itu yaaa. saya burung yang halal punya. #cis






aku hairan sebenarnya kenapa tiba-tiba saja orang cakap pasal cara mengurat saja nie. naik pelik aku. kerana aku naik pelik, aku pun tanpa segan silunya mau juga share pendapat aku. banyak sangatlah pendapat aku sana. pokoknya, aku mau share juga. aku mau, mau, mau. sambil hentak-hentak kaki dilantai. jomlah baca.







1. usha kawan orang yang kamu minat

aku bukan suruh kamu layan kawan orang yang kamu minat tu lebih-lebih. karang ada yang dia sama orang kamu minat tu jadi musuh gara-gara dia pun suka kat kamu. what i mean here, make her/his friend as your friend. jadi senanglah korang mau kurik dia tu ada bf kah belum kah. kau boleh tanya-tanya juga apa si dia nie minat, suka. tanpa bantuan diorang nie, misi kau mau mengurat tu mungkin akan gagal. yalah, ndakah gagal tu bila kau mengurat awek orang. masalah lagi. kau kecewa, bf dia meradang. see?





2. pastikan dia bukan milik orang

kalau kau mengurat sedaya upaya pun tiada guna kalau dia sudah berpunya. sia-sia saja. lain lah perempuan tu curang atau sanggup let go hubunga dia demi kau. tapi take my word, kalau perempuan tu berani da buat begitu kat hubungan dia untuk kau, nda semestinya dia ndakan buat yang sama untuk kau. tu gunanya kita mesti berkawan dengan kawan orang yang kita suka.


jangan jadi begini. oh please.





3. bagi senyuman manja kat dia

senyum begini okay

orang bilang senyuman itu sedekah. senyuman tu dapat kasih tenang hati orang. aku cadangkan kamu bagi senyuman yang lebar selebarnya kat dia. please, jangan lah jadi alien pula. biarlah natural bahh. baru lawa. manatau ia jatuh cinta kat kau sebab senyuman kau. atau maybe tertarik denga kau sebab senyuman kau. ada orang begitu. trust me!!






4. kalau dapat nombor, mau buat apa?

kalau ada manusia tanya begini aku, memang aku bagi sikit pelempang. ecehh. gurau jak laa. kalau sudah dapat nombor orang yang kamu suka tu, information pun sudah dapat, sms lahh si dia. guna segala yang sudah kamu kurik dari kawan dia. mungkin kau akan hilang word, jadi apa yang kau tau pasal dia, ceritala. tapi be yourself bukan mau jadi fake. tiada siapa suka orang yang fake termasuk kamu juga. kan?





5. bagi hadiah kecil bukan besar

bagi hadiah kecil dulu, kalau perempuan jangan bagi hadiah besar sangat takut dia suka kat kau sebab kau nie suka bagi hadiah pula. bukan sebab kau adalah kau. lagipun, bagi hadiah sebab mau romantik sikit jak bukan sebab kau mau tunjuk lagak kau tu kaya ada harta tujuh keturunan nda habis makan. make it simple tapi jangan memaksa. okay?


comel







6. bawa dia keluar

kalau kita mau mengurat tu orang, kita bawa la dia keluar. kalau perempuan, korang pancing-pancing la lelaki tu supaya teman kamu keluar. time tu, jangan pula kamu buat dai boring dengan segala cerita tentang diri kamu jak. cuba sekatakan, ceria tentang diri kamu, cerita juga tentang si dia. kalau aku pun asyik pasal kau saja, boring juga. rasa nak bagi-kasut-tinggi-sebijik pun ada. ada paham?






7. rajin call dia

at least, sekali sehari. supaya dia tau kita ingat sama dia setiap masa. tapi jangan kau pergi call tiap hari sampai dia tiada masa mau buat kerja sendiri. give her/him a time. call bila kamu rasa sia sudah free dan kamu pun free. kalau nda dapat call, sms setiap hari pun okay cuma pastikan sms tu bukan sms yang membosankan dan sms jiwang melebih-lebih. ada jenis orang pandai geli sms melebih-melebih.





8. point bagi mereka lelaki, layan dia bagai pemaisuri

perempun sangat suka dimanja, dilayan penuh kasih sayang. senang sangat mau cair. jadi kalau kamu rasa, kamu ada hati kat dia bersungguh-sungguh mau ajak dia couple, apa lagi kamu mesti layan dia dengan baik. sepenuh masa. yalah, kalau dah sebelum couple pun kamu nda mampu bagi masa untuk dia apa lagi kalau sudah couple. kesian pasangan kamu terbiar. ingat, perempuan suka dilayan seperti pemaisuri.


kenal kamu?




9. run into her/him

kalau kita mau dia ingat tentang kita, sms pun senang, kita buatbuat lah jatuh kah apa kah depan dia. terlanggar bahu kah then cakaplah sorry. si dia ndakan lah meu benci kamu sebab iu ja pun. cool laa. kawan-kawan dia kenal kamu, dia pun boleh recognise kamu bila kamu tetiba jak sms dia. kan senang tu. ndapaya juga dia mau berfikir siapa  yang sms sia, orang yang mana satu. kan? cuma jangan la buat benda yang memalukan depan dia pula ya.








10. kalau dah yakin tu, bawalah couple.


kalau dah yakin dia suka kan korang, bawalah couple. bagi perempuan pula, aku syorkan tunggu jak laa. kalau dia betul suka, dia bawa couple. kalau nda, apa boleh buat. bukan rezeki kita. cuma jangan laa kita mau confess kat lelaki tu kita suka kat dia. banyak dia punya risiko. one of them, dia mungkin terus reject kamu dan kamu kecewa + malu. tulahh susah kat perempuan nie, tapi di jepun banyak yang perempuan dia sendiri mengaku cuma agak memalukan bila di Malaysia nie. tapi yang aku boleh syorkan, korang bagilahh hint kat dia. contoh macam cakap kat dia korang rindu kat dia laa.  tapi jangan cakap korang rindu secara terus, bagila ayat berbunga sikit. perempuan kan paling tere bermadah-madah.









apapun, yang paling penting kita jadi diri kita yang sebenar. kalau kita jadi fake hanya sebab kita mau jadi orang seperti mana si dia mau, ndakan lama punya itu. lainlah, kalau kau mau hubungan setakat one night stand jak. tu ndapayah tips begini pun kau boleh dapat punya. senangkan? be yourself peeps.








AYUE : mengarut ka mencarut aku nie.

Thursday, September 22, 2011

AKU BUKAN MILIKMU.


assalamualaikum perempuan yang sakit hati dan lelaki bikin menyampah. aku kembali lagi dengan muka seposen sedang membuat membuat kerja kursus TMK. nda tau? buat-buat tau saja. aku sebenarnya tiada cerita, terlalu sibuk sampai tiada waktu untuk berkongsi cerita suka duka aku di IPG nie. *cewaah










al-sedia maklum la aku tengah sibuk gila babi sekarang nie jadi aku malas mau update cerita aku. cuma sekarang aku on mood mau share tips. alaa, macam biasa lah. tips bodoh + sempoi dari aku. dari penulis yng perasan diri dia kiut comel loteh. hakhakhak. (macam setan)





dimulakan cerita, dulu aku punya kawan. kawan aku nie cinta mau mati kat awek dia. bila aku cakap gila mau mati, serious memang gila mau mati. bukan cubaan punya ya macam kat filem p.ramlee tu. dia dok meronta sana, moranta sini lagak bagai orang 1/2 otak sudah. mana nda aku cakap begitu, tiap hari cerita benda yang sama. cakap itu, ini. macam mana mau lupa kat awek kau tu? aku ada bagi juga tips kat dia, ntah dia ikut atau tidak. tapi aku boleh pasti dia mesti nda ikut punya sebab bila aku tanya mesti jawab, tengoklah dulu. see? dia yang ndamau bagi lepas tu awek dia. oleh kerana itu, dengan kuasa yang diberikan oleh blogger sekalian, aku ingin sekali menyampaikan beberapa tips untuk menangani masalah ini.







1. buang segalanya tentang dia.





mula-mula break off tu, mesti korang cakap ' aku akan simpan segala kenangan kita berdua' WTF!! nda boleh jadi lagi bodohkah cakap macam tu? kenangan dalam fikiran tu memanglah susah mau buang. tiada menatangnya aku mau suruh kau buang kenangan sehidup semati kau dengan bekas awek kau tu. sekrang aku mau seuruh kau simpan, pack bagus-bagus kalau nda mau buang kat tempat yang pastinya kau ndakan mau buka lagi lepas nie. contoh macam baju couple korang. apa kata korang simpan jak kat kotak baju tu? yalah, dari korang dok nangis-nangis tengok baju tu? comee onnn laaa.




2. janganlah stalk laman sosial dia sot.




kadang-kadang aku nda habis fikir kenapa bila dah break pun, masih juga kita mau stalk laman sosial (Fb, twitter, blog, segalanya). bila bekas awek tu post macam-macam, situlah mula mau nangis. dia cakap tentang kitalah, dia bahagia lah sudah. So what the hell if dia bahagia? kau yang bodoh sangat nda mau move on kenapa? masih juga tertinggal meraung sampai anak tekak pecah. kau remove kah dia jadi friend kau. mungkin dia akan cakap kau nda profesional tapi siapa dia mau judge kau? sudah buat kau sakit hati, ada hati pula mau cakap tentang kau. amboiiii, kasih diftong sikit kat dia. yang penting, hati kau. dari terus rasa sakit sampai nda boleh move on? bagus kasih vanish terus dari kehidupan.
*diftong adalah gabungan dua huruf vokal seperti oi. cuma 3 jenis diftong; au, oi, ai








3. masih simpan nombor dia? adik dia? mama bapa ipar duai dia?


kalau masih simpan, jujur aku cakap lebih baik buang. bila kita simpan nombor orang yang selalu kita meseg bila bangun, tidur, makan sampailah berak, rasa tangan tu nak gatal sangat pergi mesej bekas awek kita tu. bila dah mesej, si bekas awek pun reply dengan perasaan malas. kita yang masih inginkan hubungan itu terus berlangsung akan mula memujuk sehingga si bekas awek tu jadi muak mau layan. bila dah jadi muak, situlah mulanya pergaduhan, bila dah bergaduh, situlah air mata/hati sakit datang kembali. well, normallah begitu. bila dah break tu, autolahh delete nombor dia. meseg dia pun buang saja semua. jangan mau simpan. bikin tambah sakit hati lagi adalah. bukan tambah senang hati.



4. bila kat sekolah, mall or etc, mengelaklah.

Aku bukan ajar korang supaya bermusuh tapi soal hati nie bukan boleh bawa main. ada kata yang cakap "seminit boleh jatuh cinta tapi seumur hidup untuk melupakannya" sebaiknya korang mengelak jak lah kalau terserempak dengan bekas awek korang tu. kalau korang asyik mau terserempak jak, bekas awek  tu pun naik menyampah. bukan tu jak, rasa ingin lupakan bekas awek korang pun susah. yalah, asyik dok mau ikut dia jak. macam mana mau lupa. lagipun bila kita mengelak, kita dapat kurangkan rasa sakit hati kita tu. contoh nya begini, bila kita jumpa dia mesti hati kta jadi sayu. bila hati sayu, mesti teringat rasa sakit bila korang berdua break tu. jadi solutionnya, better korang mengelak jumpa dia. tiada orang mau sakit balik-balik bah.






5. tukar rutin korang. jom?

dulu bangun, meseg dia. tidur mesej dia, mandi meseg dia. berak pun meseg dia juga. *amboi. sekarang tangan pun gatal mau meseg dia. kata nda biasa lah tanpa meseg dia, nda dapat tidurlahhh. pfttt!! korang ubahlahhh rutin korang. macam dari nda rajin belajar, korang jadi rajin belajar kaa. nda pandai shopping, pergi shopping ka? okay, ajaran sesat. tapi yang penting krang ubah. aku ulang, KORANGGGG UBAHHHHH. korang ndamau ubah, bahhh teruskan lahh rasa sakit hati korang tu.



6. carilah awek baru, senang cerita.

kalau susah sangat, cari jaklah awek baru. cari awek baru bukan untuk lupakan dia tapi untuk cari cinta baru. sekarang mungkin korang rasa susah tapi just try, manatau korang ada ansib lagikan? dapat yang lagi bagus dari dia. kau juga yang untung. kan? tapi ingat, korang jangan cari cinta untuk lupa sebab kalau begitu niat kamu, sampai bila pun korang ndakan dapat lepaskan dia. kawan aku dah pernah try. dia couple dengan orang lain, fikir dia akan dapat lepaskan lelaki tapi kenyataan dia, dia mau lupakan lelaki tu guna lelaki lain taht hy, dia nda dapt lupakan. tapi now, dia dah boleh move on. dia lepaskan lelaki tu dan bahagia bersama bf dia sekarang.









life must go on juga walau apa pun jadi. ndakan sebab dia sama kau break, kau mau meraung macam tiada sudah perempuan lain dalam hidup nie. cuba korang buka mata korang besar-besar, lihat kat kiri kanan korang, nampak tu perempuan comel loteh tengah senyum manja kat korang mau minta kena tackle. trust me, mesti ada juga tu yang sangkut kat korang tu.









AYUE : kau istimewa jadi jangan hukum diri hanya kerana secebic cinta yang bukan milik mu.

Wednesday, July 13, 2011

Ini baru entry ayue. Tips si bodoh.

Assalamualaikum pembaca yang cantik dan kacak semua.



Aku masih lagi bersedih. Well, apa yang berlaku bukan senang mau dilupakan lebih-lebih lagi kejadian tu jadi depan mata kau sendiri. Tentulah susah mau padamkan dari ingatan. Walaupun begitu, hubungan aku dan bf aku semakin baik dari dulu. Dari suka gaduh bertekak, kami sekarang lebih akrab dan bahagia. Alaa,macam mula-mula bercinta pun ada nie.



Hikhik.




Biarpun aku bahagia tapi disisi aku tetap ada insan yang aku kira bernasib malang punya kisah cinta pahit. Kadang-kadang bila aku dengar dia bercerita, tertangkap juga air mata nie mengalir disudut yang sepi. Cehh, ayat dramatic pula aku. Tapi seriously, he’s caught my tears.



Oleh itu, aku mau kiranya bantulah umat manusia yang diluar sana dengan beberapa tips bodoh dari aku. Harap membantu.




1.       Bagi hadiah tiba-tiba
 
Kamu tahukah ada sesetengah orang tu sangat suka kalau kena bagi hadiah tiba-tiba. Yalah, kamu tengah bergaduh, hubungan hambar jak macam kena tampar malaikat. Hadiah secara tiba-tiba boleh bagi suasana menjadi meriah sedikit. Nda perlulah yang mahal-mahal. Cukup sekadar kenangan untuk si pasangan tanda kamu mencintai dia. Lebih romantik kalau kamu bagi dia yang hand-made punya. Mesti nampak lagi ikhlas gitu.



2.       Cerita kenangan manis bersama

Cuba kalau time jumpa kah atau pun time bercall kah kamu cuba ungkit suasana manis kamu yang lalu dengan pasangan. Macam cerita first time jumpa dia macamana rasa, masa first time keluar dating dengan dia kah. Cubalah.  Cara nie aku selalu guna. Best, rasa macam disayang. Hubungan pun akan penuh dengan gelak ketawa. Tapi ingat jangan ungkit kisah pahit okay?



3.       Tulis love letter

Mesti kamu fikir benda nie terlalu jiwang atau pun terlalu lapuk kan? Kamu tahu kah yang benda lapuk-lapuk begini adalah trend yang agak jarang digunakan. Trend macam nielah bila sekali kamu guna pergghhh memang jadi punya. Lebih-lebih kalau mau pujuk pasangan. Takat mau tulis kat emel, fb, twitter tu benda biasa orang dah guna. Nie benda yang lain sikit. Agak childish tapi comel.




4.       Bercuti or take a long walk

Ada sesetengah orang tu boleh bercuti, pergilah bawa awek/pakwe tu bercuti. Alaa, pergi dekata-dekat pun ndapa bha. Yang penting Cuma ada kau dan dia jak. Kalau yang nda boleh tu, apa kata kamu ambil cara bawa pasangan jalan-jalan. Bukanlah pergi shopping mall tengk wayang atau apa tapi pergi beachkah pergi berjogingka ndapun try tu kereta api. Tu kan sekarang orang beria-ria mau cuba. Kamu bawalah pasangan pergi cuba. Bukan saja dapat luang masa tapi dapat jaga kesihatan lagi. Kan bagus begitu?




5.       Pergi k-box, nyanyikan untuk dia

Biasanya ini aktiviti sang jejaka. Yalah, ingin kelihatan romantiklah konon mau nyanyikan ceweknya. Hakiktanya, perempuan pun boleh juga bha try. Ingat lelaki jak kah mau tunjuk feeling. Kita pun boleh apa. Aku cakap nie sebab aku memang suka masuk k-box nie then nyanyi untuk dia. Pilihlah lagu yang best, yang cintan-cintun punya. Tapi janganlah pilih yang kamu nda pandai nyanyi terus teda kaitan lagi. Macam siok sendiri. Itu jangan. Karang pasangan kamu yang naik bosan dengar kamu melalak macam orang gila baru lepasa dari hospital bahagia.



6.       Share makanan, jangan kedekut

AKu pernah dengar yang bila kita share makanan dengan orang kita sayang tu, hubungan kita akan panjang. Aku ndataulah betul atau tidak tapi pada pandangan aku, sharing food dengan pasangan tu sweet. Sebab kita sayang dia, jadi kita pun mau dia rasa apa yang kita rasa. Nie untuk mngelakkan rasa kedekut juga kali kat dalam diri. Itu aku nda boleh cakap. Apa salahnya kita try kan? Untuk eratkan hubungan juga.



7.       Relakan saja dia pergi

Kalau nda Berjaya juga, aku pun dah nda tau mau cakap apa lagi. Mungkin sampai disitu saja jodoh kamu atau aku punya cara nie berlainan dengan cara dia. Itu aku ndatau. Cuma kalau berul dia dah tiada feeing dengan kamu, kamu lepaskan sajalah dengan rela hai. Cinta bukan boleh dipaksa. Lagipun, bukan semua yang kita sayang itu akan jadi milik kita. Kadangkadang kita kena korbankan diri juga demi dia yang kita sayang atau lebih tepat demi diri kita agar tidak terseksa.




NOTA KAKI:
Belum semua lagi cara nie aku amalkan Cuma hampir dah dan kebanyakannya Berjaya. Aku harap kamu begitu juga. Maghrib mula berasut pergi dan aku masih disini menaip macam orang gila. Peristiwa minggu lepas banyak mengajar aku yang hidup ini singkat. Bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nyawa kita. Thanks.




AYUE: bukan semuanya yang kita mahu itu akan jatuh ketangan kita. Kadangkala, kita kena tempuhi segala susah payah barulah kita dapat memilikinya. Hargai apa yang ada kerana mungkin apa yang kita mahu boleh mengakibatkan kita kehilangan apa yang kita ada.