Monday, January 18, 2016

HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)

Haii, Assalamualaikum!





Ada orang yang susah hendak menghargai orang lain. Selalu mahu salahkan orang lain. Selalu hendak cari salah orang. Terlalu banyak yang begitu, terlalu banyak yang lupa.




Manusiakan memang jenis alpa.






Sebelum tu, Happy New Year kalau belum terlambat. Sebab aku pun manusia yang alpa juga.
Aku tidak tahu sebab apa manusia suka saling salah menyalahkan, saling tuduh menuduh, saling rasa tidak berpuas hati. Sampai hilang kawan, hilang sahabat.





[Sumber : google]




Padahal benda mudah, boleh selesai dengan bercakap. Tapi manusia tidak mahu guna penyelesaian seperti itu. Mahu yang sukar, yang susah hendak selesaikan. Pelik kan manusia? Aku rasa pelik.
Sebab jenis aku, kalau aku sayang kawan tu, aku anggap dia kawan, aku akan cakap depan-depan kalau ada masalah. Yala, kenapa mahu besar-besarkan isu sedangkan kau boleh bercakap dan selesaikan? Tapi macam aku cakap, manusia tidak suka benda yang mudah. Mereka suka benda yang rumit, sukar.







Sebab tu, akhirnya ramai yang ended up memaki atau mengutuk atau meluah dalam laman sosial yang buat orang satu lagi terasa dan makan hati. Lepas tu, jadilah pemusuhan yang sebenarnya tiada apa-apa pun. Mereka saja yang besar-besarkan. Saja mahu perhatian. Macam budak kecil.
Aku kecewa sebenarnya. Sangat kecewa. Susah sebenarnya mahu berkawan, sayang kawan tapi mudah saja hilang kawan. Kan?






Mungkin aku saja yang terlalu emosi. Terlalu banyak kawan yang aku hilang sebab benda bodoh macam ni. *gelak tawar* 





Benda macam nie bukan pada persahabatan atau kawan saja boleh pakai tapi banyak benda lagi. Contohnya, PARTNER. Partner apa-apalah, tidak kira dalam kerja ka rumah tangga ka apakah, selalu benda macam ni yang cerai beraikan sebab tiada unsur komunikasi. Ada masalah, diam. Ada masalah, makan dalam. Last-last, bila dah tidak boleh tahan baru ungkit macam-macam. Padahal benda boleh selesai, tapi saja mahu minta puji. 





padan muka sendiri. 







Apa-apa pun, aku rasa komunikasi itu penting. Tidak kira dalam apa-apa benda kita buat pun. Even mau minta kerja pun, kita kena ada kemahiran komunikasi yang baik supaya bos suka dengan kita. Bukan aku mahu kamu mengampu, just saying a few nice words wont hurt right? 






Fikir-fikirkan lah dan selamatkan beramal semua?!












Sebelum itu, aku mahu ucapkan selamat hari jadi kepada kawan-kawan kelas aku yang birthday bulan Januari ni. Termasuk kawan baik aku yang degil, dia pun baby Januari juga. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat YANG MAHA ESA. selamat menempuh tahun 2016 dengan tabahnya. 












"Kalau aku boleh ketuk, aku ketuk. supaya kau sedar, yang mana satu salah kau - Ayue"














Till then. Thanks for reading. 

No comments:

Post a Comment