Friday, October 7, 2011

CERPEN #part 2 ; Memori

sambungan dari CERPEN #Part 1 ; Memori



Tahun 1599

            Kawasan kami di cerobohi mereka. Insan tidak berperikemanusian yang hanya inginkan wanita dan makanan sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka bunuh. Manusia berhati syaitan seperti mereka seharusnya di lenyapkan dari muka bumi ini.
            “Hoi kamu.mari sini sekejap.” Dia memanggil Latifah. Latifah melihat ke arah ku.
            “Apa yang kau lihat apa dia. Aku panggil kamu bukan aku menyuruh kamu melihat dia.” Seorang dari mereka menarik tangan Latifah. Hatiku panas. Ingin saja aku parang kepala mereka.
            “Kamu nie cantik juga ya.” Mereka memegang-memegang tubuh Latifah. Latifah ketakutan. Tiba-tiba, baju latifah dikoyakkan.


            “Begini baru nampak lagi cantik.” Kawan mereka mengoyakkan lagi baju latifah sehingga Latifah menjadi separuh bogel. Latifah menangis. Aku masih berdiam diri, terpaksa menahan amarah.
            “Ini tidak cukuplah.” Lelaki botak datang dari belakang. Dia menyuruh orang memegang latifah, dipaksanya latifah menanggalkan kain pelikat yang dipakainya. Aku bertambah panas hati. Tidak dapat lagi aku menahan bila kaumku dimalukan sedemikian rupa.
            “Kurang ajar punya manusia. Kamu tidak punya hatikah memperlakukan seorang gadis seperti itu. Lepaskan dia!” Aku bingkas bangun bersama parangku. Aku hanya ingin menyelamatkan Latifah.
            “Wah, wah. Ada orang nak jadi pahlawan wanita di sini.” Si botak mengelakkanku.
            “Ini aku punya, kamu urus yang lain.” Dia cuba mencapai ku, aku layangkan parangku ke mukanya. Berdarah.
            “Kamu ingin bermain kasar dengan aku ya?” sekilas mata sahaja dia berjaya menjatuhkan aku. Parangku jatuh menyembah tanah dan aku kini ada dipelukan lelaki bangsat itu.
            “Kan aku sudah bilang!” disusuli dengan ketawa besar.
            “ABANGGGGGGG IQRALLLLL!!!!” Aku menjerit. Lelaki botak itu menutup mulutku. Tanganku diikat di tiang.
            “Aku akan tunggu sehingga abangmu datang mencarimu. Biar dia lihat bagaimana aku meratapi badanmu, si cantik.” Si botak ketawa terbahak-bahak.



Tahun 2010

            Malam sudah tiba. Malam citra seni sudah berakhir. Tarian yang aku persembahkan bersama dengan rakan-rakan ku cukup menghiburkan penonton. Aku puas bila melihat senyuman di muka penonton-penonton. Seperti aku telah di bayar dengan sejuta ringgit untuk melaksanakan tugas ini.
            Cik Raziah menghantar kami balik ke hostel. Dia cuma mampu menghentikan kami di depan hostel kerana dia sendiri berkejar masa.
            “Aku takutlah Lyan. Kau tak takut ke?”
            “Kau nak takut apa mas?” Kawan ku yang lain juga ku lihat agak ketakutan.
            “Kau tak tahu ke tempat nie di katakan ada perogol.”
            “Kau janganlah risau. Takkan ada apa-apalah.” Sedang aku memenangkan mereka, aku seperti merasa ada orang sedang mengikuti kami.
            “Lyannnn, Masssss, Nizzzz!!! Haaaaahhhh”  tiba-tiba aku terdengar jeritan Suri. Aku mencari-cari ke mana dia. Aku mencapai sebatang kayu, aku menyuruh rakan-rakanku berpaut kepada aku.
            “Surii? Surii?” AKu menjerit namanya. Aku lihat samar-samar bayang seorang lelaki.
            “Kau lepaskan dia.”
            “Aku tak mahu.” Jerit lelaki itu. Aku mula menghampiri dia. Tingg!! Bunyi barang terjatuh. Nasib menyebelahiku. Lelaki itu terleka, aku dengan pantas memukul leher lelaki itu. Memang Suri berada si genggaman dia. Mas dan Niz segera mendapatkan Suri. Aku pukul berkali-kali badan lelaki itu sebelum meninggalkan dia pergi.



Tahun 1599

            “Mana kak Lyani?” Tanya iqrall. Hatinya mula risau memikirkan isterinya seorang itu.
            “Tadi saya lihat dia ada di sawah dengan kawan-kawannya.” Kata Alkam.
            “Abanggg Iqrall!! Kak Lyani kena tangkap oleh geng botak.” Jerit budak kecil yang menyaksikan semuanya.
            “Apa!!! Mereka di mana?”
            “Di rumah sawah.” Iqrall bingkas bangun dan mengambil parangnya. Dia harus segera, dia tidak mahu isteri kesayangannya terjadi apa-apa.
            “Syaitan!!! Lepaskan isteriku. Berhadapan kau dengan aku.” Iqrall menjerit diluar pintu. Botak tersenyum.
            “Kau kepung lelaki itu. Aku mahu  dia diikat.” Arah botak. Anak buahnya turun dan mengepung Iqrall. Iqrall tidak terdaya bila mereka menggunakan nama aku. Dia hanya mengikut.
            “Jadi ini abang Iqrall kau?” botak mencium pipiku. Iqrall panas hati. Dia meronta-ronta agar ikatannya terlepas. Aku menangis. Bajuku dibuka perlahan-lahan di hadapan Iqrall. Aku tidak terdaya, suara Iqall habis menjerit agar aku tidak diperlakukan sedemikian.
            “Kau jangan nak melawan cakap aku. Aku mampu buat apa saja.” Botak ketawa terbahak-bahak. Aku berbogel, tubuhku habis diratah oleh manusia syaitan itu. Aku lihat air mata Iqrall mengalir. Kesian sungguh suamiku.



            “Jantan bodoh!” Aku jerit kepadanya.
            “Siapa? Lelaki ini?” Botak menarik rambut Iqrall.
            “Kau lihat betapa murahnya isterimu. Kau lihat!!”
            “Kau jantan cilaka. Kalau kau berani, ke sini kau. Lepaskan ikatanku. Akan ku tamatkan riwayatmu sekarang juga.” Kemarahan Iqrall membara.
            “Tidak semudah itu. Aku ingin lihat wanita ini terseksa.” Dia mengambil parang milikku. Dia letakkan di leher Iqrall. Tidak sampai sesaat aku dengar suaranya, Iqrall disembelih di hadapanku. Aku menjadi kaku.
            “Iqralllll!!!!!!!!” menjeritlah sekuat hatimu. Ketawa botak kedengaran seluruh rumah. dia berlalu pergi, anak buahnya melepaskan aku.
            “Kau akan menerima balasannya.” Mayat Iqrall aku papah, aku mandikan dan aku kebumikan.



Tahun 2010

            Lyan mengurut-urut dadanya apabila dikejutkan oleh Zelka yang menyapah dari belakang.
            “Lain kali, kau bawa sekali topeng hantu kau. Biar aku mati pengsan di sini.” Kata Lyan mencebiskan marahnya. Zelka masih lagi ketawa.
            “Relaks lah kawan. Aku saja je nak main-main dengan kau.”
            “Yalah tu.” Aku membuka kembali diari putih itu. Niat ingin menyambung pembacaan terbantut apabila Zelka mula mengeluarkan topic yang menarik.
            “Kau pernah dengar tak tentang satu lagenda? Nie cerita orang dulu-dulu. Aku pun tak tahulah betul atau tidak. Mengenai seorang gadis yang kehilangan suaminya lalu dia membalas kembali.” Diari itu aku tutup. Aku tumpukan dengan cerita Zelka.
            “Tak pernah. Ceritakanlah dengan aku.”
            “Perempuan itu dirogol di depan suami dia. Lepas itu, dia nak balas dendam kat perogol dia tu. Sebab perogol itu bukan saja rogol dia tapi sembelih suami dia. Memang cerita dia agak seram sedikit.” Zelka menceritakan aku.
            “ceritanya umpama cerita Lyani.” Kataku di dalam hati.
            “Yang  orang tu cerita kat aku lagi, perempuan tu guna kuasa sihir bunuh tu perogol dia. Yalah, tiba-tiba saja perogol tu boleh mati kat tangan perempuan tu.”
            “Dari siapa kau dengar nie?”
            “Arwah nenek aku.”
            ‘Oh, dah arwah. Kira-kira boleh ke aku pergi kubur nenek dia tanya ya’ kiraan bodoh ku di dalam hati.
            “Eh, Lyan. I need to go oh now. Kau take care sajalah ya. Bye.” Aku masih menghitung apa betulkah cerita Zelka bahawa Lyani menggunakan kuasa sihir untuk membunuh si botak.




Tahun 1599

Dengan dendam yang membara, aku kembali ke rumah itu. Rumah yang membuatkan aku kehilangan segalanya.
            “keluar kau!!!”
            “Ohh, tidak serik lagi rupanya kau atau kau sudah mula rindukan aku?.” Botak keluar melihat.
            “Kalau aku rindu macam mana? Kau mampu hendak memberi?” aku tersenyum manja. Sengaja ingin menarik perhatian lelaki durjana itu.
            “Apa kau kira aku sudah tidak mampu?”
            “Kalau kau mampu, ke mari kau di hadapanku. Kali ini, aku sedia memberikan kau daging tubuhku untuk kau jamah sepuasmu.” Aku memegang parang yang aku sembunyikan dibelakang bajuku. Aku tahu lelaki berhati syaitan seperti dia tidak akan melepaskan peluang untuk meratapi badan wanita seperti aku. Dia melangkah secepat mungkin menuruni tangga. Mukanya aku lihat seperti lelaki yang tidak pernah terjumpa nasi. Rakus!
            Aku tidak banyak cakap, aku menunggu botak emnghampiriku lalu menikam dia dengan parangku. Aku penggal kepalanya. Perbuatan ku tidak dijangka dan aku tahu, dia sendiri tidak menjangka memandang difikirannya aku ingin memberi dia kepuasan dunia.
            “Berani kamu masuk? Akan ku patahkan tengkuk kalian menjadi seketul. Nyah kalian dari sini, bawa sekali bangkai busuk ini. Keluar dari kampungku.” Mereka tidak berani mendekatiku kerana amukan ku masih di rasai. Dendam di hatiku tidak akan pernah padam. Di hadapan suamiku, aku diperkosa. Di depanku, suamiku di sembelih.
            “Apakah sudah nasib kita abang.” Aku menangis meratapi pemergian Iqrall.




Tahun 2010

            Di bilik kuliah tarian, Lyan sibuk mencipta langkah baru. Tanpa di sedari seorang lelaki sibuk memerhatikan dirinya. Lelaki itu bagai leka sebentar melihat gerak halus Lyan. Grak Lyan terhenti bila terasa ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya. Dia hanya tersenyum melihat lelaki itu dan terus menyambung geraknya.
            Lelaki itu masih lagi memerhatikan Lyan biarpun kini Lyan sudah selesai gerakannya.
            “Siapakah kamu?” Lyan mual menyoal lelaki itu.
            “Kalau iya pun, bagilah saya  duduk dahulu.” Lyan memberikan ruang.
            “Siapa kamu?” Lyan mengajukan soalan yang sama.
            “Iqraill” dengan cepat, Lyan memandang Iqraill. Hatinya bersuara, apa ini kebetulan atau memang takdir?
            “Kenapa?” Tanya lelaki itu pula bila melihat Lyan terpaku.
            “Tak ada apa-apa.” Lyan tunduk. Menyembunyikan rasa gugup yang dia rasai.
            “Okaylah. Saya nak cepat nie. Nanti saya cari awak balik.” Dia berlalu. Lyan masih berdiam diri.
            “Lyan?” Lyan mengangkat muka.
            “Awak cantik. Berani. Baik. Saya suka awak.” Iqraill terus berlalu. Lyan terkedu.
            “Lyani, kenapa takdirmu seperti tertulis semula?”



Tahun 1599

            Alhamdulilah. Akhirnya, aku selamat melahirkan seorang anak lelaki. Wajahnya amat mirip dengan Iqrall. Bukan saja aku tapi yang lain juga berkata begitu.
            Aku kucup lembut ubun-ubunnya, air mata ku mengalir.
            “Sayangnya abang tiada di sini untuk melihat anak kita.” Rantai pemberiannya dahulu, aku genggam erat. Aku pasti akan lebih bahagia selepas ini dengan kehadiran anak ini.







THE END



wrote by AYUE.

1 comment: